Thursday

Hero Albab !

Assalamualaikum w.b.t

Si kecil ni suka dah main pintu . Dan kerana suka akan pintu aku namakan dia "Wafi Albab" .
Ye siapa lagi kalau si Hero aku kat rumah ni .

Kalau aku ada dalam bilik bila tak kunci pintu dia dah pandai bukak . Bila nak dikunci aku jadi serba salah . Aku biarkan aje pintu tak berkunci sebab malam malam dia akan cari untuk salam dan kiss pipi aku sebagai tanda ucapan Selamat Malam . Cuma tak sedap hati bila mana sebelum dia keluar dia akan cakap "KUM" means Assalamualaikum .

*Ah , ni semua pengaruh cerita kum kum ni *

Dan bila menjelang pagi dia pandai masuk bilik untuk tidur sama sama . Sebab malam malam dia tidur dengan umminya .

Hari ni . Dia main pintu lagi . Kebetulan umminya pergi ke dapur untuk membancuh susu . Dan tiba tiba juga aku terdengar pintu bilik umminya tertutup . Aku dah agak dia mesti kat dalam bilik tu .

Ummi : "Wafi jangan kunci !"

TAP !

Yee akhirnya dia mengunci sendiri pintu tersebut . Beberapa saat kemudian . Bunyi teriakan si Hero tu dari dalam semakin kuat .

Aku ? Tukang gelak ja !

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA !