Friday

Bila perempuan bercerita

Assalamualaikum w.b.t

Cakap luar . Cakap dalam . Cakap dengar sini .
Kalau saya cakap awak mesti dengar sekali . *nyanyi jugak ikut rentak lagu senyum*

Ceceh!

Tadi lepas meeting untuk persediaan LIBK, terus pula hantar cik Abel pergi Hospital . Kesian tengok dia . Dah dua tiga hari asyik batuk batuk sambil sambil tu tak henti henti mengurut lehernya . Katanya tekak rasa perit sangat sangat . Nak tidur pun susah apatah lagi kalau nak bercakap dan diselang selikan dengan ketawa yang seakan akan tersekat di kerongkong . Kasihan .

Jam sudah menunjukkan pukul 12.10 tengah malam . Ceceh macam juruhebah radio pula . Susah juga nak hendel situasi situasi macam ni bila kene berdepan dengan pak guard eh jap jap dah tukar . Sekarang dah jadi polis bantuan jangan main main tau . HEHE . Lepas cakap cakap , bual bual , bertukar pandangan dengan polis polis bantuan yang segak segak belaka tu saya pun lepaslah membawa arnab gergasi yang berwarna putih ni untuk dipecut ke hospital yang berdekatan . Tengah tengah tunggu angka giliran . Sempat juga lah snap snap gambar kan? Contohnyaaa.


Motip ada gambar ni? Sebab sangat comel bila baca banyak kali . 

Tanda tanda kami adalah warganegara Malaysia . Kami hanya membayar RM 1 sahaja . Anda pula bagaimana? Ceceh 


ceceh ! Show off tau cik Abel ni .

Lepas cek sana sini . Lepas suluh suluh anak tekak . Lalu beliau hanya diberikan dua bekalan ubat sahaja. Saya macam dengar tak dengar je apalah yang dicakapkan dek doktor ni . Dah la mulut tutup ngan mask . Suara pun macam dalam kelambu je . Si Abel ni pulak duk angguk angguk je lah keja dia . Saya tahu dia tak paham satu butir pun apa yang keluar dari mulut doktor tu .

Kemudian balik dengan bekalan KFC di tangan . Sakit sakit pun boleh tahan juga selera dia ni. Lepas feeling feeling dia ajaklah saya pergi lepak lepak kat bilik dia sambil mempelawa yang lain makan . Tak apalah juga kebetulan saya memang sorang sorang duduk kat bilik malam ni . Tambah tambah lagi malam ni malam sabtu . Malam sabtu ada apa? HEHE. Lepas tu masing masing duk pakat cerita pasal kenangan dulu dulu . Dari sekolah sampai lah laaa ni . Amboi kan? Masing masing cerita tak pernah nak kalah . Dari sorang ke sorang nak bercerita . Lama lama makin riuh rendah lah bilik tu dibuatnya.

Bila fikir fikirkan balik . Naik rindu juga zaman sekolah ni . Fikir macam mana tak matangnya kita masa tu . Terlalu enjoy dengan keBRUTALan diri sendiri . Sibuk ponteng kelas physics, chemistry dan add maths . Tapi bab sejarah mana pernah tinggal . Mesti celik je mata ni . HEHE . Hey hey jangan cakap sejarah tak best . Terbaik ok! . Fikir fikir balik macam mana singanya jadi pengawas yang pegang jawatan Exco Disiplin . Asyik duk menghambat budak je kejanya . Syok juga bila fikir fikirkan kan? Macam macam juga . Dan makin seronok bila terkenangkan benda benda paling jahat yang pernah kita buat dulu . MasyaALLAH saya memang jahat sangat sangat kat sekolah . Kaann? Perempuan jahat ni . Astaghfirullah.. -_____________________-'  tau tau saya sangat nakal .  Tak tahulah macam mana boleh naik nama jadi pengawas yang sanggup pegang jawatan Exco Disiplin . Tak cukup lagi pegang jawatan yang macam macam kat sekolah dulu sampaikan ibu cakap

"Dik , senang cerita ambil alih lah jawatan menteri besar tak pun perdana menteri ke? Busy je memanjang macam mana dengan study kalau asyik sibuk macam ni . Ke hulu ke hilir . Kem sana kem sini . Menembak sana menembak sini, balik sekolah lambat je selalu . Lepas sekolah kawad kaki pula tak pun dengan game kat padang yang tak habis habis.. bla ..bla.. bla.." Haa ala ala macam tu lah ibu pernah cakap masa saya sekolah menengah dulu  -_________________________- ' ok redha je bila ibu cakap cam tu kan?

Tapi Alhamdulillah lah kan? Tak terganggu sangatlah masa study . Kenelah pandai bahagi bahagikan masa. Cewah ! Ayat ni saya curi dari pelajar pelajar cemerlang di mana saya tak ada lah cemerlang mana PUN ! . Cuma salahkan diri sendiri kalau masa tu terbuang macam tu je . Kalau diri kita kata kita mampu buat semua tu . Teruskan . Kalau tak mampu jangan paksa . Kita ni kalau orang dah bagi kepercayaan kene gunakan sebaik mungkin . Ikhlas dalam bekerja ni tak akan buat kita rasa bosan dan penat . Yang penting jangan terlalu paksa dan tekankan diri kita ni . Enjoy dalam bekerja sangat sangatlah penting . So , tak adalah macam rasa errghhhhh! So macam tu lah prinsip saya masa sekolah dulu . Kerja biar enjoy , kalau stress kepala runsing . Alhamdulillah SPM capai target . Saya target tak adalah tinggi mana tapi saya bersyukur apa yang saya target akhirnya tercapai juga tapi tak sangka juga ALLAH nak bagi saya lebih kan? Alhamdulillah syukur. Kenangan paling best bila dikenangkan adalah waktu sekolah .

Bila dah masuk universiti ni . Rasa sengal pun ada juga sebenarnya . Macam tak sangka la kan umur dah kian nak menganjak masuk puluh puluh an ni . Sistem pembelajaran yang berubah . Environment yang semakin mencabar . Paling bahaya kalau berdepan dengan perkara perkara yang membuatkan budaya semakin terkejut dan mengejut lalu ia menjadi kejutan budaya . Mana tak terkejut opocot kan kalau kita tak ada pendirian hidup maka terumbang ambinglah hidup kita ni .  Cewah ! Haishh ayat nak good good je . PANG! . Enjoy tu enjoy . Tapi berpada pada . Kene ingat kita datang untuk apa , kita datang demi siapa . Jangan terlalu sangat syok sampai tak sedar diri akhirnya diri sendiri yang hanyut ke tengah lautan . Siapa nak selamatkan? Hidup ni adalah risiko . Risiko sebenarnya datang dari diri kita sendiri . Kalau kita pandai hendel tak jadi hal pun kan? InsyaALLAH saya boleh , awak boleh , semua orang boleh :)

Bila saya kenangkan balik . Kehidupan universiti banyak jauh bezanya dengan sekolah . Semuanya mengamalkan sikap mandiri ataupun mandi sendiri eh tak tak saya tipu . Maksudnya sama dengan independent. Semuanya kene berdikari . Sebab tu life kat universiti ni sangat sangat mencabar diri kita sendiri sebenarnya . Dan masa ni kita akan kenal siapa kawan siapa lawan . Kita akan kenal perangai perangai dan sikap sikap manusia yang sedang meningkat dewasa dan nak menjangkau usia yang matang . Saya suka kawan dengan semua orang dan saya tak kisah sama ada orang nak kawan dengan saya atau tak . Buat apa nak paksa orang kan? Jadi diri sendiri adalah lebih baik . Orang akan selesa dengan style kita dan cara kita dan dari situ orang akan ingat kita ni siapa melalui cara kita sendiri . :) Lagi best . 

Ok terima kasih hinggakan saya dapat gelaran 

"Ustazah gangster"

Cehh apa kene mengena saya dengan title ustazah saya tatau . Bagilah gelaran yang comel comel ke kan? Macam "Ustazah Pilihan" ke "Ustazah Melayu Terakhir" ke? Cewah . Feeling feeling . PANG!
Astaghfirullah -________________-' berangan . Tapi tak apalah cool jugak nama tu kan? Awak ada? HEHE. Apa apa pun bersahabatlah kerana ALLAH . Itu paling terbaik . Jangan memilih sangat dalam berkawan ni . Gunakan kesempatan yang ada untuk kenal semua orang . Macam macam yang kita akan dapat rasa nanti . Jangan masuk universiti ni fikir yang kita memang dah besar , memang dah jadi budak budak up sekarang . Ala ala dah market siap nak cari awek dan pakwe lagi . Cehhh . Kejar benda tu buat apa . Pasal benda tu jangan risau . Fikirkan perjalanan hidup kita yang sebenarnya masih jauh lagi . Biarlah cinta itu yang datang cari kita . Kalau best bila cinta itu adalah dari ALLAH sendiri . Sweet kan? :)
 
Ceceh ! Ye ye jek kan saya ni? :P hihiii minta maaf tau

Ok lah . Saya nak tidur sekejap . Wawa kepala makin pening. Pening melayan kerenah diaorang ni .Banyak sangat babak dalam cerita kami ni HAHA . Ok lah astaghfirullah . Banyak sangat ketawa ni 
-_______________-' ish ish tu lah kalau perempuan bercerita . 

Ok tata !

NOTA : Saya minta maaf tau  ^_______________________^' . Haish Allah je tahu .

NOTA : Ya Allah Ya Allah Ya Allah . Makin kuat pula perasaan ni -_____________________-' 

NOTA : Settle t shirt . kemas bilik . basuh kain . clear kan semua . Rasa rasa boleh habis dalam satu hari
? ***krik krik krik***