Assalamualaikum w.b.t
Ya , aku rasa macam dah lama tak menaip panjang panjang . Bukan rasa tapi dah memang kenyataan . Aku sebenarnya tengah nak check result exam adik sepupu aku sebenarnya . Tapi loading failed . Nak buat macam mana pun aku tak tahu . Bila nak menaip panjang panjang ni sebenarnya bukan apa aku takut aku membebel entah menda menda . Tapi malam ni macam nak merapu pun ada .
Jam dah pukul 1 . Tapi aku masih tak tidur tidur lagi . Esok nak keje ni . Nak keje ni . Nak kejeeeee . Cakap lah macam mana pun , taiplah macam mana pun . Bukan engkau tidur sambil menaip pun , Farish . K . Aku sebenarnya tiba tiba rasa rindu . Rindu sangat sangat . Sehingga menimbulkan rasa sedih di jiwa . Tenenene tenenene . Mungkin sebab aku teringatkan sesuatu yang pernah aku lalui dulu . Macam macam sebenarnya .Nak aku ceritakan ? * banyak cantik muka mu pergi tengok cermin comel lagi aku kat sebelah mu *
Ahhh , kau tengoklah aku dah merepek . Aku bukannya apa , aku cuma nak cerita pasal apa yang kita hadapi sebenarnya itu adalah tempias dari sebuah kenikmatan . Yaa kenikmatan hidup . People keep saying that life is a learning process . Yaa , benar sekali . Macam mana hati remuk redam , macam mana hati kecewa dan lunyai seperti ditumbuk dek lesung batu untuk buat belachan , macam mana hati kita berbunga bunga bahagia seperti warna warni bunga tahi ayam , macam mana banyak duit mu sampai dapat beli congkak dan PS3 sebagai pengisi masa lapang . Sebenarnya ada tujuan kita diberi pelajaran sedemikian rupa . Hanya yang waras boleh menghadami akan tujuan tersebut .
ALLAH bagi ujian bukan sebab ALLAH saja saja sebenarnya . DIA punya sebab yang kukuh lagi terbaik . Aku teringat kata kata DR. Maza antara motivator yang paling aku sukai dan aku chentai akan nasihatnya . DOA . DOA . DOA . Aku tak adalah ingat mana apa yang terang terang beliau cakap tapi aku ulaskan tentang ceramah beliau kasi . Kita sentiasa berdoa , berdoa , berdoa semoga sentiasa kuat dan cekal menghadapi macam macam masalah dan cubaan . Walau berkali kali kita jatuh namun tanpa kita sedar hanya dengan doa dan harapan pada ALLAH kita masih berdiri gah dan tanpa kita sedar juga kita sudah terlepas satu demi satu ujian . Yaa aku hampir menitiskan air mata mendengarkan ceramah beliau . Dan berfikir aku cuma perlukan ALLAH masa aku betul betul sesak , aku beribadah seperti orang yang tidak bersungguh sungguh , bila menangis bila hati nak tenang mula lah aku cari ALLAH , bila bersuka ria , berkuch kuch hota hai , berguling sana sini sikit pun aku tak ingat DIA . Kata kata seperti "syukur " "Alhamdulillah" kalau tak ada penghayatan tak guna juga sebenarnya .
Setiap kali cubaan sebenarnya kita digalakkan bersyukur .Itu adalah peluang ALLAH bagi pada kita untuk melihat jauh ke dalam diri sendiri . Setiap kelemahan ada kekuatan , setiap masalah ada jalan keluar , setiap derita ada bahagia , setiap yang hina pasti ada mulianya , setiap yang bodoh ada pandainya , setiap kekurangan ada kelebihannya . Kita ni special sebenarnya cuma mana kita masih belum melihat jauh ke dalam diri . Kita masih belum teliti keupayaan diri sendiri . Aku cakap sebenarnya untuk aku tapi aku jadikan penulisan ini sebagai umum . Aku banyak sambil lewa . Tahu nak seronok dan suka suka . Ya aku tahu korang pun sama jugak :p
Aku rindu kenangan kenangan yang mengusik sebenarnya .Teringat akan seseorang yang pernah bawa aku perlahan lahan dalam mengenal erti hati dan kehidupan . Dia membawa aku menjadi seorang yang lihat kepada diri . Yang penting tentang kehidupan akhirat . Bagaimana aku menanam amal di dunia untuk aku cambahkan amal itu di akhirat . Namun semuanya dulu . Jangan terlalu mudah hati sendiri berpaut hanya kerana mengetahui hebat agamanya dan nilai bahasanya namun belum tentu ia adalah penentu kebahagiaan sebenarnya . Pada mulanya aku menyesal dan begitu kesal sekali . Namun aku ajar diri supaya jangan mudah mengalah dan lemah . Ia adalah pelajaran dan pembelajaran . Entah mengapa aku sekarang sentiasa berhati hati dengan apa yang pernah terjadi . Kecewanya aku hanya Tuhan Semesta Alam ni saja Yang Maha Mengetahui . Yaa , aku manusia biasa . Iman dan hati akan sentiasa berbolak balik . Apatah lagi aku seorang perempuan yang mudah lemah dengan perasaan walaupun aku rokes kapak dalam kampung tapi dalam hati aku punya taman rashidah utama . Aku salah berharap . Tak salah sebenarnya tapi jangan terlalu yakin yang baik kita nampak akan bawak kebaikan sehingga penghujungnya . Itu belum tentu . Itunya hikmah ALLAH jadikan manusia ni punya rupa pelbagai bentuk dan punya hati yang berbeza rasa . Akhirnya aku kecewa dalam harapan . Mari dengar lagu harapan dari hyper act .
Semua manusia akan mengalami kegagalan . Macam final exam , kalau failed boleh repeat balik . Repeat tu aku istilahkan ia sebagai peluang kedua di mana kita akan dapat baiki mana sebenarnya kelemahan kita yang menggila membuatkan kita meroyan sehingga menyebabkan paper yang kita ambil tu failed . So masa repeat tu lah kita akan bangkit semula dan buat sehabis baik sehingga akhirnya buatkan kita mampu tersenyum hingga ke pangkal side burn . Alhamdulillah . Sebenarnya perjalanan hidup kita ni adalah satu kejutan dan kejutan . Dulu kita frust menonggeng , terbaring , terguling . Tapi sekarang kita pun tak sedar , kita mampu berjalan di atas titi lebarnya satu inci sambil menari nari untuk melepasi sungai sebesar alam . Kita mampu bertepuk tampar , bergurau senda , memasak kat dapur sambil rakam video , berbasikal sambil tolak menolak , ketawa berdekah dekah yang buatkan kita lupa apa pernah kita lalui . Kan ?. Kalau tak masa kita tengah kecewa menonggeng sambil pukul pukul tilam silap hari bulan ada yang suruh ayah dia beli racun tikus last last racun tikus tu untuk dia makan sebab tak sanggup hadapi kekecewaan hidup dengan membunuh diri .
" Biarlah kita rasa berputus asa dalam hidup namun kita tetap berjalan menghadapi hari esok hanya kerana rahmat ALLAH sedang melimpah limpah . Kecapilah . Kecapilaaahhhhhhh "
Hebatnya ALLAH . Hadiahkan kita kejutan dengan mengenali diri sendiri dalam sebuah kehidupan :)
p/s : Saya tak tahu kenapa saya rindu . Tapi apa yang saya harap , moga anda menjadi yang lebih baik untuk yang terbaik , InsyaALLAH .
Welcome back to Malaysia , soon .
Oi kau tak kerja ke Farish . Mende ? Mende ?