Saturday

Paper LAW

Assalamualaikum w.b.t

Bila cakap pasal LAW , saya mula bersemangat .
Bila cakap pasal LAW , saya sentiasa melekat .
Bila cakap pasal LAW , saya menjadi suka sangat sangat !

Dulu belajar MLS . Saya tak pernah lekang dengan MLS . Bila time nak test atau kuiz . Saya sentiasa buat bersungguh sungguh . Belajar sampai berguling sana sini . Bila masuk final exam , kaki terketaq ketaq sana sini tapi dengan harapan saya akan score subjek kecintaan saya ni . ALHAMDULILLAH . Allah sayang saya . DIA bagi saya peluang . Akhirnya Allah makbulkan doa saya . Saya SCORED !

Dulu juga belajar ADMIN LAW . Walau pusing pusing dan ke hulu ke hilir tapi saya tetap cintakan LAW . Tapi satu je saya tak berkenan sangat dengan ADMIN LAW ni . Bila jumpa issues yang seakan akan sama saya mulalah rasa macam nak gigit gigit je buku ADMIN LAW ni . Bagi saya ADMIN LAW ni macam tak ngam dengan saya . Tapi saya cuba jugak belajar kelebihan ADMIN LAW ni . Cewah . Setianya saya . Masa final exam saya cakap jujur saya macam tak konfiden dan kesimpulannya saya macam tak dapat jawab . Saya balik bilik dan saya menangis puas puas . Cuba mencari cari apa yang saya kurang sangat dalam ADMIN LAW ni

sampaikan saya bermonolog

"Kenapa la takada MLS 1 , MLS 2 , MLS 3 , MLS 4 . Kenapa kene ada ADMIN LAW ni ! Bencilah ".

Bila tersedar . Saya terus beristighfar sepanjang panjangnya . Tak baik tau benci ilmu Allah ni . Ni Allah bagi pinjam kira untung, ada orang nak belajar sangat tapi tak dapat pun . Yang kita ni , dah dapat benda yang paling istimewa dan buatkan diri rasa bertuah ni pun tak reti nak bersyukur lagi . Bila saya fikir fikir akan dialog mengong saya tadi , hampir saya terlupa . Setiap perlakuan kita ni ada batas batas dan had hadnya , kalau tak ada undang undang mahu Malaysia ni huru hara . Cewah cewah . Alhamdulillah paper ADMIN LAW saya lepas jugak dari target yang konon kononnya macam nak kene "R"
-___________-' . Bila buka sem je , rupa rupanya ada lebih malang dari saya . Terpaksa duduk semula paper tu . Tak apa jangan mengalah . Peluang kedua ni adalah peluang yang terbaik ! :)


Tahu tak kenapa saya macam ni ????

Paper LAW tadi buatkan hati saya macam kene cakar . Business LAW tadi memang buat saya rasa macam . T____________________________T . ok nampak tak emoticon yang panjang dan juga menyebakkan dada tu . Saya sedih tau. Kali ni saya rasa memang soalan Business LAW ni makin mencabar . Budak budak DPA semua kata Business LAW ni macam apa je . Mungkin sebab kami DPA bukan budak budak 
Bisnes dan Banking . Bukan nak cakap jiwa kami ni macam tak kene dengan bisnes kalau tak kejadahnya pula lah kami nak belajar account , financial dan apa semua yang boleh buat diri yang semakin low profile menjadi mata duitan serta merta . wuwuw .Lepas tu belajar lagi undang undang dalam bisnes bisnes ni . Dahsyat betul . Tiba tiba saya kagum dengan student student yang ambik LAW ni . Macam mana lah diaorang ni agaknya kan . Kami yang baru merangkak rangkak belajar LAW . Ni kan diaorang dah memang superb dan power .

Sahabat 1 : " Muntah darah aku baca law ni , kes dia tak boleh panjang lagi ke ? Seksyen dia mak aih , mengada ngadanya . Arghhhh ! "


Sahabat 2 : " Kepala aku letih baca law ni .."


Saya : " Engkau orang fikir tak pasal budak budak lain yang memang ambik LAW , kau rasa macam mana pulak perasaan diaorang ? "


************ Bunyi Cengkerik************


Ok jujur . Paper Business LAW tadi saya rasa macam merapu meraban je saya jawab . Orang nak lain saya bagi lain . Haa macam tu lah kot . Sedih tau . Keluar je dewan . Saya tengok kawan kawan semua buat muka toya . Saya apatah lagi . Toya kuasa 3 kemudian darab 4 . Sebenarnya perasaan saya tak tenang dari semalam . Tengah guling guling study Business LAW , dapat call yang ibu masuk hospital . Terkejut bukan kepalang . Baru je dua hari berbual bual kat telefon . Bercerita panjang lebar sampai tak sedar kredit dah habis . Sampaikan ibu yang kene call balik . Haishh buat malu je tau  -____________-" . Dan hari ni , tiba tiba semangat hilang dan melayang . Masuk dewan dengan langkah longlai . Pura pura senyum dengan orang sekeliling . Dalam hati saya sedih bukan kepalang . Apa yang saya baca tiba tiba terus lenyap macam tu . Saya redha menjawab semuanya .

Saya redha dengan paper Business LAW ni . Saya tawakal saja . Saya cuba bersiap sedia dengan apa akan jadi . InsyaALLAH saya redha . Tak nak dah pandang belakang . Saya nak bagi yang terbaik untuk paper akan datang . Mungkin paper esok dan esok ni juga buat diri semakin mencabar . Macam kepala ni tak dapat nak rehat . Macam rasa tersembul urat kepala ni .Acewah konon nak tunjuk semangatnya belajar tapii hmmm ..krik krik krik

-_____________________-' . InsyaALLAH farish . Boleh . Boleh dan boleh . Ada orang lagi besar masalahnya dari kau . Jangan fikir . Dan doakan ibu sentiasa sihat sihat sahaja dan sentiasa dalam peliharaan Allah . InsyaALLAH Ameeenn Ya Rabb

"Ya Allah  , kurniakanlah kembali semangat aku yang hilang , pandulah aku ke jalan jalan yang membawa kebenaran dan ketenangan dan bantulah aku dan juga rakan rakan seperjuanganku dalam menjawab peperiksaan akhir ni  "

Ok lah lepas ni saya nak rehat sekejap . Kepala tengah tak berapa stabil . :)

Doakan saya dan kawan kawan juga 

NOTA : CASEA saya harapkan awak baik baik je dengan saya macam saya baik baik dengan awak . Saya sayang awak tau sebab ALLAH bagi saya pinjam awak kejap je ni :(

NOTA : Apalah nak jadi dengan business law saya ni kan? Allah . Aku serahkan semua ni padaMU .