Tuesday

K

Assalamualaikum w.b.t

Hai , kelas aku macam biasa bila hari Rabu datang akan bermulalah tuisyen untuk hari ni . Jadinya kelas aku akan bermula pada pukul 5.30 petang . Power kan ?

Dan sejak habis cuti Ghaya Hajiw hari tu selama 10 hari , kelas asyik asyik tak ada je memanjang . Dan mungkin ada hikmah juga bila mana salah step pakai shawl dan kelam kabut pergi kelas menandakan itulah hikmah terbesar yang aku perolehi *ujub*

Dan aku sedikit sebanyak menyesal bila mana balik bilik aje budak budak ni mulalah mengomel , merungut , merejam , mengecam dan sewaktu dengannya

"Kauorang ni asyik tak ada kelas je , syok gila !"

Aku hanya mendiamkan diri . Malas nak layan kata kata sinis yang dilemparkan . Aku terus tukar baju dan tarik bantal untuk tidur sejam dua . Lepas tu bangun untuk pergi kelas seterusnya dengan harapan kelas itu akan wujud . Ya aku sengaja bersiap lambat dan sambil tu membebel dalam hati

'Ok kelas ada hari ni tak payah nak cancel sangat'

Berjalan sambil berborok borok dengan member member tiba tiba terserempak dengan classmates

"Kelas takdak"

Dua perkataan tu saja menyebabkan aku terus berpatah balik dengan pantas sekali . Marah ada , suka ada , sedih ada , geram ada dan bahagia telah mendominasikan perasaan aku sebenarnya . Nampak ? Akan sebab aku malas naik bilik aku lebih suka luangkan masa kat bilik hafa sahaja . Sebab bilik dia tak payah nak naik tangga masuk saja Melati dah nampak pintu bilik dia . Power kan ?

Hafa's roommate says :

"Asyik tak ada kelas je , kauorang punya course ni wujud ke tak ?"

Reaksi aku :



K