Friday

Melalut dan mengarut

Assalamualaikum w.b.t

Teka apa saya rasa sekarang ni ...


Ohh yesss ! Paper dah selesai semua !


ALHAMDULILLAH . 

Syukur .


Semua sibuk nak balik . 

A : "Ok lah uolls i nak balik kemas barang kejap lagi parents i sampai.."

B : "Aku balik petang ni , ibu aku ajak pergi mana entah .."

C : "Hahaha tak sabarnya nak balik.. "

Ok bab bab macam ni saya hanya mampu diamkan diri . Nak excited lebih lebih macam diaorang memang tak dapat LAH . Banyak benda yang kene hendel kat sini . LIBK yang akan datang ni pun macam dah tak ada semangat je nak pegi tapi nak buat macam mana tugas tetap tugas . Tapi seronok juga nak menghadap muka adik adik baru ni , sekali sekala nak kembalikan zaman zaman keGANGSTERan masa sekolah dulu . Kali ni biar lebih ganas sikit . Nak tengok siapa yang memang tahan bab bab macam ni . HAHA . Astaghfirullah -___________-'

*Ok tiba tiba teringat masa latih skuad kadet polis kat sekolah siap ada ranting kayu panjangnya setengah depa . Siapa jalan tak cantik , tangan tak paras memang kene sebat . Ok saya mengaku saya jahat dan saya rela dikatakan ketua platun paling kejam kat sekolah tu -________________-' . Kalau baik sangat nanti semua nak pijak kepala . Bila bagi consideration sikit mula nak ikut kepala masing masing . Kerja is kerja . Main is main . Serius is serius . Itu prinsip saya . Tak serius masa kerja itu akan membawa kepada sikap yang suka main main . PANG !*

Kali ni berumah bertangga di UiTM tercinta . Memang dah siap calit calit lagi kat kalendar . Sedihnya bila kenangkan . Lagi beberapa hari lagi MUET dah nak start . Bilik pula belum mula kemas lagi . Borang clearance lagi lah belum ambik kat pejabat kolej lagi . Alahai nampak sangat macam tak ada semangat nak buat satu kerja pun . *Eh eh update blog satu kerja jugak kan ? Semangat nampak menaip ? *

" Isk awak ni malulah titew "

HEHE. Tadi siap kemain termenung tengok kawan kemas barang barang dia . Yea lah paper dia 9 Oktober ni habis , bukan apa dia ada adik kat UiTM ni alang alang dia nak hantar adik dia balik sekali rap lah kan hantar barang barang dia sekali balik rumah . Haishh profitlah (untunglah) ada kereta . Haishh profitlah rumah dekat . Bila sesak sesak senang je nak balik :) . Tak apalah saya ada kereta lagi besar tapi orang lain bawak lah itupun dalam sebulan dua tiga kali je naik . Apa dia . Eh eh boleh tanya . Bas lah kereta besar saya :P Hihii mampu?  . Walaupun Negeri Sembilan dengan Melaka ni tak jauh mana tak semestinya ia tanda saya adalah seorang pelajar PBSM ( Pelajar Balik  Setiap Minggu ) . Ohh tidak sama sekali . Sedih tau dengar keluh kesah ibu . Harap je tempat belajar dekat, nak kata boleh je balik tapi bukan selalu. Nak tengok anak perempuan beliau yang sorang ni balik pun susah . Minta maaf yea ibu . Nasib baiklah ibu faham . Kadang kadang tu seminggu sekali mesti kene call . Kalau tak saya yang call ibu yang call saya . 
-____________- ishh tah pape kan saya ni . Ada ke patut ibu yang call . -__________- hisssh

Nak buat macam mana . Saya ni adik beradik tak ramai . Dua kerat je . Abang pulak kerja jauh kat Johor sana . Nasib baik kakak ipar duduk sekali dengan ibu dan ayah . Bolehlah tengok tengok kan ibu dan ayah kat rumah . Tambah pula ada cucu hilanglah sikit boring ibu kat rumah tu . Haishhh . Bukan apa , kalau saya balik je mesti ibu suruh gedek kereta ayah bawak pergi jalan jalan . Sedihnyaaa hey ! . Allah haii . Apalah khabar ibu kat rumah . Baru je keluar hospital . Harap harap beliau tak buat kerja berat berat . Nanti adik balik yaa ibu . 

*Ni apehal ni kau cerita semua ni*

Ok ok fine ! . Berbalik semula kepada motip cerita ni ! . Aceceh ~ 

Sedih tak dapat balik . Rasa rasa mahu sebulan cuti sem dihabiskan di UiTM ni . Tapi ada lah jalan jalan sikit ke UiTM Kuala Pilah untuk jambori . Alah dekat je kan? :( hmm . Dan berpisah dengan kawan kawan sekelas adalah perkara paling mengharukan . Tadi masing masing duk pakat nangis . Termasuklah saya . Punya tahan lah air mata ni dari nak jatuh tapi nak buat macam mana ia tetap berguling guling jatuh di pipi saya ni . Sabarlah Farish . Sabarlah . Bertahan untuk satu sem lagi okaiii . Tak sabar nak tempuh lagi satu sem ni . Lepas tu barulah boleh kembang kembang sikit  cakap "OH SAYA BARU JE HABIS DIPLOMA" . Kannnn? 


Lepas tu insyaALLAH sementara nak tunggu rezeki degree datang bergolek bolehlah membiakkan income dengan mencari kerja . Masing masing dah pakat nak cari kerja apa . Amboi semua kerja nak sedap je . -_____________-' . Tak apalah terpulang pada diri masing masing kann? Apa apa pun pastikan ianya halal dan bila dapat duit gaji tu jangan sombong pula dengan mak ayah kita . Hulur hulur lah sikit . Lagi berkat tau duit gaji tu . Allah suka sangat orang macam tu tak sombong dengan apa yang dia ada . :) .

Ceytt dah merepek . Ok nak gi Rembau ada hal sekejap . Memang dah lambat sangat sangat ni . Ni pun pinjam kereta orang . Pinjam kereta orang ni susah sikit . Kene booking awal awal . Kalau tak jadi macam saya . Janji kul 3 tapi kul 6 jugak kereta sampai . Sabar je lah . Ok doakan saya menjadi drifter cemerlang dalam perjalanan ke Rembau nanti. Hehuuu

Ok  tata !

NOTA : Hissh malu sungguh peristiwa kat I City tu tak boleh lupa . -____________-'

NOTA : Malam nanti nak baca lagi . Seronok sangat :) . Bagus kamu ni .

NOTA : Ya Allah . Kalau lah betul dapat . Aku orang paling bersyukur sekali sebab aku tahu KAU takkan hampakan hamba hambaMU kan? :')