Friday

Kisah dulu dulu

Assalamualaikum w.b.t

Amboi entah kenapa waktu waktu macam ni aku aktif pulak online . Sepatutnya bawak bawaklah kasi makan rohani sikit . Astaghfirullah al adzim . Kejap lagi aku nak tidurlah ni . Baru aje badan ni elok dari demam . Alhamdulillah . Ya lah jenis manusia banyak dosa macam aku ni ALLAH kasi aku musibah sikit . Bagi cuci dosa dosa aku ni ):

Ni tadi aku teringat bab bab rumah hantu ni . Engkauorang masa hari kantin sekolah ada tak persatuan persatuan yang organize rumah hantu ni ? Kalau ada baguslah , kalau tak ada tu lagi bagus jangan jadi macam aku . Memang tak boleh lupa . Kisah 7 tahun dulu lah . Sekarang aku 21 pandai pandai lah engkauorang tolak . Takpe biar aku bagitahu , masa tu aku form 2 umur pun masih belasan tahun . Ya lah bila umur dah puluhan tahun ni masa tu lah semua benda kita akan ingat . Baik jahat baik buruk sebab bila dah masuk puluhan ni kita di zaman pertengahan dan masa zaman pertengahan tu kita akan menghadapi refleksi dari masa lampau . Apa benda aku cakap ni ? Aku tak tahu mana fakta aku ambik ni dan semestinya bukan dari subjek Psychology . Maaflah . Maaflah .

Dulu masa aku kecik kecik dulu ayah aku ada bawak pergi jalan jalan ke Genting Highland . Masa tu Genting Highland memang kota keriangan tahap gayat gils tapi sekarang tidak lagi semua pakat pergi Legoland . Apa ada entah lah aku tak tahu abang aku ada juga mengajak bila dapat tahu tiket mahal sampai sekarang dia senyap tanpa berita . Kakaka . Abang aku busy sekarang entah cuti raya haji ni balik ke tidak dia . Kasihan aku tengok dia kerja keras . Alhamdulillah itulah tugas sebagai seorang ketua keluarga . Ini hal hal rumah tangga ni , ni aku tak boleh pergi . Maaflah Maaflah . Ok ayah aku mengajak aku pergi masuk rumah hantu . Abang aku dah menolak awal awal sebab dia takut . Aku je berlagak berani ya lah masa tu baru umur 7 tahun mana reti semua tu . Tahu nak seronok je lebih . Aku dengan ayah aku satu kereta . Abang aku sorang sorang dalam kereta lain . Ibu tunggu luar sebab ibu jenis dah biasa tengok tengok hantu ni . Ibu nak tengok hantu real apa barang hantu main cak cak ni . Kakaka . Jadi masa masuk tu aku siap gelak gelak lagi dengan ayah aku . Ayah gelak bukan sebab beliau join aku gelak sebab beliau geli hati menengok gelagat abang aku yang persis macam nak kene pukul . Tak adalah seram mana , tapi bila dah besar ni kalau masuk aku tak tahulah apa gaya yang akan aku lakukan nanti . InsyaALLAH .

Baiklah aku nak cerita masa sekolah dulu . Dulu masa sekolah lebih lebih lagi masa form 2 . Aku ni geng dengan budak budak nakal aje . Kawan kawan pun jenis rokes rokes . Bab bab skema tu tunggu masa PMR dengan SPM nanti . Kakaka . Aku tak ingat lah persatuan mana yang sibuk sibuk nak organize rumah hantu ni tapi tak silap aku Kelab Pencegahan Jenayah  . Antara kelab yang aku aktif masa form 4 dengan form 5 apabila dapat jawatan sebagai Pengerusi kelab tersebut . Mungkin ALLAH kasi aku peluang untuk tebus dosa aku kepada brader yang pernah aku sepak kepala dia dulu . Sampai sekarang mangsa tidak mengenali siapa suspek utama . Aku rasa aku pun tak kenal siapa yang jadi hantu masa tu sebab keadaan gelap gulita . Masa tu kawan kawan aku dah siap belikan kupon . Jenis aku tak suka masuk rumah hantu yang tak elegan tu kene sorang sorang . Apehal ? Disebabkan geng geng aku jenis kaki rokes kami pakat pakat masuk ramai ramai apabila berjaya kautim dengan tukang jaga pintu .

Bila masuk tu first aku dengar suara menjerit jerit . Jenis pakai radio . Semuanya jenis siaran ulangan . Bagilah yang real sikit , baru best . Mula mula aku dah terkejut bila mana ada kepala terjojol dari tepi . Aku terkejut lalu mengurut dada dan beristighfar . Aku antara rokes rokes yang agak islamik sikit dan masih punya iman . Kawan kawan semua pakat jerit gaya histeria tahap 4 . Jenis hantu yang kejap muncul depan ni pun aku tak suka jenis minta jantung keluar bergolek golek . Ah sudah kalau jantung dah jatuh bergolek golek dalam gelap tu engkauorang nak suruh aku buat apa ?

"Woi Woi bukak lampu kejap , aku nak cari jantung aku ni . Mana entah guling guling nya tadi . Tolong aku cari kejap . Susah tak ada jantung , macam mana aku nak hidup nanti ni . Cepat aku ada masa dalam 3 saat je ni !"

Ah sudah silap hari bulan aku yang jadi hantu kat situ . Kakaka . Baik mari sambung . Selepas tu aku mula meneruskan perjalanan . Masa nak sampai kat penghabisan aku rasa kaki aku macam kena raba . Aku rasa tak sedap . Aku cuba mengelak lagi last last aku sepak berkali kali . Aku jadi marah dan terus aku tolak kerusi dan meja yang ada kat situ , habis berselerak  . Lepas tu pakat ajak member lain keluar . Apa lagi suara kecoh hantu hantu tersebut dah mula bergema lebih kuat dari suara kak ponti kat dalam radio tu . Aku geram dan keluar dengan perasaan marah . Pergi beli air dan terus berlalu . Jenis tak ada mood aku orang raba raba kaki lebih lebih lagi lelaki . Agak agak lah brader . Hantu real pun tak pernah raba orang tau . Aku tau niat diaorang saja nak mengacau tapi bab lebih lebih ni memang tak berkenan lah gayanya . Agaknya dia cam kot ya lah dah kawan kawan aku semua perempuan gaya jerit pun serupa perempuan lah kan tak akan gaya aaron aziz menjerit pulak . Aaaaaa *jerit gaya mendatar bunyinya*

Lepas tu aku dengar berita servis rumah hantu tergendala seketika sebab berlaku kekecohan . Aku dengan kawan kawan buat muka tak tahu apa apa dan terus pergi jauh jauh .

" Siapa suruh raba dah aku kasi penyepak , free je "

Dan aku memang tak tahu siapa yang aku sepak tu . Kalau brader tu ada terbaca ke blog aku ni , aku harap dia cepat cepat contact aku . Sebagai tanda minta maaf bolehlah aku belanja ayam kentaki seketul dua . Kalau dia tak puas hati jugak aku belanja lah dia dominos ke , pizza hut ke ? . Macam mana entah aku memang tak boleh lupa kenangan 7 tahun lepas .Dan ingat tak muzium negara pernah buat pameran hantu ? Ya aku nak sangat pergi tapi ayah aku busy sangat kerja sampai merajuk rajuk aku dibuatnya . Dan apabila majalah 3 buat jelajah pasal pameran tu terus aku tak nak pergi sebab aku teringat bila dia tunjuk hantu tinggi . Amboi tinggi betul keting dia . Jenis kalau melintas bawah macam kita lalu antara dua pokok . Seram aku sebab nanti aku takut ternampak aurat dia yang tak sepatutnya dan hantunya lebih seram dan ternyata lah aku semakin penakut . Bab bab berbungkus bungkus ni aku memang sensitif sampaikan bila aku balik kerja malam depan rumah aku tu adalah pokok nangka sebatang . Ayah memang suka balut buah nangka kira nak peram sampai masak  Hinggakan aku ingat apa bendalah yang bergantung gantung kat pokok tu . Begitulah aku .

Jadi bila dah masuk 21 tahun ni aku ingat nak beranikan diri masuk mana mana rumah hantu . Nak trylah uji tahap keimanan dan tahap ketakutan aku kat skala mana . Haih .

Tapi pengalaman aku tak boleh lupa . Bila mana benda tu menjelma jadi kawan kau . Bila kau panggil dia tak menjawab . Apa kau rasa? Itulah pengalaman masa aku jaga budak budak kem dekat Ayer Keroh Melaka dulu . Pandai iblis dan jin nak mengaburi mata manusia . Nasib baik member lelaki aku tahan sebab dia dah dapat agak kalau aku ikut 'benda' tu aku tak tahu apa jadi dengan aku masa tu .


LOL 


Ok lah dah pukul 3 pagi ni . Jenis seram sejuk juga aku dibuatnya .


PERHATIAN : Jangan tiru aksi ini di mana mana aktiviti yang berkaitan dengan rumah hantu ni.

Bismikallahumma ahya wa amut .
Selamat malam .