Friday

Tips Peperiksaan

Assalamualaikum w.b.t


Tips sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan:

-Kalau boleh bangun awal . Siapa yang liat sangat bangun awal tu suruh kawan kejut . Kalau tak sedar pun suruh kawan geletek bawah kaki sampai korang ketawa berdekah dekah.

-Kalau boleh lepas subuh jangan tidur sebab masa tu memang masa paling sesuai untuk study .

Bak kata lecturer 
"Kepada sesiapa yang liat nak bangun subuh tu , satu sem yang tak pernah bangun subuh ni nak exam ni bangun bangunlah , solat subuh!" 

keh keh keh

-Pastikan korang semua mandi ingatlah bahawa ketika orang tak mandi ni anda telah membawa masuk anasir anasir yang tidak sepatutnya ke dalam dewan peperiksaan dan menyebabkan sesak nafas yang terlampau. Mandi jangan tak mandi nanti baru ada feel nak jawab paper yea dak?

-Sarapan atau makan pagi . Bukan melantak atau mentedarah . Jangan ambil makanan berat yang bertan tan tu nanti korang mengantuk dalam dewan dan kalau boleh jangan makan terlalu banyak cukup hanya makan sekadar untuk alas perut .  Bahawasanya siapa yang makan terlalu banyak ni dia adalah orang yang malas dan pelupa . Lepas habis final exam ni kau nak makan apa kau makanlah . Restoran restoran tu kau nak telan pun tak apa . Tu namanya lepaskan gian dan dendam . Jangan lupa ajak saya sekali ^_^

-Sebelum tu pastikan kad matrik dan juga slip peperiksaan . Masukkan dalam beg siap siap . Pastikan bawak alat tulis , kalau boleh bawaklah yang belum berbuka dari kotak dia tu , pemadam bawak sekali yang ada enam biji dalam satu peket tu . Liquid paper pastikan jenama ... jenama apa eh? apa apa jelah . Lebih baik tak payah bawak liquid paper tu sebab nanti mesti korang sibuk sibuk nak conteng meja . Alang alang dah conteng meja tu apa salahnya tinggalkan nombor telefon? weh weh vandalisme korang ni .

- Kalau boleh tu bermaaf maafan lah sebelum nak masuk dewan ni . Mana tahu kita ada buat salah dengan orang sama ada kita sedar atau tak minta maaf je . Masa nak exam ni lah kita kene mengalah . Kalau asyik ikut ego masing masing silap hari bulan ilmu tu tak dihalalkan nanti . Kalau boleh jerit satu blok tu

"Aku minta maaf semuaa . Halalkan apa yang kurang dan lebih . Selamat Maju Jaya !!!"

Berwibawa tak orang macam tu?

-Telefon ibu dan ayah . Minta restu dan doa . Jangan laju je telefon pakwe atau makwe . Entah dia ingat atau tak yang korang nak exam hari ni . Kalau dia lupa tu tak payah lah reject je terus . Apa orang macam tu nak dijadikan pakwe dan makwe . Tak bagi semangat dan dorongan langsung . *JAHAT*

-Bila nak mula exam ni kene banyakkan berdiam dari berbicara dan kurangkan ketawa anda yang mengilai ngilai seperti ponti . Nanti terbang ilmu tu mampu ke nak kejar dan tangkap balik . Bye Bye je lah . Kalau boleh banyak banyak kan selawat dan jangan lupa baca surah Al-Insyirah yakni doa ni untuk lapangkan hati kita . Caranya dibaca surahnya itu sambil tu telapak tangan kanan letak kat dada kiri dan tekan . Baca sebanyak tiga kali minta dilapangkan dada kita. Ya saya tahu ramai yang gundah gulana, bersedih berduka cita sebab malam tadi gaduh ngan pakwe atau makwe , selipar kene curi , pensil kene curi , pen terhabis dakwat dan macam macam lagi . Itulah doanya

-Kalau boleh nak exam ni letak masalah kat belakang dulu . Apa apahal kejar exam ni yang penting . Masalah , insyaALLAH ada jalan penyelesaiannya . Rileks dan cool . Lepas final exam korang nak bergaduh dan bercakaran terpulanglah .

Tips bila berada dalam dewan peperiksaan :

-Baca bismillah dan selawat banyak banyak . Cek semua dah ada dalam tangan , slip exam , kad matrik , alat tulis .

-Ambik tempat duduk paling strategik kalau boleh tepi tingkap baru dapat feel tapi tu bergantung pada nasib kalau dapat tempat duduk belakang sekali syok jugak . Barulah luas pemandangan . Masa tulah paling best lihat gelagat sekalian manusia sedang menjawab exam . Mesti sure punya korang senyum sendiri .

-Kalau boleh senyum senyum lah dengan kawan kawan kiri , kanan , depan , belakang . Ucapkan kata kata semangat . Tak salah kalau korang nak cakap dengan gunakan microphone kat depan tu . Barulah namanya tokoh pelajar yang berkeyakinan.

-Kalau boleh fokus apa yang diterangkan oleh ketua pengawas peperiksaan . Jangan buat hal sendiri ingat korang dalam dewan . Sekali kene tegur tak ke korang akan jadi perhatian . Tak apa sekali sekala nak glamour dengan cara macam tu apa salahnya yea dak?

-Kalau boleh bawalah bekalan gula gula tu lebih sikit . Bagilah kawan kawan kalau boleh hulur hulurlah untuk satu dewan tu . Gula gula ni tahan ngantuk . Mana tahu bila makan gula gula ni tiba tiba idea mencurah curah ke ladang gandum ?

-Cek balik betul tak paper yang korang ambil tu sama tak macam jadual hari ni punya exam . Kalau paper LAW pastikan ia adalah paper LAW bukan paper AGAMA ISLAM . Kalau paper INDUSTRIAL RELATIONS pastikan ia adalah paper INDUSTRIAL RELATIONS bukan paper POLITICS & GOVERNMENT.

Tips ketika menjawab exam :

-Jangan tulis terlalu confident sangat sampai bergoyang goyang meja tu korang kerjakan . Ia akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada rakan rakan lain tak pun akan menimbulkan rasa ketakutan kepada mereka mereka yang lain.

-Di saat fon korang tiba tiba berbunyi sebab korang lupa nak silentkan pijak terus fon tu . Dan selepas tu pura pura seperti tak ada apa apa yang berlaku . PERINGATAN . Sebelum nak masuk exam baik tak payah bawak fon letak je kat bilik tak pun sorok dalam almari dan mangga almari tu siap siap.

-Kalau masa tu tiba tiba blur . Tenang . Tarik nafas dalam dalam dan kemudian selawat . Kalau tak boleh jugak jawab soalan lain . Jangan banyak habiskan masa pada soalan yang buatkan korang jadi blur tiba tiba.

-Kalau boleh masa orang tengah jawab exam tak payah nak mengada ngada nak pergi toilet sebab korang mengundang satu dewan untuk memandang korang ke mana korang nak pergi sebenarnya . Dan masa juga dihabiskan di situ juga dengan memandang korang semata mata nak ke tandas.

-Pastikan bila korang nak minta answer booklet lebih, pastikan kawan kawan anda tak nampak. Sebab itu juga akan menimbulkan ketakutan kepada mereka juga. Tapi selalunya nampak jugak .

-Kalau dah habis jawab tu kalau boleh cek dua tiga kali mana tahu ada salah ejaan ke . Apa ke tersalah jawab ke . Kalau dah habis cek, tidur jangan sibuk sibuk main mata dengan makwe atau pakwe sebelah anda . Anda sedang mengundang .

Tips lepas habis jawab exam:

-Dah habis jawab paper tu jangan sampai suka sangat . Kalau boleh jangan terkinja kinja depan dewan peperiksaan . Anda sedang mengundang sebenarnya .

-Kalau boleh jangan discuss . Bila korang discuss last last ada soalan yang korang salah jawab . Korang sendiri akan merana sebenarnya.

-Kalau boleh balik terus, dan percepatkan langkah . Nanti anda akan menjadi perhatian orang ramai untuk diinterview oleh rakan rakan seperjuangan .

-Jangan senyum senyum nanti mesti korang akan diperli

"Weii jangan senyum sangatlah tahulah dapat jawab kan?"

-Apa apa pun sila fokus untuk paper akan datang .Jangan fikirkan sangat paper yang dah dijawab.

Selamat maju jaya .
Ada sesetengah hanya tokok tambah sahaja . Rileks rileks bukan nak bagi korang tension tapi hanya tips dan rekaan semata mata .

USAHA . DOA . TAWAKKAL


Gagal bukan untuk selamanya . Ia adalah peluang untuk kita perbaiki diri sendiri supaya memperoleh yang lebih baik ~

Sekian dari saya .
Tuan punya blog ni

NOTA : SELAMAT MAJU JAYA

NOTA : Syioknya merewang rumah kenduri . Hey study study , apa pandang pandang?