Penat !
Tu je aku boleh cakap . Kerja kali ni memang benar benar mencabar . Lagi dahsyat rasanya aku kerja cashier dulu . Peh macam ni terbaik dia ! *lihat gambar di bawah dan isikan tempat kosong* . Eh !
Apehal ibu jari dia macam besar semacam ? Ke mata aku yang entah menda menda ni ?
Ya . Kerja kat sini pada mulanya aku ingat kerja dia biasa biasa saja . Aku dah siap set dekat mind aku , kerja cashier dulu aku teruk . Bila mana menghadap perangai customer entah menda menda , bila mana duit short , excess . Berdiri berjam jam tanpa rehat . Masalah barang lah apalah . Sapa nak jadi cashier sangat , aku sarankan kauorang buatlah exercise dulu . Dan paling penting persediaan mental kauorang sebenarnya . Tengok je muka cashiers yang kauorang buat pembayaran kat kaunter diaorang . Muka slumber je tapi dalam hati Tuhan Maha Agung aje yang tahu . Ya , kami sebenarnya buat muka plastik . Ikutkan nak menangis sambil scan barang . Ye menangis kau tahu .
Bila mana aku kerja kat sini aku mula rasakan environment kat sini memang lain dari yang lain dan menjadikan aku seorang pekerja yang mempunyai superb multi tasking skills . Kat sini macam macam kerja aku buat . Bab panjat memanjat ni memang aku suka bila mana tak ada orang tak dapat nak turunkan barang aku mula buat kerja gila . Kene lah tengok takut takut bos besar tiba tiba lalu ke kat situ tak ke aku kena jerit tak pasal pasal . Ok pernah lah kene marah dengan station manager tapi aku tetap jugak bergayut kat atas tu sambil pilih pilih barang untuk aku bawak turun . Orang kata pekakkan telinga je . Kita tahu apa kita buat . Alhamdulillah lepas jugak aku naik dan turun balik . Barang masuk setiap hari jumaat dan setiap hari jumaat tu jugak aku akan bersengkang mata pagi pagi buta semata mata nak tunggu barang sampai . Sehinggakan order dan sign invois semua aku buat . Kadang kadang macam bos pulak aku . kekekekekeke . Ni esok hari jumaat dan aku tak pernah sedar diri dan sentiasa lupa daratan untuk tidur dan rehatkan badan . Dahsyat sebenarnya . Sekali barang masuk bukan sikit sikit . Paling koman pun dua pallets . Satu pallet barang akan terisi beratus ratus KGs . Kenelah susun satu satu kotak dan guni supaya tak gunakan banyak pallets . Guni pulak berat 30 KGs , 15KGs and kotak 10KGs . Mamfus aku . Ikutkan aku tak dibenarkan angkat berat berat di mana aku mempunyai masalah kesihatan . Tapi disebabkan kerja aku ketepikan masalah sakit aku ke belakang . Kerja is kerja . Aku nak cari duit yang halal . Aku nak timba pengalaman . Aku nak rasa susahnya nak cari rezeki tu di samping melatih aku menjadi seorang yang bekerja keras . Tenene tenenene .
Bukan tu saja , timbang sayur , buah buahan , potong ayam , timbang ikan , memasak la dan macam macam lagi aku buat kat sini . Bila mana yang tak sedapnya aku bawak lah balik bau bau ayam dan ikan balik ke rumah . Peh , aku rasakan aku rokes masa tu . Kakaka . Yaa , bila kita bekerja . Satu je aku suka letak dalam prinsip diri sendiri . Bila kita satu tempat kerja mahupun satu komuniti . Jangan fikir kita . Bila satu komuniti maknanya kita bekerja sebagai satu kumpulan , kita bergerak bersama sama . Jangan fikir kau je , fikir orang lain jugak . Jangan ingat kau department ni kau tak perlu tolong department lain . Aku memang tak suka orang berkira kira dengan department sendiri . Dah nama satu group dan bekerja satu bumbung kerja kau kerja diaorang juga . Kerja diorang kerja kau juga . Bila mana orang minta tolong , so hulurkan bantuan tak payah nak kecoh kecoh cakap..
" Ehh , ni kan department Fresh punya , biarlah budak budak Fresh yang buat.."
K . Aku terus terang aku akan buat muka menyampah . Kalau nak berkira sangat . Pergi lah kau terperap dengan environment department kau sendiri . Jadilah katak bawah tempurung . Kadang kadang bila mana kita buat satu satu kerja yang berlainan , kita akan dapat rasa betapa enjoynya kita bekerja . Dulu kita tengok orang kat department lain kerja macam mana tanpa kita fikir macam mana rasanya duduk tempat dia . Masa kita dah duduk tempat dia baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah . Penat tak penat kerja diaorang so kita dah dapat rasa sendiri dan kita akan automatik tak perlu nak cakap cakap bagai "kerja diaorang goreng jagung sambil pejam mata ". Pada mulanya aku rasa macam tak dapat nak teruskan kerja aku sebab bila mana aku balik dan mula rasa sakit . Tapi orang kata "kalau engkau jatuh , jangan engkau lemah kerana hidup mengajar kita jangan cepat mengalah " :p .
Pejam celik , pejam celik . Lari sana lari sini dah nak penghujung kerja kat sini . Tskk tskk . Lepas ni aku ingat nak tukar angin . Benda yang aku nak buat nak jadi plumber , nak kerja kat tol . Hehehe :p . Entah kenapa lah aku ni suka tukar tukar angin kerja . Ye lah orang kata berusaha cari pengalaman so hidup kita akan terisi dengan macam macam kemahiran . Kerja cikgu tadika dah , kerja promoter dah , kerja jual buah dah , kerja cashier dah kerja macam macam ni dah . Sebab setiap kali aku pergi isi minyak mesti perasaan aku membuak buak nak cuba kerja kat sini sama jugak masa aku melintas tol . Yaa , insyaALLAH . Terima kasih ALLAH kerana kurniakan aku perasaan untuk bekerja keras dalam mendapat sesuatu hasil dari titik peluh aku sendiri . Mungkin disebabkan aku dah biasa mandiri sejak aku sekolah lagi sampai lah ke tua ni .
Kawan kawan lepasan Diploma ramai juga yang apply kerja duduk duduk kat office . Ini serius aku tak suka kerja office . Sebab aku tak suka duduk duduk entah menda menda dan menghadap fail dan report 24 jam . Orang kata kerja lepasan Diploma macam aku ni dah boleh kerja bagus paling busuk pun basic boleh dapat 1000 ke atas . Entah . Aku main apply je mana aku berkenan . Sebab aku suka mula dari bawah . Ye dari bawah sebenarnya kita harus timba pengalaman . So bagi aku bila mana terus ada kat atas rasanya sifat profesional masih belum ada . Itu aku lah kan ? Setiap orang ada cara tersendiri yang penting tekad dan jati diri wajib ada . Ceceh :p
Ahhh , mata ni dah mula rasa berat . Heww heww . Esok pagi pagi buta kena bertolak sebab barang sampai .
Ohh kawan yang sama apply kerja dengan aku hari tu dia minta cashier baru dia tahu penat tak penat kerja cashier tu aku tukang gelakkan dia . Setiap kali aku nak bayar , aku saja saja pergi kaunter dia . Kakaka :p .
Kawan kawan lepasan Diploma ramai juga yang apply kerja duduk duduk kat office . Ini serius aku tak suka kerja office . Sebab aku tak suka duduk duduk entah menda menda dan menghadap fail dan report 24 jam . Orang kata kerja lepasan Diploma macam aku ni dah boleh kerja bagus paling busuk pun basic boleh dapat 1000 ke atas . Entah . Aku main apply je mana aku berkenan . Sebab aku suka mula dari bawah . Ye dari bawah sebenarnya kita harus timba pengalaman . So bagi aku bila mana terus ada kat atas rasanya sifat profesional masih belum ada . Itu aku lah kan ? Setiap orang ada cara tersendiri yang penting tekad dan jati diri wajib ada . Ceceh :p
Ahhh , mata ni dah mula rasa berat . Heww heww . Esok pagi pagi buta kena bertolak sebab barang sampai .
Mato den tak buleh bukak haa . Den menaip sambil pojam colik pojam colik .
Ohh kawan yang sama apply kerja dengan aku hari tu dia minta cashier baru dia tahu penat tak penat kerja cashier tu aku tukang gelakkan dia . Setiap kali aku nak bayar , aku saja saja pergi kaunter dia . Kakaka :p .
K . Selamat malam .