Friday

Hehehehehe

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Tamat sudah perjalanan diploma setelah sekian lama duduk kat UiTM Melaka tu
Ya diploma yang bagi aku macam takdak apa apa
Sebab apa? Aku banyak main dan terlalu aktif kat benda lain sampai pasif kat bidang akademik .
Tak adalah pasif sangat cuma ya lah kauorang tahu jelah aku macam mana tak sukanya dengan DPA ni . Tapi aku tak sangka dah dapat segulung diploma .Walaupun result takdalah power mana tapi Alhamdulillah aku bangga dengan diri sendiri dan aku puas dengan apa yang aku dah lakukan

Bak kata Mahatma Gandhi :

"Kepuasan terletak pada usaha bukan kejayaan" .

Dan dalam hidup ni aku tak pernah kenal erti putus asa . Aku pernah gagal aku pernah jatuh sampai menangis sebab aku rasa aku macam tak guna sangat . Tapi untuk apa aku nangis sedangkan aku ada cita cita aku sendiri . Agama pun tak pernah ajar ummat dia putus asa dan putus harap dalam hidup . Aku ada ALLAH aku ada family dan aku ada sahabat sahabat kat sekeliling aku so aku bukan sorang sorang . Aku sentiasa cakap pada diri sendiri "ada orang lagi malang daripada aku" . Sedangkan brader bill gates tu failed berkali kali kau tengok dia jadi apa sekarang ? Power kan ? So aku jadikan diploma sebagai satu platform sebenarnya . Banyak aku belajar dari pengalaman lepas sejak aku mula melangkah masuk ke alam ijazah ni . Bukan senang sebenarnya seperti apa yang disangka sangkakan . Kalau betul2 serius dan fokus in shaa ALLAH tak ada masalah . Tapi bab main main tu still ada lah dalam diri aku ni sebab aku tak pandai nak serius sangat. Biasalah dah 5 bulan lebih cuti otak masih tepu lagi . Tu perkara biasa . Sampaikan aku ambil keputusan untuk tak teruskan aktiviti badan beruniform bila mana aku tak dibenarkan aktif atas faktor kesihatan dan kaki aku sekarang ada masalah . Ya macam biasalah . Kali terakhir aku bersukan masa join pertandingan badminton tertutup dulu . Itu pun tak sedar sedar diri lagi . Jadi mungkin ni hikmah ALLAH nak kasi agaknya . So badan aku sekarang seperti hehehehehehehehehehehehehehehehhe belon panas .

Dan masa aku tengok buku konvokesyen kali ni kos aku paling sikit sekali nak dapat bintang kat hujung nama . NAMPAK TAK BETAPA SUSAHNYA NAK SURVIVE DPA NI -,- Tapi aku tetap salute nama nama yang ada dalam buku tu sebab kami berjaya habiskan diploma :) Alhamdulillah .

Ehh ehh titeww nak tunjuk sesuatu :P


Aku paksa diaorang ketawa sebab aku nak kasi candid hehehe


yeay !


Maaf lah sepupu aku soghang ni memang suka melompat


Gaya melompat kaki tinggal sebelah si G-Jie ni



Muka muka ceria nak konvo tehehehe


Ahhh bestnya angin petang !!

Masa ni pre convo shooting . Aku lah photographer aku jugeklah si graduanita nya . Terpancar kegembiraan di wajah kami setelah 3 tahun berhempas pulas . Oh member aku yang berkaca mata tu dia dapat ANC tau Anugerah Naib Chanselor . Pehh dia memang power baq ang . Dia budak Business Management . Sama dengan sepupu lelaki aku tu . Dua dua orang ni memang power . Sepupu aku satu sem je dia tak dekan kalau dekan dah lama dia dapat ANC masa aku datang konvo dia itu hari tak habis habis menyesal tak dapat ANC . Tak apa degree ni ada lagi  . Ok yang comel2 tu haaa dia sama kos dengan aku member baik aku kat sini hehehehe 

So ini lah dia masa hari convocation aku . 


Dari kiri cepat jalan . Dari kiri , kiri kanan kiri . Ok entah kenapa kamera tu boleh snap masa aku jalan gaya macam gini . Bukan apa , bila keroncong kat belakang tu makin laju je bunyi , makin laju lah kami berjalan masuk dan keluar . 


Weeee ni kitewww dapat dari roommates kitewww hehehehe :* 

Masa aku tengok gambar konvo aku tiba tiba terbayang bila mana aku diumumkan sebagai graduan kelas pertama . Sebak eh masa aku bayangkan masa tu . In shaa ALLAH aku cuba . Aku tetap cuba . Aku suka dengan lagu Asmidar - Mimpi Sampai ke Bintang . Sebab kalau aku dengar lagu tu mesti aku rasa aku kat dalam lagu tu tengah menari ballet . Ehh -,- bukan bukan . So tahniah pada semua graduaaan . Tahniahhhh!

Oklah aku nak buat kerja .

Bui