Thursday

Cerita yang entah apa apa mungkin :)

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah . Dah 2 papers berlalu pergi . Tinggal 4 papers menanti . Dan kami menjadi semakin susah hati . Lama pula nak tunggu paper yang selanjutnya . Pergi library pula keadaan tak berapa tenang . Mula mula masuk ingatkan Pasar Borong Selayang . Memang terbaik . Agaknya dah penat brader brader dengan kakak kakak yang jaga Lib tu nak suruh diam . Biasalah melayan budak budak yang semakin meningkat dewasa walaupun dah sedia dewasa . KERAS KEPALA .

Semangat membaca buku Business Law ni mula merundum . Seperti gaya matahari nak terbenam untuk menjemput waktu maghrib sebagai pembuka waktu malam . Mata semakin berat . Belek jam tengok tengok dah pukul 6.30 . Ya Allah cepat benar masa berlalu . Tak sedar pun , masa masa yang sebelum ni saya gunakan untuk buat perkara apa . Sia sia . Kalau fikir pun masa tu dah pergi dan terbang . Jangan harap dapat putarkan balik . Rasa macam nak mulakan balik baca buku LAW ni . Rasa macam nak mulakan balik semua yang saya lalai dan saya tak endahkan .

Balik bilik . Tak ada orang . Masuk hari ni dah dua malam saya tinggal sorang sorang kat bilik . Bagus juga bila fikir fikirkan . Bila study sorang sorang ni best sikit tak adalah pula ada gangguan dan anasir anasir yang boleh menyebabkan hilangnya tumpuan bila nak study ni hehehe . Kalau ada je member member bilik ni ada je benda nak dibualkan . Memang menguji betul . Silap hari bulan mahu tercicir dalam study ni . Haih susah betul macam ni . Sebelum balik tadi pun boleh main kira kira lagi . Malam ni berapa chapter nak dihabiskan . Mengenangkan  paper yang akan datang  ni berderet deretnya menyebabkan kepala makin bingung . Kejap nak baca tu kejap nak baca ni . Susah juga nak hendel situasi situasi macam ni sampai buatkan hidup jadi tak sistematik . Pehh ayat nak bagus je . PANG !

*Sebabnya . Habit students suka buat kerja last minit . Kesimpulannya hanya mampu cakap kat diri sendiri*


PADAN MUKA 


Jangan risau . Sentiasalah cakap dengan diri sendiri. Ada masa lagi ada masa lagi sambil tepuk tepuk dada. Gunakan masa yang ada . Kamon Kamon . Bila kita cakap dengan diri sendiri ni kadang kadang akan naikkan sendiri semangat kita yang macam kat hujung tanduk ni . Tapi janganlah cakap depan orang ramai . Sah lah kene cop orang kurang siuman silap hari bulan kaki korang kat kepala diaorang . Tak pasal pasal bawa gaduh sampai main parang . Aduh .

Bila nak exam ni pula macam macam masalah datang . Tension , duka cita , rasa nak cekik orang , memberontak dan macam macam lagi . Masa tu lah kita gunakan masa dengan enjoy gila gila . Gila punya gila lama lama gila nak jawab exam sebab tak study punya pasal . Itulah kerja GILA namanya . Haha . Maaflah . Nampaknya saya betul betul banyak merapu sekarang ni memandangkan kondisi tak berapa stabil dan amat memerlukan rehat . Dan juga saya perlu lebih tenang selepas ni memandangkan paper yang akan datang ni amat menguji diri dan minda . InsyaALLAH saya cuba yang terbaik di samping doa yang berpanjangan kerana saya tahu ALLAH sentiasa melihat usaha usaha hamba hambaNYA . Dan apa yang kita usahakan itulah yang kita akan dapat :)

Tawakkal adalah sesuatu kesudahan yang baik . InsyaALLAH :)


Ok lah saya nak berehat sekejap . Doakan kami semua .

NOTA : Semakin hari sahabat sahabat semakin syahdu . Saya hanya mampu tersenyum haha

NOTA : CA , LAW dan DA . Baik baik dengan saya tau . Saya sayang awak semua :)