Friday

K

Assalamualaikum w.b.t

Aku rasa sedih sangat . Sayu rasanya nak berhenti kerja . Sedangkan surat berhenti pun kawan aku yang buatkan . Ya lah beliau kan belajar kat Institut Pendidikan Guru dekat Melaka sana . Alang alang beliau bakal menjadi cikgu , aku mula memberi latihan entah menda menda kepada beliau untuk dihabiskan . Contohnya surat berhenti kerja ni lah .

Dapatlah aku belanja makan makan sikit . Makan makan je lah mengenangkan surat berhenti yang beliau karang hanya mencecah dua muka surat sahaja kalau lebih dapatlah aku bawa beliau pergi mandi manda .

Badan ni rasa letih sangat sebenarnya . Aku ni bukanlah boleh angkat berat berat . Tapi nak buat macam mana . Bising juga lah ahli profesional yakni golongan golongan tua yang bekerja di tempat kerja aku ni . Mereka kata aku ni muda lagi dah buat kerja serik serik . Nanti bahaya .

Bila susah sangat . Aku buli je adik adik yang baru masuk kerja .

" Dik , tolong akak kejap .."

Bukan kejap tapi aku seolah olah memindahkan shift kerja aku pada mereka . Tapi kenapalah diaorang ni sweet sangat . *lap lap air mata*

K