Saturday

:'(

Assalamualaikum w.b.t

Semua sedia maklum kan apa yang jadi kat Gaza sekarang ? Bukan sekarang je sebelum ni pun Gaza dah kene serang dan makin berlarutan sampai la sekarang . Dan sekarang makin teruk sangat . Aku sampai tak sanggup nak tengok video2 , gambar2 lebih lebih lagi gambar2 budak kecik menangis , badan penuh darah dan hampir seluruh badan diaorang terbakar . Keji gila Israel ni . Memang KEJI SANGAT SANGAT bak kata Arozsha

"Kalau aku ironman dah tembak Israel. Tapi apa kan daya . Hanya doa yang mampu ku kirim"

Ya kalau ikutkan semua orang , jika ada kuasa dah lama Israel laknatullah tu kene lanyak dan lenyek buat lempeng cicah sambal . Tapi siapa kita ? Ya kita orang Muslim . Kita orang Islam . Kita ada ALLAH MAHA BESAR . Kita ada senjata yakni DOA . Memang kita rasa tak cukup dengan doa macam kita ni tak buat apa apa tapi yakin dengan ALLAH dan yakinlah , dengan doa yang ikhlas dan penuh pengharapan serta bersungguh sungguh pasti ALLAH akan makbulkan . Sebenarnya apa yang jadi kat saudara saudara kita tu adalah cara ALLAH nak buka pintu hati dan jugak besarkan mata kita ni . Ya kita pastinya akan cakap camni

"Beruntungnya aku duduk Malaysia ni , Alhamdulillah"

Memang beruntung sangat . Makan sedap , buat itu buat ini tak ada orang tegah , macam macam kita bebas gi sana gi sini . Kita bijaksana bijaksitu bijakthere *tetiba*. Tapi perasan tak apa ALLAH nak kasi tahu sebenarnya ? Tanya pada diri sendiri . Perintah ALLAH kita pandang tak pandang , apa yang ALLAH tegah lagi kita buat :'( semua yang jadi kat muka bumi ni semua bersebab . Tak ada benda yang akan jadi tanpa sebab dan munasabab . Ok ramai juga bersungguh sungguh nak boikot mcd sebab barangan israel . Memang mcd barangan israel dari dulu tapi kenapa tak dari dulu kita boikot dia ? Dan sekarang ramai ramai pakat nak boikot . Sebab tu salah satu ALLAH gerakkan hati hati manusia ni semua . Macam aku dulu pun suka juga makan mcd tapi tak adalah selalu . Dah nama fast food so mana yang fast aku just sumbat je dalam mulut . Dan aku dengar mcd nak bagi burger free eh Isnin ni . *terus tumbuk dada dan pejam mata* *terus zikir takheran takheran takheran takheran takheran sampai tertidur* Nampak tak permainan diaorang sebenarnya ? Makin banyak kita sumbang kat diaorang makin banyak la income nak beli jet jet pejuang , senjata senjata yang canggih untuk lanyak Islam . Dan hikmah pada pekerja mcd yang kerja separuh mati diaorang ada sikit ruang untuk berehat sebab tak banyak kerja . Bagus kan ? Tapi istiqamah tak aku ni ? Doakanlah aku weh :'(

Tapi bila mana kita sebukk sebukkk nak boikot bagai tu kita tengok dalam diri kita balik

"Kalau solat pun aku susah apatah lagi nak bukak Al Quran ada hati ke aku nak boikot mcd ?"

"Kalau solat subuh pun liat nak bangun makin enak pula tidur dengan selimut kulit babi ada hati ke aku nak boikot mcd?"


:'( wuuwwwwuuuu dengan kepala berdarah semua tu dia masih lagi buat PEACE . Tsk . PEACE FOR GAZA . Hebatnyaaa , dan benarlah orang Islam kat Gaza ni bukan calang calang orang . 

Yang pastinya janji ALLAH itu pasti dan ALLAH tidak pernah memungkiri janji

Para Mujahidin dijanjikan syurga apatah lagi yang syahid kat jalan ALLAH . 

"Dan sampaikanlah khabar gembira  kepada orang orang yang beriman dan berbuat kebajikan , bahawa untuk mereka (disediakan) syurga syurga yang mengalir di bawahnya sungai sungai . Setiap kali mereka diberi rezeki buah buahan dari syurga , mereka berkata "Inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu". Mereka telah diberikan buah buahan yang serupa. Dan di sana mereka (memperoleh) pasangan pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya".

(Surah Al Baqarah : 25)

Dan ini bagi Israel laknatullah

"Kalian akan tahu siapa yang akan mendapat tempat terbaik di akhirat dan sesungguhnya orang-orang zalim itu tidak akan beruntung" 

(Surah al-An’am: 135)

"Ya ALLAH sesungguhnya Engkau Maha Besar lagi Maha Perkasa , kurniakanlah kemenangan bagi Islam . Kurniakanlah kemerdekaan bagi Islam . Lindungi saudara saudara ku ya ALLAH Yang Maha Pelindung , hapuskanlah mereka yang menzalimi saudara saudaraku Ya Rabb . Sesungguhnya hanya kepada Engkaulah tempat kami meminta dan memohon pertolongan dan kepada Engkau jualah tempat kami bergantung harap . Selamatkan saudara saudaraku Ya ALLAH.."