Monday

Beribu Sesalan


Gua sebal . Gua sebal macam nih !
Assalamualaikum w.b.t

Beribu sesalan hari ni . Tak ada kene mengena dengan lagu Ning , Jaclyn dengan Shila .
Ni beribu sesalan dari saya sendiri . Sebal gue !

Hari ni kemain lagi test untuk Local Government . Feeling feeling jalan atas jambatan sambil berasak asak dengan manusia manusia yang pergi balik kelas . Macam macam pe'el ada . Dating tu lebih lebih lagi lah . Kalau dating ke kelas tu tak ada masalah lah kalau setakat nak mengada ngada dan bergurau senda bukan masanya dik . Orang lain pun nak pergi kelas juga . Jambatan ni bukan anda berdua yang punya untuk buat tempat bergurau senda kat sini ala ala manja kucing masing masingnya . Dah la jalan lambat -,- . Hadoii . Kan dah tambah dosa je cakap benda ni semua .

Tambah pula kalau ada group yang buat discussion memang kene kat tengah tengah jalan agaknya . Itu yang sememangnya menyebabkan kadar traffic jammed semakin meningkat kat Malaysia ni. Inilah salah satu penyebabnya . Memang macam nampak sangat UiTM ni tak sediakan facilities atau ruang untuk students melepak dan juga berkumpul untuk buat discussion,  kat tengah tengah jalan jugak dia nak berkumpul . Memang kene buat usul ni supaya buat highway LEKAS kat sini supaya lekas sikit nak ke kelas tanpa halangan halangan yang macam ni .

Yang paling syahdu sekali . Sempat lagi tu nak tangkap gambar . Tempat orang lalu lalang jugak yang dia nak ambik port . Aduh kan? Nampak tak macam macam halangan yang saya kene tempuh . Belum lagi bila masa nak mendaki tangga Batu Caves . Tambah tambah pula yang lambat lambat naik tu , yang feeling feeling main mesej sambil naik tangga tu lagi menyebabkan satu masalah. Ada jugak yang naik usul buat escalator kat sini . Tak pun naikkan papan tanda

" Para pelajar yang dihormati sekalian , dilarang sekali untuk berbual, bermain telefon bimbit mahupun jalan begitu lambat menaiki tangga , ingatlah tangga ini untuk semua ,  semua untuk tangga ni . Bukan awak sorang je yang nak pergi kelas "

whoa .. berani nak buat macam tu ? :P

Jam menunjukkan lagi 15 minit kuliah nak mula . Sampai Dewan Kuliah pukul 2.20 ok lah tu . Kuliah mula pun pukul 2.35 macam tu . Sampai sampai masing masing duk sibuk baca buku . Huu takut takut . Kalau masuk Dewan Peperiksaan jangan harap kau nak macam ni . Yang sebalnya ada yang masih rileks rileks lagi dan boleh buat lawak . Ni mesti dah tahu soalan bocor ni . Dah buat malam tadi lah tu . Superb . Tak nak pulak dia kongsi kan? haha :P

Test tadi Alhamdulillah ok KOT (?). hehe !

Yang menyebabkan kesebalan yang begitu meninggi adalah apabila ada satu soalan tu menyebabkan saya terfikir panjang dan boleh termenung . Padahal jawapan jawapan pendek dah siap buat dash dash lagi kat tepi soalan tu . Saya tak tahu apa yang saya menungkan . Inilah sebabnya . Banyak menung habis masa kat situ je . Shengal la kau ni Farish . Habis habis buat je . Masing masing kelam kabut nak hantar , nak balik . Mengada ngada macam budak tadika cubalah lagak sikit macam pelajar U haha :P *Ala yang cakap ni pun sama je .

Tengah tengah dalam perjalanan nak pergi ke pasau malam...

Syed : " Guys, jawab soalan berapa? "

Syed , Roro dan Zul : " 3 HAHA " 

*kecuali saya pelik apesal diaorang suka sangat dengan soalan nombor 3 . Nampaknya saya sorang je melencong jauh jawab soalan lain .

Syed : " Haha tak sangka kan soalan tu keluar bestnyaa !"

Zul : " Haah tak expect pun selamatlah. "

Farish : " Kauorang apa kena ni? Jawab apa? "

Syed : " Kau lambatlah Farish kitaorang siap buat discussion lagi pasal soalan 3 tadi , sebijik gila soalan dia!"

Roro : *Dia memang tukang sengih memanjang*

Farish : " Oklah macam ni kawan , tak nak bagitahu kan? Blah lah ... "

Konon konon merajuk . Sikit bengang la jugak . MasyaALLAH sensitipnya .Ni belum final exam lagi . 

Zul : " Alah Farish , tak expect pun benda ni keluar "

Syed : " Chaihh! Yang kau jawab sampai tiga helai kertas tu apa benda ? "

Cis dia ungkit , apa den jawab kat kertas LG tadi . Masa IR pun dah kene perli dengan dia . Dah la saya orang paling last hantar kertas jawapan IR . Tak boleh panjang sikit tulis kene perli tak boleh lebih sikit kertas dah kene perli . Adoi angry birds betul haha 

Saya : " Kalau kau bagitahu awal awal benda tu tak jadi hal pun yea dak? "

Haa ambik kau . Haha . Feeling punya pasal sampai terguris rasa hati yang mulus ni . 

Moral of the story is . 

Kalau rasa rasa soalan tu keluar untuk test ke , kuiz ke , final ke pakat pakatlah kongsi . Alang alang nak berjaya biar sama sama ye dak haha .

Ok lah nak makan

NOTA : Kita tutup buku lama , kita buka buku baru.

NOTA : Tabah dan redha itu kunci utama , cinta tak ke mana . Biar ia yang cari kita .

NOTA : Tak suka bila kene edit post balik sebab kesalahan bahasa haha . Moral of the story is , pastikan jangan excited sangat bila nak post ok? haha