Thursday

Mereka sibuk cakap pasal raya.. tapi



Assalamualaikum w.b.t 



Aceceh ~ 
Amboi . Amboi . Amboi
Dah dapat blog baru ni kemain teruja lagi tangan ni nak menaip.
Astaghfirullah . Astaghfirullah

Tadi kat kelas , 
Sahabat sibuk cakap pasal raya.
Tadi nak turun pergi pasar
terdengar pula lah suara kegembiraan seseorang
"Yey yey ! Nak raya dah .. hee tak sangka kan?"

Apa benda yang dia tak sangka saya pun tak tahu . Saya macam tak ada feel je nak sambut raya . Orang lain dah kecoh kecoh kemain. 
Yang pastinya
"Haaa sedihnyaa , baju raya I tak beli lagi ..!"

Bila depa sibuk cakap pasal baju raya , saya pula sibuk duk fikir berapa helai baju kurung dalam almari saya yang gedabak besar tu.
Cukuplah kot untuk raya ni . Pakai je apa yang ada. Kalau asyik nak baru je mana nak letak pula yang lama tu . Lagipun boleh pakai lagi kot.Kot lah kan ? hehe
UiTM bagi student merasa raya empat hari je . Tak ke sebak tu . Memang raya ni pakat duk beraya habis lah . Buku jangan haraplah jadi santapan . Ceceh ~

Kalau tak muat tu.. apa kata sedekah kan ke rumah rumah anak yatim atau kepada sesiapa yang memerlukan 
Tak guna juga kalau beli baju mahal mahal last last setahun je boleh pakai . Kirim salam je lah .
Belilah ikut kadar keperluan . 
Beli punya beli . Sedap punya sedap .
Last last dalam poket tinggal rm0.20 . Nak buat apa? nak nangis kat depan mak cik yang jual kuih raya tu? Mimpilah ~

Sedar tak sedar , Ramadhan makin meninggalkan kita . Allah hai . Memang betullah kan orang kata , mulut je cakap sedih tapi hati melonjak nak raya sangat sangat . 
Sungguh kenapa saya tak ada feel nak raya sedangkan ia merupakan kemenangan umat Islam . 

Adakah saya tidak bersyukur? 
Bukan sebegitu, mungkin masa saya banyak dihabiskan di UiTM ni , 
Banyak benar ujiannya di sini . Bila nak cuti tu , masa tu juga lah kerja berduyun duyun datang.
Apa apa pun cuba buat yang terbaik.
Cuma test LAW tu agak mengecewakan sedikit lah, kalau tak bersemangat nak buat LAW.
Ni semua sebab emosi kurang stabil semalam. Susah macam ni . Ish2
Nasib baiklah ada Syed dan kak Roro . Sweet diaorang ni terima kasih banyak banyak .

Naik raya ni ,
Macam macam menanti.
Kemudian dengan penuh debar , Final Exam dah nak menjelang.
Memang rasa tahun ni masa cepat sangat berlalu . Allah hai.. apalah yang saya gunakan dalam masa masa tersebut kan?

Apa apa pun , nak ucap selamat hari raya lambat lagi .. 
Tunggulah dalam post seterusnya eh :P 

NOTA : Semangat semangat sidai kain nak tunggu kering kemudian kemas bilik untuk bergerak pulang ke kampung lepas solat jumaat esok . InsyaALLAH

NOTA : Rindunya. Terima kasih ya :)