Sunday

Campur aduk


Haha akak sebelah tu buat lawak lah . Suka kita tengok dia . Kita sukaa kikiki 

Assalamualaikum w.b.t

Lama dah rasa tak update blog ni. Kalau blog dulu kemain update macam update status kat FB lah kononnya T_T . Jari jemari ni sekarang macam malas je nak naip sketsa sketsa cerita yang panjang lebau walau banyak benda yang jadi sejak kebelakangan ni rasanya biarlah tuan punya belog ni je yang tahu :P ( shengal baik tak payah update cani )

Dah berapa hari hujan T_T tapi tak setanding hujan di hati ni yang belum belum surut lagi nape nape? *tiba tiba* tak de kene mengena pun. Memang feel betul hujan turun kalau bawak tidur ni mahu tak sedar sampai ke maghrib agaknya. Nasib baik mata ni baik . Duk sibuk menyiapkan kerja gunting sana lekat sini , gunting sini lekat sana. Taip sini , taip sana. Makan minum entah ke mana . Ceceh~

Study LG pun mata macam rasa nak terkeluar . Adui . Sejak kebelakangan ni banyak rehat je . Kesihatan tak menentu . Sedih rasa. Study pun macam apa je . Aduh tak boleh lah macam ni . Nanti satu benda pun tak jalan . Final just around da corner je . Nanti terlebih lap kat corner tak ke susah? diri sendiri yang cedera parah sebab diri sendiri jugak yang mengundang padah . Padan muka padan muka .

Study week dah nak dekat niat memang tak nak balik . Duk umah bukan belajau nau . Duk sibuk melepaskan gian melepak lepak kat rumah . Kalau baca buku pun . Aca aca je duk baca , kalau bosan kepala dah berat mula on TV cari info cerita apa best malam ni . Kalau dapat cerita hantu syok jugak . Jerit jerit, terkejut terkejut, main sorok sorok muka dengan bantal , main tutup tutup mata dengan tangan sambil sambil tu intai intai kat celah jari alang alang hantu tu nak dekat sampai dengan background music yang terlalu seram nak mamfus barulah tutup mata sambil mulut tu cakap "FUH FUH FUH ! Antu tu dah datang ke belum , sound effek dia kemain lagi ni , dah dekat eh ? ha ? ha? "

Huiyoo feel gila .

Dapat pulak cerita cinta yang leleh leleh air mata , cerita cerita melayu yang memang dramatik memang habis layan. Itulah budak UiTM yang memang gayat kalau balik rumah . Bukan nak kata UiTM daif tak de TV pun nak beli tapi kitaorang ni pemalas nak turun bilik TV tapi jangan ingat kami ni macam KATAK BAWAH TEMPURUNG , tapi kami ni KATAK DI BAWAH GELAS KACA :P . Apa guna internet dan juga surat khabar yang ada kan? Ni asek fesbuk je benda apa yang jadi kat negara sendiri pun kita tak tahu ye dak? *terasanya kitaaaa T_T

Kisah semalam perkara paling menyedihkan adalah .... tak dapat makan untuk Majlis Hari Raya pra-graduation anjuran  UiTM kat A Famosa Resort . Penat penat pakai baju raya siap siap semua last last tak dapat makan pun datang je terus duduk kat meja yang kosong tanpa makanan T_T . Akhi Farid terus ajak pergi KLIA . Belum panas pun kerusi tu kene duduk dah kene pergi dari situ . Menu yang mengiurkan hanya dalam angan angan . Minuman yang diidamkan hanya dalam ingatan . Malas rasa nak angkat call dan reply mesej sebab tahu, mesti kawan kawan lain marah sebab datang kejap lepas tu tiba tiba terus balik. Tak apalah dah dapat tangkap gambar sama sama tu kira ok lah kan? T_T

Terbayang-bayang di mata senarai menu yang begitu mengiurkan ~ arghh!

Dalam kereta hanya diam . Perut rasa memang lapar . Mata rasa sangat berat . Pagi pagi lepas subuh bersiap siap . Letih malam semalam pun tak hilang sebab event MPG kat tempat yang sama jugak . Hehe maknanya ada jugak lah makan makan untuk event MPG malam semalam tu tapi tak makan banyak mana pun nasi cuma lalu 3 suap je selebihnya hanya makan buah . Tak tahu kenapa perut tiba tiba mengada ngada T_T orang datang nak makan sedap wuwu ~ . Tapi menu Sambutan Hari Raya ni lagi sedap kot dari semalam . Wawa jangan cakap dah jangan cakap dah . sia sia ~

"Akhi , lapar .."

"Nanti kita makan ya?"

Nanti , nanti dan nanti lama lama tertidur . Malas nak singgah mana mana, akhi duk sibuk pikir pikir nak makan kat mana last last saya beli cekedis dengan air je makan dalam keta T_T sedih tak sedih tak ? sebab perut lapar sangat yea lah gatal makan 3 suap je malam tadi haha .

Akhi : " Sorry la yaa, tak dapat makan kat resort tadi terus bawak gi KLIA "

Saya : ****diam sambil makan cekedis****

Dalam hati dah nangis nangis , rasa nak cekup je bantal kat muka n jerit kuat kuat , rasa macam nak suruh je hantar balik kat resort tu biar Akhi Farid pergi sorang sorang T_T

Astaghfirullah

Membalas dendam dengan pergi rumah lecturer yang buat open haus . Masa tu siap makan macam macam lagi . Hee buruknya lah perangai kan? Laksa terengganu fes time makan rasa memang superb ! Tak cukup dengan tu makan pulak pizza . Waa sempat lagi belajar macam mana nak masak laksa terengganu. Rupanya rasa dia memang lain . Kalau nak makan laksa terengganu ni pekena dengan kerabu sayur ni lagi pehh sedap majnun! Tapi maaflah yea saya tak sertakan gambar dalam ni sebab niat nak beraya dan datang makan bukan nak bergambar ceceh ~

Pergi pulak rumah sir yang mengajar masa part 1 yang dulu berstatuskan bujang sekarang dah berkahwin dan mempunyai seorang anak haha :P melepas uolls ! Comelnyaa baby sir . Tahniah ! Alhamdulillah :D
Sedapnya kek sarawak dengan mee sarawak dan mihun sup huu T_T . Aduh memang leleh lah makan . Hee nampak tak banyaknya saya makan sebab balas dendam punya pasal haha xD *tenenewwww . Balik jalan kaki haha :P

Apa apa pun hari ni memang best . Eh esok students degree nak masuk balik eh? Sedar sedar lah brader n sistah , Rumah kata pergi UiTM kata mari haha :P Padan muka sudah sudahlah cuti 4 bulan lamanya kini tiba masanya nak proseskan balik otak yang sekian lama membeku haha :P *Jangan maree

Kami dah nak cuti :P hihi! . Amaran sila pusingkan laptop anda jika ada rasa sakit hati di sini :P

Apa apa pun all the best semuaa !

Fighting!

NOTA : Di hati ini hanya Tuhan Yang Tahu huuuuuuuu ~

NOTA : Hati hati balik ^_^