Thursday

Cerita dia macam ni

Assalamualaikum w.b.t

Izinkan aku ketawa selama 10 minit . Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahkahakahkahkahkahkah *ok sila cari perkataan yang tersembunyi di sebalik ketawa aku itu*

Baiklah seperti kebiasaanya aku dengan budak budak bilik ni sebelum pergi kelas dan lepas balik kelas ada saja benda yang nak diceritakan sampaikan diaorang punya cerita tu menyebabkan aku lambat nak ke kelas . Lihatlah betapa komitednya aku melayan budak budak bilik kesayangan .

Tadi petang aku bergolek golek di atas katil dengan nawaitu samaghodin nak qadha tidur ceritanya sebab aku malam tadi tak cukup tidur nak buat persediaan untuk presentation besoknya . Ya lah nak present bab bab politik ni kenelah fully-prepared yea dak ? Alhamdulillah , presentation hari ni berjalan dengan lancar dan perkara aku tak boleh pergi bila mana dengan gaya yang dah begitu macho mengenakan baju kurung dan tudung berwarna biru tiba tiba aku boleh terlanggar kerusi yang ada kat depan . Ah sudah satu kelas ketawakan aku , aku pulak boleh senyum sememeh sambil tunduk beberapa kali untuk meminta maaf . Ya lah budi bahasa budaya kita . Ah lagi pun budak budak ni dah biasa dengan gaya tak bersalah dan terlalu gamble serta cool aku yang macam Abang BETO KUSYAIRY ! 


"So kalau aku terlanggar kerusi pun , kerusi tu melayang kat kauorang ke?"


Nampak tak aku sengaja CAPS LOCK , eh ter caps lock lagi EH LAGI ehh EHH KENAPA TIBA TIBA JADI HURUF BESAR ni , Eh ehh cak pong cak pong .

Cerita pasal abang Beto ni . Eh kejap bagi aku masa seploh minit untuk aku luahkan perasaan yang terbuku dalam hati aku setelah sekian lamanya . Aku memang minat kat beto ni bukan apa aku memang salute dia punya lakonan yang slumber , gamble serta macam tak berperasaan pun ada jugek . Dan satu perkara yang aku terkejut kauorang pernah tengok cerita ALONG dengan Siti Sifir tak ? Nak aku nyanyi ke ? Ah kalau aku nyanyi kauorang bukan dengar . Di sebalik costume ALONG tu rupanya beto lah si pembawa along yang berkepala besar tu dan beliau jugek merupakan alumni UiTM Shah Alam di mana beliau merupakan ex-masscommer , geddit ? Ok masscomm faculty sebelah je faculty aku dan kami hari hari berkongsi cafe tidak lah aku nampak kelibat beto ke hulu ke hilir bersama nasi ayam . Ya lah 10 tahun lepas kot dia belajar kat sini aku masa tu hingus pun belum reti nak bersihkan . Sadis kan? Dan kebetulan masa tu budak engineering buat Rohingya Run so aku tak expect apa apa yang diaorang ni jemput beto , ya lah orang nak buat charity fund kau pulak datang sebab beto . Aku tak join pun lagipun kebetulan Timbalan Dekan aku ada buat talk jugak pasal benda ni so kami diWAJIBULGHUNNAHkan datang tapi aku tak datang pun sebab aku ada kerja nak diuruskan . Tanpa aku ketahui apa benda pun pasal Rohingya Run ni di mana beto dijemput , masa nak turun basuh kain aku perati lah budak budak yang tengah siap sedia tunggu kat fakulti engineering ni yalah kolej aku dengan engineering fac berdepan je so boleh lah intai pakwe pakwe sebab majoriti budak budak lelaki ada kat engineering fac . Aku turun lah basuh kain pepagi buta tu , dan aku sempat juga mengintai buat kali kedua . Aku terus balik bilik dan terkejut tengok kat Facebook yang beto join Rohingya Run tu aku punya lah muka toya terus cakap

"Kita tak da jodoh nampaknya.."


Kalau aku tahu dah lama aku berlari dengan baju tidur aku untuk menjadi orang yang paling setia menunggu kelibat beto .

Dan peristiwa kali kedua terjadi bila mana aku ternampak tweet beliau yang beliau baru habis sesi bual bicara dengan UiTM masscommers dan kebetulan semalam masa nak turun ke kafe dengan member member aku ternampak satu poster UiTM Aku Datang . Aku nampak gambar beto dan aku excited aku ingat hari ni ke , esok ke apa kan? Tup tup tarikhnya dah lepas . Dan tarikhnya semalam ! Aku rasa macam nak koyak poster tu bawak kertas yang aku dah carik carikkan tu aku campak kat kafe . Biar semua orang tahu hati aku hancur dan kepingan hati aku terbang macam cebisan kertas kertas tu . Ahhh dramatik gila . Kahkahhkah . Dan untuk kali yang keduanya .

"Kita sememangnya tiada jodoh" *menangis bawah bantal*

Begitulah ceritanya . Baik lebih tak seploh minit ? Lebih eh ? Maafkanlah aku , mungkin menaip ni makan masa sangat lama bila nak membaca tak adalah lama mana yea dak? Hebat physics aku ni .

Cerita dia macam ni sorang budak bilik aku ni nama dia Liz . Kebetulan masa dia bersiap siap nak ke kelas sementara masing masing pun tengah bersiap kecuali aku yang sememangnya tak ada kelas mulalah bercerita sambil memakai tudung .

"Dulu masa aku sekolah rendah kan , ya lah budak budak . Aku tengok soalan periksa , ada gambar ibu ayam dengan anak anak ayam . Anak anak ayam tu duduk bawah ibu dia so aku tengok n aku fikir ..OOHH ANAK AYAM NI MENYUSU RUPANYA..aku expect la ayam ni macam kucing"


"Aku tak tahulah macam mana aku nak menyusukan anak anak aku ni"

Aku punya ketawa rasanya tak hilang hilang sampai lah ke sekarang ni . Punya geli hati . Satu bilik ketawakan dia . Mula mula dia buat muka toya , kemudian marah secara menggeletis lepas tu dia pun ketawa balik . Power betei pemikiran budak darjah 5 . Sangat extreme dan aku masa darjah 5 kenapa tak pernah terlintas pun nak fikir benda benda yang luar jangkaan ? Ah aku bukannya ingat sangat kenangan waktu kecik kecik sebab ....

BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG . K Bye.

*wink*