Sunday

Palestin

Assalamualaikum w.b.t

Tiba tiba rasa nak update untuk hari ni . Perasaan melonjak lonjak sungguh.
Tiba tiba teringat pasal perasaan teruja minggu lepas.
Angan angan yang disimpan sejak sekolah andai tertunai dengan izin Allah . Maka saya lah orang yang paling gembira sekali . Ceceh ~

Hari tu semasa di padang dengan jurulatih sekalian .
Sedang sibuk rancak berbual mengenai pengalaman beliau ke Bosnia  untuk misi kemanusiaan
Di mana ketika itu Malaysia termasuk di dalam PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan Malaysia juga merupakan pasukan pengaman di Bosnia(Tiba tiba teringat pasal sejarah form 5 nih haha).
Seronok betul rasanya. Dan cerita pasal keadaan kat sana sangat sangat sedih dan cuaca kat sana pehh superb. Geram rasanya haha. Dan perjalanan ke Bosnia tak silap selama err -,- minta maaf lupa lah . Rasa rasanya hari tu Encik Mat kata 72 jam . Dengar dengar macam tu lah sebab termasuk transit lagi kan? Kalau dah transit berapa lama pula . Teringat kisah lucu masa sampai kat lapangan terbang Mesir . Masing masing hanya berlagak biasa memakai T Shirt sekali keluar dari Kapal Terbang baru tahu langit tu tinggi ke rendah betapa sejuknya cuaca kat Mesir masa tu . Semua pakat masuk dalam pesawat balik haha. Silap hari bulan ada yang bawak lari selimut dalam pesawat tu .

Saya : "Sejuk ke cik masa transit kat Mesir tu?"

En. Mat : " Sejuk dia tak payah cakap , kami tak tahu pun masa tu musim sejuk , kemain berlagak masing masing turun pesawat pakai baju biasa sekali sejuk baq hang terus masing masing kelam kabut cari baju tebal "

Saya : " Mesir ni kalau panas , panas sangat kalau sejuk sejuk sangat haha "

En. Mat : " Tu lah , tapi kalau panas dia , huuiishhh cecah 38 tau "

***PITAM***

Bual punya bual . Tiba tiba kami terkeluar pasal isu Palestin . Dulu ada program untuk ke Palestin . Tapi kurang sambutan yang sayunya En. Mat dah siap siap simpan duit tapi malang program tu tak menjadi .

En. Mat : " Saya dah siap simpan duit dah , baik punya . Sampaikan orang rumah saya tak tahu pun saya simpan duit dalam almari hehe "

Saya : " Eh saya dah tahu cik simpan kat mana haha , kenapa program tak jadi cik ?"

En. Mat : " Sebab tak ada sambutan , tu lah .. susah lah kan? "

Saya : " Impian saya dari sekolah kot cik , misi kemanusiaan ke Palestin.."

En. Mat : " Kalau nak , buat kertas kerja dari sekarang , kita buktikan kita boleh , sikit sikit dari sekarang , insyaALLAH kalau sampai ke Timbalan VC , dia akan tolong kita.."

***TERUJA***

Saya terfikirkan masa rakan rakan ke Perlis . Semasa mesyuarat agung Komander Kesatria , mereka cerita tentang VC ada mengadakan nasib nasib Komander seperti telur di hujung tanduk . Mula mula saya rasa marah sangat sangat . Tapi bukan saya sorang je Komander , saya yakin pasti mereka mereka yang lain tu pun sama juga perasaannya dengan saya . En. Mat nampak reaksi saya masa tu . Beliau mahu kami buktikan kami boleh . Hanya usaha dan kerjasama serta doa yang berpanjangan . Jika projek ni diluluskan saya rasa impian satu tu kalau dah tercapai cukuplah bagi saya menjadi manusia dalam dunia ni. Tetapi saya tahu tidak cukup lagi dengan tu . Ya Allah ku mohon dengan sangat . Kawan kawan doakanlah kami ni . Siapa yang tak nak pergi tengok saudara saudara Islam kita kat sana . Ada jugak kalangan kita ni yang masih tak bersyukur duduk kat Malaysia yang aman damai ni . Kalau tak kita dah jadi macam diaorang tu .

InsyaALLAH . Izati dan saya cuba buat yang terbaik bersama rakan rakan yang lain . Jika tak berjaya tak apa saya redha dan saya dah bersedia menerima segala kemungkinan . Usaha untuk usulkan cadangan ke pihak lebih atas pun sudah cukup memadai . Di harapkan hasrat kami ni di dengar oleh semua pihak yang membolehkan kami untuk menjayakan kertas kerja kami ni. InsyaALLAH .

Palestin . We HEART you . 

NOTA : Mohon doa .

NOTA : Alamak kad raya diri sendiri tak siap lagi ah .. haha