Sunday

Ok Ok :D




Taraa trang trang tang tang .. hehehe !

Assalamualaikum w.b.t

Err nampak tak? nampak tak gambar kat atas tu? ^^
Hehe , tak apalah tunggu penutup post saya nak cakap sikit pasal gambaq atas ni.

Hari ni hari last :(
Ramadhan dah nak habis
Bak kata Wardina
"Menangislah!!! kerana kita pun semestinya akan berpisah dengan bulan ini"

Yea menangis dan bersedihlah .

Tapi ingatlah Syawal juga sedang menanti kita 
Bersama sama meraikan kemenangan bersama sama umat Islam yang lain .
Sabarlah,
Berdoalah moga dipanjangkan umur untuk bertemu lagi akan Ramadhan seterusnya
InsyaALLAH Ameen Ya Rabb..

Hari ni juga biskut raya terakhir dari saya huhu ~
Nama sebenar biskut ais krim tapi malam ni saya tak tahu la kenapa coklat masakan yang saya beli ni,
Dulu senang je nak topping kat atas macam ais krim McD tapi hari ni tiba tiba dia flat .
Geram rasa.
Lama lama saya bagi nama Biskut Snow White.
Ah lantaklah, rasa Alhamdulillah sedap tapi tak tahu lah kan orang lain macam mana pula?
Selalunya biskut ni paling laku 
Hari Raya kedua dah kosong dah balang -,-
Dapat pula lah mata mata yang suka mengintai balang balang yang dah berisi kuih
Belum lagi masuk dalam bekas dia dah kebas dulu . Cis ~!


Biskut  ni ada kisahnya tersendiri kenapa saya bagi nama Biskut Ais Krim hehehe ~
Dah lama tak buat biskut ni , dan semalam saya kempunan nak buat .
Last buat pun masa raya dua tahun lepas.
Tahun lepas pula , orang sponsor kuih raya .Alhamdulillah rezeki kan? Thanks kak long n kak ngah ^^
Tahun ni mengenangkan raya saya hanya empat hari sahaja , saya nak juga buat.
Lepas sahaja pukul 12 malam saya terus ke dapur. Acewah bajet macam chef dalam gelap haha :P
Nasib baik ada buku resepi turun temurun.
Bayangkan berapa lama ibu simpan buku resepi hasil tangan beliau.
Ibu dah pesan jaga buku tu elok elok . Hehehe !
Betul juga kata kakak ipar , beliau cadangkan taip balik semua resepi yang ada dalam buku tu dan compilekan semuanya .

*Rasa rasa tajuk depan buku tu apa yea?*

Huiyooo mak gua dah ada buku resepi sendiri.. :P
Haha . Ibu nak juga teman saya buat kuih raya walaupun beliau mengantuk dan letih . Dua hari ni asyik berjalan je . Mana tak letihnya kan?
Kakak ipar pula setia menemani sampailah habis buat kuih katanya beliau nak belajar . Sambil buat sambil gossip. Itulah keje orang perempuan :P

Mengenangkan anak saudara malam ni meragam saya suruh sahaja kakak ipar tidur ,
Mata saya ni elok pula segar bugar, tak mengantuk pula walau badan mula rasa tak sedap. Mengenangkan jam dah menunjukkan pukul 4 . Saya terus memasak untuk juadah sahur untuk suami dan anak anak :)
Dan la ni , boleh update blog lagi kan? Kenapa dengan mata ni tak tahulah . Mungkin dah biasa kot . Ish ish,
Ibu mesti akan bising , ibu kata jangan biasakan bila dah kahwin nanti susah . Asyik tumpu kat kerja , nanti keluarga pun boleh lupa.
Hehehe ~
Apa apa pun . Perkara yang saya nak cakap kat sini adalah
Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin jika ada yang terguris hati dengan saya dan kata kata serta perilaku yang kasar dari saya sama ada dalam keadaan saya sedar mahupun tidak . Harap maafkan saya yea :)
 NOTA : Terima kasih ibu :D
NOTA : hati hati di jalan raya ok?
NOTA : Salam perantauan untuk nun jauh di sana . Jaga diri