Thursday

Entri yang sedikit menyesal

Assalamualaikum w.b.t

Emm bestnya duduk rumah :p *blurp blurp blurp*

Alhamdulillah , sekian lama memendam perasaan rindu kat rumah so akhirnya update blog juga di rumah . Kakaka (?)

Macam biasalah rutin aku akan berkongsi dengan ibu . Mehehe . Biasalah orang perempuan faham faham ajelah kerjanya apa benda dan kerja dua beranak ni akan bergosip memanjang aje . Ehem . Kami memang macam tu . Apehal ?

Hari ni dah siap semua . Rendang ayam , sup tulang , rebus nasi impit , lemang ayah beli :D . Dan aku pula ke hulu ke hilir pergi sana pergi sini beli barang . Nak harapkan siapa lagi ? Aku ni tak ada adik , abang pula dah kerja jauh tak dapat nak beraya bersama . Sabar ye bang , makan hati je lah yea . Kakaka . Dah alang alang ada kat rumah ni bukan bermakna dah dapat duduk rumah goyang kaki , makan , tidur . Bawak bawaklah bercucuk tanam dekat luar sana .

Hari ni Nilai hujan masyaALLAH lebat . Allahumma sayyiban nafi'an . Moga hujan yang turun ni bermanfaat . Ibu siap pasang doa lagi tau masa hujan . Kebetulan kami berdua nak cari kain untuk aku buat selendang last last kedai awal awal dah tutup . Sebab petang tadi agak busy dan aku pulak jenis ulat bulu menggatal nak pergi malam ni . Entah pasal apa entah . Dan disebabkan hujan yang terlalu lebat aku rasa nak pergi makan makan dengan ibu memandangkan dah lama tak lepak lepak dan borak borak dengan ibu jadi aku memutuskan bawak ibu pergi pekena makanan arab . Akan kerana lopak lopak air di jalan raya yang terlalu banyak dan aku tak nampak dan menyebabkan aku rasa berdosa memberi tempias kat brader yang bawak motor tadi . Tak apalah aku harap aku diampunkan lagipun dia mesti faham . Kakaka

Sebelum itu di dalam kereta tiba tiba ibu membuka topik fasal calon menantu . Aku rasa macam tak best sebab aku pun belum fikir ke arah tu lagi . Cuma setiap orang pasti ada ciri ciri yang dimahukan . Ya aku pun ada tapi aku tak nak fikir sangat sampai serius benar benar . Ini blog serius *tetiba* . So aku dengar je lah apa yang ibu katakan .

Ibu :  "Sentiasa doa dekat Allah , Ya Allah kurniakanlah aku jodoh yang baik , yang boleh menjaga aku dan lebih penting menyayangi kedua ibu bapaku seperti mana dia menyayangi kedua ibu bapanya .. Dr Fadzillah Kamsah pun cakap cemtu tau" 

Aku : "Entah lah ibu , adik tak fikir lagi pasal lelaki pasal jodoh ke.."

Ibu : "Eh janganlah camtu , kene fikir jugak .."

Aku : .........

Ibu : "Itulah pentingnya cari lelaki yang punya agama , macam mana dia layan keluarga dia macam tulah dia akan layan keluarga mertua dia pulak . Tapi kita ni nasib nasib je dapat dik .."

Kat luar dah lah hujan . Dalam hati lagi hujan . Aku takut sebenarnya . Entah kenapa aku takut tiba tiba ibu cakap macam tu . Aku ni entah kenapa tak nak fikir hal hal yang berkaitan dengan bab bab kahwin ke jodoh ke yang kene mengena dengan masa depan jugak . Yang aku tahu nak belajar je dan yang aku tahu aku umur 21 tahun ni aku muda lagi nak fikir benda tu semua . Sebab aku serah kat ALLAH je . Ya usaha mencari tu kene ada tapi biar je ALLAH yang tahu aku usahakan macam mana yang penting ALLAH lebih mengetahui luar dan dalam aku . Aku rasa aku tak perlu susah susah nak fikir lagi sebab aku yakin ALLAH ada something special DIA nak bagi cuma belum masa . Mungkin dulu aku silap mengharap pada manusia yang tak pasti seperti beriya iya yang aku tak tahu hujung pangkalnya apa . Nak sangat merasa shortcut bahagia so terlalu ambil mudah sampai lupa siapa patut aku berharap dan berserah . Menyesal weh belakangkan ALLAH . Menyesal . Sampai sekarang aku tak sudah sudah marah pada diri sendiri .

Bak kata seseorang : "Kita tak payah kejar cinta . Cinta pasti datang.."

Dan biarlah ia datang dari ALLAH itu yang aku nak sangat . Serokes rokes mana pun aku , apa gunanya kalau hidup aku tak ada redha ALLAH . Macam tin kosong gayanya .

Aku cuma iyakan saja kata kata ibu dan semestinya aku akan jadikan ia sebagai nasihat dan peringatan .
Dan bila berbual dengan ibu pasti akan ada hilai dan tawa gaya gaya langsuir dan pontianak . Well biasalah , aku anak ibu hahahaha :p

Tadaaa muka ibu happy dapat pekena makanan arab


;')


Salam Aidiladha semua . Maafkan segala salah silap akak yang atas ni . Kalau nak lagi penghayatan cuba baca balik kisah Nabi Ibrahim A.S dengan Nabi Ismail A.S ;') 

*Maaflah akak berpurdah sekejap sebab susuk akak dah keluar*-Ayat Kak Senduk

Semoga ALLAH merahmati kita semua dan semoga kita menjadi yang lebih baik . Ameen . 

Moga moga juga aku tak kene bahan lagi dengan budak budak ni . Mula mula rasa menyesal update pasal mende alah ni tapi aku harap diaorang faham kalau tak faham jugak jaga jaga aku beli *tin laici* kasi sorang satu .