Wednesday

Saja cerita

Assalamualaikum w.b.t

Ah masa macam ni juga aku nak teringat hal hal sekolah dulu . Cuma buatkan aku tersenyum tiba tiba bila mana   aku terlibat dengan urusan bab bab handle menghandle disiplin sekolah . Ya masa itu aku menyandang jawatan sebagai Exco Disiplin Badan Pengawas sekolah . Yaa masa nama aku tercalon aku bagaikan mahu menangis teresak esak di bahu sahabat aku sebab aku rasa aku tak ada lah disiplin mana sedangkan aku pernah melawan Penolong Kanan Sekolah apatah lagi nama aku pernah naik dekat Balai Disiplin sekolah . Yaa dahsyat tak dahsyat aku dulu . Aku apply pengawas ni pun sebab aku dicabar . Dicabar oleh cikgu Matematik aku . Tak sangka . Lepas aku kene interview aku dapat . Elok uniform aku suci bersih warna putih kini bertukar warna peach . Peach beb . Peach ! 

Dulu manusia yang berpakaian warna peach ni lah paling aku anti dekat sekolah . Tapi bila mana aku mula pakai uniform pengawas ni aku yakin rate haters paling banyak adalah aku sebenarnya . Tambah pula dengan jawatan yang aku sandang . Bagaikan membawa beras dua kampit yang beratnya 10 KG kat dua dua belah bahu . Aku gagahkan juga dan yakinkan diri untuk menghadapi cabaran ni dan dalam masa yang sama aku nak ubah diri aku juga . Satu perkara paling aku risaukan . Hati orang mana kita dapat agak . Bila orang dah menyampah ni macam macam dia boleh buat yea dak ? . Aku mengenangkan motor aku sebenarnya . Aku teringat lagi masa first day aku bertugas . Masa rehat aku kelam kabut pergi intai motor aku dekat parking . Ohh selamat . Aku takut disebabkan marah sangat dengan aku silap hari bulan motor aku tayarnya pancit ataupun nombor platnya patah ataupun silap hari bulan juga motor aku kene humban ke tempat lain . Alhamdulillah ternyata budak budak ni baik orangnya . Mungkin ayah aku ada buat pendinding kat motor anak beliau ni agaknya . Hehehehehe !


Hari Isnin . Macam biasa lah . Perhimpunan . Dan semestinya setiap pelajar akan datang lebih awal dari biasa dan juga lebih smart dari biasa . Hari Isnin juga lah setiap pelajar kelihatan begitu suci dan murni . Port tugas aku sebenarnya satu sekolah . Kejap kejap aku terkejar kat pintu masuk nak update kalau kalau ada masalah . Kejap kejap aku lari kelas ke kelas nak tengok budak budak dah turun ke tidak . Kejap kejap aku intai keluar pagar belakang takut takut ada pelajar mengelat . Itulah rutin aku setiap hari . Cuma aku teringat ada satu minggu aku buat plan sembunyi sembunyi . Aku dapat report ada budak budak lambat lalu kat longkang besar kat tepi Padang Sekolah . Dalam longkang ya . Longkang . 

Aku rimas dengan berkot kot ni sebenarnya . Dengan keadaan slumber masa pengetua tengah berucap aku dengan cool nya pergi naik ke padang . Sorang sorang . Perlahan lahan aku jingkit jingkit kat tepi padang . Aku dengar ada suara suara manusia yang tengah berbisik bisik . Aku senyum sinis . Aku intai sekali lagi . Aku lihat ada dua tiga orang pelajar sedang merangkak rangkak dalam longkang tu . Ikutkan aku rasa nak simbah dengan air . Astaghfirullah . Diaorang tak perasan aku dah pun berdiri tegak . Ada sorang pelajar tu terkejut tengok aku bila mana dia mula mendongak kepala . Muka dia terus berubah . 

" Buat apa sini ? "

Pergerakan mereka terhenti . Aku sebenarnya nak tergelak . Tapi aku tetap berusaha menegangkan muka . 

" Saya nak awak semua masuk ikut pintu belakang . Jangan siapa siapa cuba lari ! "

Kelam kabut patah balik . Lepas diaorang pergi aku rasa macam padang tu aku punya aku boleh lah gelak puas puas tapi member setugas aku potong daun pula . Dia risau bila mana aku naik padang tapi tak turun turun . Aku lagi risau bila mana aku dengan dia berdua je kat atas padang ni . Pandangan masyarakat mana kita dapat agak . Aku cepat cepat beredar . Akhirnya berjaya jugak budak budak tu masuk sekolah . Macam biasa kene dendalah kan ? Lepas kejadian tu Alhamdulillah tak ada lagi dah . Aku cuba kerapkan diri pergi ke padang untuk periksa . Alhamdulillah . Baik budak budak ni . Insaf dah agaknya . 

Macam macam sebenarnya peristiwa yang melucukan . Tapi itulah dikatakan kenangan yang mengasyikkan zaman sekolah . Zaman sekolah zaman kegemilangan . Ah time time macam ni juga dia datang .

Rindu rindu .