Tuesday

LIBK

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah walau baru je tiga hari LIBK ni berjalan tapi dengan penatnya , dengan kelam kabutnya , dengan senget bengetnya , dengan emosinya . Habis semua campur . Lebih lebih lagi ni first time UiTM Melaka buat LIBK besar besaran dengan menjemput UiTM Puncak Perdana dan UiTM Puncak Alam (Shah Alam), UiTM Kuala Pilah (Negeri Sembilan), UiTM Chendering (Kuala Terengganu), dan pasukan paling ramai dari Melaka sendiri . Teringat pula menghendel situasi masa sukma dulu . Dengan dewan sekali , dengan padang kawad sekali , dengan makanan sekali dan macam macam lagi . Dan paling erghhhh nya bila dapat tahu tentatif kejap kejap berubah , dan paling erghhh sekali diaorang ni tak dibenarkan buat latihan luar contohnya buat latihan pengkalan hutan dengan alasan terlalu ramai kapasiti BK (Bakal Komander) untuk dihendelkan . Ok saya give up
 -______________________-' . Makin manja la diaorang ni lepas ni bila tentatif makin berubah ubah . Tak best . Asyik terperap je kat dalam kampus ni . Mana je nak terjah . Asyik asyik tempat yang sama . Tak berkembang lah yea dak? .

Ok paling tak best diaorang dibenarkan atau dilepaskan awal . Pukul 12 malam dah lepas . Tension je . Nasib baik semua aktiviti bergantung dari pihak atasan kalau atas komander sendiri siaplah korang keh keh keh . Astaghfirullah -_____________________-' . Teringat pula la pukul 3 pagi lagi masa LIBK batch saya kene tahan belum lepaih masuk bilik lagi . T_______________________T . Dan dari situ lah kami tahu macam mana nak jadi Komander yang sebenar benarnya walaupun tak adalah yang 'sebenar benarnya ' sangat keh keh keh . Tapi insyaALLAH kami sentiasa cuba mencari kekurangan dan ketidaksempurnaan kami dan kami cuba perbaiki dari masa ke semasa . Biarlah orang nak maki ka, perli ka, benci ka, kami tak kisah . Jangan hanya ada sesetengah yang terlalu menjelikkan . Kami pun terkena tempiasnya sekali . Bukan semua macam tu . Biasalah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga . Tapi kami tak khuatir apa orang nak cakap dah . Kami hanya menjalankan tugas . Tapi yang gila kuasa tu hang jaga baik . Jangan nak besaq kapla sangat. Aku seligi kapla hang satgi . keh keh keh .

Ok biaq la bawah ni gambaq yang menceritakan semuanya .
*Purkey tiba tiba keluar loghat Kedah ni*


Tudiaa tetamu kehormat. Yang duk tengah tengah tu lah Rektor UiTM Alor Gajah, Melaka



Ni antara yang terpilih . Kontinjen Melaka punya .


Ni kontinjen Melaka nah . Ada lagi sebenarnya . Total kontinjen kami ada 90 (bakal komander).


Ni masa kawad perhubungan . Campur campur dengan kontinjen lain.

Allah dah lambat dah ni . Nak tidur jap :)

NOTA : Doakan supaya saya sihat sihat ja sepanjang aktiviti ni berlangsung. Mudah mudahan . InsyaALLAH Ameen Ya Rabb .

NOTA : Tudia pukul 3 pagi . Mata masih segar . Ni silap pekena nescafe O pak cik Nuar la tadi ni . Pekena maggi jap . Lapaq :) . Nak buat lagu mana . Kalau ada dapuq dah lama jadi chef kat sini . LIBK ni buat diri jadi tak berapa selera sangat.