Sunday

Cakap dan cakap lagi !

Assalamualaikum w.b.t

Sempat update blog . Power ni . Power !

*Sebab saya tinggal sorang sorang kat padang untuk hendel barang barang Biro Dewan dan Protokol*
-____________________________________- best kan?

Sapa suruh bagi diaorang balik . Tu lah baik hati sangat . -___________________-'

Tadi baru je lepas perhati adik adik buat latihan untuk passing out nanti . Kasihan . Muka masing masing gelap . Rasa kalau balik nanti mesti ada mak atau ayah yang dah tak mengaku anak . Macam saya kene dulu . Oh terbaik lah kan? Lepas habis je LIBK balik rumah terus tidur . Topup tidur mahu macam orang koma . Tak sedar apa pun . Lepas solat tidur . Lepas solat tidur . Memang PENAT terbaik baq ang ! . Kulit ni macam nak tunggu musim . Mengelupas sikit demi sikit . Tapi haruslah redha bila macam macam bentuk muka bumi yang ada kat seluruh muka ni . Paling best dan menariknya , boleh buat petalah orang kata .
Apa yang dapat saya cakap . Adik adikku , bersedialah di atas segala kemungkinan yang akan berlaku nanti . Jangan sampai pengsan pulak bila tengok muka sendiri kat cermin nanti . Yang penting ingatlah dan bersyukurlah anda masih lagi sempurna dan tidak kehilangan pancaindera yang Allah dah bagi tu . Cuma perubahan ketara adalah berat badan , bentuk badan dan juga warna kulit . Akak pesan , berkabunglah kat umah tu dalam masa dua minggu . Jangan pergi mana mana spa mahupun pusat pusat kecantikan silap hari bulan ...... *krik krik krik* ( bunyi cengkerik ).

Macam macam benda yang kami bagi dan kami ajar cukup cukup . Tak payah cakaplah kan kalau ada yang menangis tu . Tu semua adat kene TORTURE dan kene HELL . Itulah yang kami hadap sebelum nak pegang title komander . Saya pun pernah jugak nangis , orang yang lebih kuat pun ada jugak yang nangis . Mula mula saya pun tak sangka macam ni sekali saya dan kawan kawan yang lain kene hadap semata mata untuk masuk jadi komander  . Bukan senang nak naik . Kene hadap macam macam ujian . Pahit getir , suka ria semua ada . Tapi yang pastinya kenelah selidik balik niat kita masuk badan uniform ni . Sebelum tu fikir dulu risiko yang bakal dihadapi . Bukan senang nak senang , bukan susah nak susah . Yang penting adalah sama sama . Benda yang susah pun boleh jadi senang kalau buat sama sama . Kali ni LIBK dalam sejarah ada yang nak tarik diri. Termasuk hari ni dah nak dekat sepuluh orang dari beratus ratus orang yang join LIBK ni . Rasa kecewa tu ada jugaklah kan? Bayangkan cuti semester ditarik sebab untuk LIBK ni . Dan senang senang nak berhenti . Buang masa je datang sini kan? Oh macam macam juga lah saya lecture adik adik yang nak berhenti ni . Sampaikan nangis nangis diaorang dengar lecture saya . (nampak tak macam orang yang suka psycho? kih kih kih :P )

Paling utama ayat saya macam ni je..

"Kalau awak fikir masalah awak sorang je , awak kene fikir orang lain jugak . Kita tak tahu ada yang menanggung masalah lebih besar dari kita ni . Sebelum nak buat sesuatu keputusan , bayangkan kita ni ada kat dalam kasut seseorang . Tapi diaorang tetap nak teruskan sebab apa ? Diaorang semua ada kemahuan dan keinginan yang kuat tu diaorang tetap teruskan LIBK ni . Awak rasa apa yang awak dapat bila awak buat keputusan macam ni? Bagitahu saya apa kebaikan yang awak akan dapat dan apa keburukan yang awak akan dapat.."

Ayat yang sama jugak saya cakap dan berulang ulang cakap dari sorang ke sorang adik adik Bakal Komander ni (BK) yang buat keputusan nak keluar komander. Mungkin diaorang fikir kami komander terlalu kejam buat itu dan buat ini sampaikan mentaliti diaorang pun jatuh . Tak sama sekali pun . Kami buat sebab kami nak ajar kami nak pupuk kami nak tanam semangat tu . Bukan senang tau bila kita macam ni . Berkumpul dalam satu kumpulan dengan muka muka yang tak kenal . Last last bila susah je sama sama bantu antara satu sama lain . Masa tu akan rasa semangat satu kumpulan dan semangat adik beradik . Benda tulah kami nak pupuk . Masuk komander ni atau masuk dalam satu komuniti atau organisasi ni bukan nak kejar pangkat atau apa , bukan nak pentingkan diri sendiri atau apa , memang tak dinafikanlah dalam satu kumpulan tu mesti ada sorang dua jadi racun perosak . Macam buah nangka . Mesti ada dua atau tiga ulas isi dia yang busuk . Buat apa nak ambik yang busuk ni kan? Ambiklah yang elok untuk kebaikan diri sendiri jugak . Macam ni lah hidup dalam satu kumpulan yang baik kita contohi yang buruk jangalah ikut kalau boleh topup balik supaya jadi lebih baik . Benda tu tak susah pun :) InsyaALLAH boleh kalau buat sama sama kan?

"Korang semua boleh ? Kita semua boleh ! Kita semua kuat ! Jangan nangis tau !"

"Platun 6 boleh? Kamon lagi sikit je ni ok ! BERTAHAN!"

"Support kaki , support tangan wei ! Sikit lagi sikit lagi!"

Itulah yang saya dengar masa kami bagi HELL kat adik adik kami . Kami nak tengok semangat adik beradik yang diwar warkan oleh mereka . Jangan depan kami je baru nak tunjuk tapi kekalkan kalau boleh . Kami sentiasa tengok dari masa ke semasa. Adatlah tu kalau ada yang tidur dalam baris lah , lambat lah , terkurang asam lah , apalah . Adat . Tapi yang kami ajar tu praktikkan . Memang tak dinafikan kami komander bukanlah baik sangat malah diherdik , dibenci orang pun . Yang penting buat derk dan buat dont know sudah . Kita tahu apa yang kita buat kita tahu apa yang kita lakukan . Biasalah macam saya cakap sebelum ni ada jugak segelintir komander yang buat tahi (maaf kasar) . Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Itu yang bahaya jugak tu . Tapi Alhamdulillah . Kami di sini masih diterima . Yang tak terima tu (apa den peduli) keh keh keh :P

Tapi yang tak menahannya diaorang masih ingat lagi pesan saya .

"Kalau korang semua kene macam ni (torture/hell) anggap je semua benda ni di celah kaki dan di celah gigi , faham ??!"

Nak tergelak pun ada tapi terima kasih sebab ingat . Ingat lah benda tu sampai bila bila . Benda tu akan jadi kebiasaan sebab nak melatih diri kita ni tak jadi seorang yang pendendam dan jenis yang tak simpan dalam hati . InsyaALLAH . Dulu pun sakit hati jugak dengan senior ni kan? Keh keh keh :P . Tapi bila kami fikir balik . Inilah yang patut kami praktikkan untuk adik adik kami . Semua yang kami lakukan semuanya ada sebab bukan saja saja nak cari pasal :)  . See Alhamdulillah semakin hari semakin improve . Mungkin dengan cara tu diaorang dapat didik diri diaorang sendiri . Siapa yang tak suka tengok kan? :) Heeee !

Oh yang semalam tu siapa kene torture cukup cukup semalam tu Happy Birthday tau . HEHE ! Menjadi jugak plan aku . Last last menangis sebab nampak kek depan mata . Punya tahan air mata tu dari jatuh sebab kene torture habis habisan semalam akhirnya menangis di depan kek sendiri kah kah kah :P . Yang paling tak tahan bila saya tanya diaorang semua malam tu masa diaorang kene down tu .


Bila cakap pasal mak dan ayah .... tenenew


Saya :"Korang rindu mak ayah korang tak BK?!!"

Adik- Adik :"Rindu sangat , komander !" *masa ni dah dengar bunyi esakan tangis . Yea saya faham perasaan diaorang , saja nak uji kan? * kah kah kah :D

Saya :"Kalau korang rindu , apa janji korang dengan mak ayah korang once kau jejak masuk LIBK ni , cakap!"

Adik-Adik : 1. "Jadi yang terbaik , komander !" 2. "Nak ubah diri jadi lebih baik komander!" 3."Lebih berdisiplin komander!" 4."Nak berjaya komander!" blah blah blah *memang berterabur jugak lah , lepas sorang jawab yang lain pun nak jawab sekali.

Saya diam . Saya tengok setiap platun . Ada yang dah mengalir air mata dan menggigil gigil tahan badan dari jatuh . Dan paling kagum semangat adik beradik diaorang yang sangat sangat supportive. Sebak lah hati den bila cakap pasal mak ayah ni . Mahu dah sebulan lebih den tak balik umah . Menyesal pulak bila cakap pasal tu -________________________-' cheeehhhhh! . Akhirnya seksa mereka habis dengan air mata dan makan kek ramai ramai . Jelas terpancar sinar kebahagiaan di wajah adik adikku ini . Chewah ayat macam nak kene lempang je  :P . Yang paling terbaik bila muka ni jadi santapan krim kek . Redha je lah yea? -__________________-'

Setiap yang berlaku mesti ada pengajaran kan? Macam nilah . Oh kulit makin gelap . Memang best lah . Harap harap balik nanti ibu masih kenal anak perempuan beliau ni lagi :P . Huuu~ Sedih tau hanya dapat call ibu lepas je dikeluarkan ke hospital . Rasa macam nak balik sekarang tapi disebabkan tugas saya redha !

Ok lah . Rasa mengada sangat je nulis panjang ni . -__________________-'

Ok jaga diri semua :)

NOTA : Errr saya tak layan korea !

NOTA : Bila lah rasanya masa tu akan tiba ya . Allah hai -______________-'