Wednesday

amende

Assalamualaikum w.b.t

Itu hari aku ada modul . Aku memang tak suka modul . Sebab aku tak suka cuti aku diganggu . Bila masa cuti aku boleh buat macam macam benda . Jadi akan kerana ia WAJIB jadi aku wajibul ghunnah kan diri untuk ke tempat modul . Ah dekat fakulti aku la kat mana lagi ? Menapakla aku pagi pagi buta . Pada mulanya aku risau gils sebab once aku keluar bilik takada sorang pun makwe makwe FSPPP lalu lalang kat level . Aku mulalah ragu ragu ada ke tidak ni modul kalau tak aku nak masuk bilik balik . Akan kerana keyakinan aku melebihi rasa ragu aku tetap gagahkan kaki menari nari menuruni tangga .

Lepas menunggu mak datin siap kat bilik dia kami pun berjalan seperti biasa . Sehinggalah modul pertama selesai aku dan kengkawan pergi mentedarah nasi . Siapa yang tak habis aku akan cakap macam ni

"Ish ish tak baik tau kalau tak habiskan rezeki ni , nanti tak dapat suami / isteri yang soleh/solehah".

Dengan pantasnya mereka habiskan nasi setelah aku berjaya SAIKO derang . Kahkah . Nasib baik ada yang tak telan bekas nasi tu kalau tidak aku yang kene jawab dengan panel . LOL . Dan kemudian modul kedua bermula pukul 2.00 petang . Kami semua terpisah dan terpaksa ikut group yang ditetapkan . Alah biasalah bab bab ice breaking ni memang paling common kot . So aku tak payah lah nak excited sangat  pergi . Buuuuurrrrrrrrrrr !

Masuk masuk aje aku terkejut tahap zimbabwe , LOL . Aku ingat fasi aku tu Johan Asari (Botak Juvana) rupa rupa PTD kahkahkah . Lantak dia . Lepas kenalkan diri semua . Tiba lah giliran aku . Aku ni bab bab membohong cita cita memang kesukaan aku . Kahkah .

"Cita cita saya nak jadi administrator itu pun baru dapat ilham.............TADI !"

Satu kelas ketawakan aku . Air mata aku mula bergenang . Kahkah jangan percaya lah ! Aku pun siap ketawa sama sampai nak baling kerusi kot . Habis part ice breaking tibalah kerja dalam kumpulan . Kali ni kami kene buat satu event . Group aku dapat event Bicara Siswa . Aku rasa excited sebab bende alah tu dapat sambutan hangat lah jugak . Fasi aku duk perati je apa group aku buat . Aku mula pandang dia dengan cari gaduh . Aku cuba menghalang penghilatan dia . Oleh kerana dia suka plan event kitaorang jadi kitaorang telah ditahan untuk present paling last sekali sebelum balik . Aku jadi bengang dan mula pegang meja *kahkah*

Bila group aku present aku minta member lelaki aku yang huraikan apa benda alah kitaorang duk menulis dari tadi . Lepas tu kumpulan aku telah diprovokasi . Mengenangkan aku ni punya semangat assabiah yang tinggi jadi aku terus bersuara . Menyelamatkan maruah kumpulan aku . Bila last soalan yang fasi tu cuba nak push kumpulan aku aku terus jawab dan terus jawab .

Fasi tu kemudian berhenti untuk menyoal dan terus cakap camni

"Hehee saya saja je nak provok kumpulan awak..."

Dan reaksi aku




kahkahkah