Thursday

Ini puisi atas lara



Yaa aku sudah tanam sedalam dalamnya .
Aku pijak pijak tanah tu bagi mendap .
Aku henyak henyak tanah tu bagi padat .
Aku harap kau tak akan muncul lagi .
Aku menangis .

Aku lihat ada satu yang masih kurang .
Yaa ada satu yang kurang di situ .
Oh ya mana , mana kayu ?
Aku lihat ada ranting di situ ..
Ranting di sebalik daun daun kering nan layu .
Bersepah . Merata .

Aku ambil dan aku ceracakkan .
Aku taburkan daun daun kering itu .
Aku menangis lagi .
Aku keronyokkan daun daun itu menjadi serpihan kecil

Aku taburkan.
Ini ini aku mahu tunjuk pada kau walau kau dah tak nampak lagi.
Ini umpama hati aku yang telah kau siat siat hingga lumat .
Air mata aku kian lebat . Yaa selebat hujan yang mencurah curah .

Kerana apa ?
Aku hanya menanam sebuah memori .
Aku hanya mencacakkan amarah .
Aku hanya menaburkan kesakitan .
Aku hanya mencurahkan benci .

Kerana terlalu lama . Dan sangat terlalu lama . Kuat macam mana pun . Manusia akan longlai tatkala diuji . Yaa itulah aku . Manusia yang tenggelam timbul .