Saturday

Pagi itu

Assalamualaikum w.b.t

Kisah di kedai mamak .

Akan kerana aku dah lama tak pergi melepak mamak untuk bersarapan pagi aku mengajak la member pergi meneman aku untuk sarapan pagi . Kami berdua je , kalau ramai ramai nanti macam tak ada gaya nak makan aje . Suasana pagi tu macam biasa . Agak sibuk sikit . Aku sempat mengerling ke arah jam tangan .
'Ah baru pukul 8.15'

Ketika kami berdua sedang berborok borok datang seorang brader mamak sedang membawa makanan yang kami pesan sebentar tadi . Roti canai dan nasi lemak serta milo panas untuk kami berdua . Aku mula kecur air liur . Selesai membaca doa makan , aku pekena milo panas dahulu . Peh jenis milo memang kena dengan selera aku gayanya . Sahabat aku hanya perati aku dari tadi .

"Engkau kenapa pandang aku macam tu ? Engkau punya milo kan ada , tak akan nak cilok aku punya pulak ? "

Dia ketawa dan menarik milo panasnya untuk diminum . Selesai minum dia membetulkan duduknya . Aku pulak dah sibuk memakan nasik lemak .

"Farish , kalau aku tanya kau satu soalan , kau sudi tak nak jawab?"

Aku mengangguk . "Aku hal hal negara , hal hal akademik jangan bawak bincang masa tengah makan . Kalau hal hal lain tak mengapa"

"Engkau ni tak ada pakwe ke , Farish ?"

Hampir nak terkeluar rasa ikan bilis rangup yang aku kunyah bersama nasik tadi .

"Kau punya soalan ni jenis aku tak boleh pergi betullah , Kiah .."

Kiah hanya tersengih sengih sambil dia menguis nguis mee goreng mamak dengan sudu di tangannya . Gaya seperti makwe sedang berdating .

"Kau rasa aku ada pakwe?"

Kiah mengerutkan dahinya . Memandang tepat ke wajah aku yang agak berseri seri pagi itu kerana berjaya mendapatkan nasi lemak setelah sekian lamanya memendam hajat . Kemudian dia mengangguk lepas tu menggeleng kemudian angkat angkat bahu .

"Ada"

"Serius ah . Serius ah Farish ada pakwe . Amaigad . Amaigad . Macam mana aku boleh terlepas cerita sensasi ni "

Kiah berlagak seperti sangat teruja . Aku hanya memandang dengan pandangan mendatar . "Siapa weh? Kenapa takde relationship status kat FB ?"

"Cerita dia panjang , Kiah .." . Aku memulakan bicara dengan menghirup milo panas sekali dua .  Kiah menanti dengan penuh pengharapan .

"Dah lama dah , tapi kami berpisah macam tu aje tak ada penghabis cerita . Aku dapat tahu yang dia ada perempuan lain . Sedih hati aku , Kiah . Sampai sakit sakit aku menahan kecewa dengan rasa sakit hati aku ni . Mentang mentang lah jauh , dapat pulak makwe yang dekat dengan dia dan makwe tu pulak jenis pandai pandai , lawoo pulak tu . Jadi aku ni mula lah macam nak mengalah . Perempuan mana lah yang tak marah kalo pakwe ada simpan makwe lain . Walaupun dia anggap macam kawan tapi tengok macam lebih lebih tu syak wasangka la aku kan ? Mana tak nya sampai perempuan tu siap cari aku kat Fesbuk minta kepastian . Tapi jika nak dibandingkan dengan diri aku ni Kiah , makwe tu jauh lebih baik dari aku . Aku ni engkau tahu aje lah , kasar , gangster , kaki pukul , tak lawo tapi manis ada , kuat makan , tak ada lah pandai mana tapi macam itu lah , garang tapi manja , gemuk tapi comel . Akan kerana aku ni terlalu merendah diri aku mengambil keputusan diaorang nak buat apa buatlah . Sayang tu sayang lah Kiah , tapi sebagai manusia siapalah kita nak melawan takdir . Tak lama lepas tu pulak , aku dapat syak yang dia ada perempuan lain lagi , ni pulak perempuan satu negeri dengan dia . Amboi sebak hati aku Kiah , apa lah yang dia nak sebenarnya . Aku ni bila fikir balik , jahat ke aku dengan dia sampaikan dia buat macam tu sekali . Jadi aku cuba lah nak slow talk dengan perempuan ni untuk mengelakkan syak wasangka berlebih lebihan . Tapi ya lah aku bukannya niat nak rosakkan hubungan orang tapi aku nak kepastian kalau memang betul pun so ternyata aku kene pergi dari hidup lelaki tu . Apalah gayanya nak menunggu sesuatu yang tak pasti . Buat sakit hati aje . Tapi apa yang aku agak perempuan ni macam tak nak percaya aku . Tak apalah aku tak kisah  harap diaorang bahagia . Dan aku anggap kami dah tak ada apa apa dah , Kiah . Pengalaman mendewasakan . Aku pun silap jugak Kiah , ikut sangat nafsu sebagai shortcut bahagia . Alhamdulillah aku lebih selesa macam ni . ALLAH ada Kiah , ALLAH sentiasa ada dengan orang yang sabar . Ajal maut , jodoh pertemuan di tangan DIA . Dah tak ada jodoh nak buat macam mana yea dak ? Dia dah tak nak aku buat apa lah aku nak terhegeh hegeh lagi Kiah . Siapalah nak budak macam aku ni melainkan family , kawan kawan dengan ALLAH aje .."

Tangan aku lantas dipegang oleh Kiah . Tanpa disedari air mata Kiah merembes laju lalu terjatuh ke dalam milo panasnya sebentar tadi . Daripada paras milo itu tinggal separuh kerana Kiah telah meminumnya tadi kini ia penuh kembali seperti sedia kala .

*bersambung*

Woi woi dah lah tu . Kahkahkah . Penat jugek menipu buat cerita cerita macam ni . Sudah lah aku nak tidur .