Tuesday

:O

Assalamualaikum w.b.t

Itu hari aku ke Kuala Lumpur . Meneman member membeli notebook katanya . Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan . Alang alang dah ada sana boleh juga aku cuci mata .

Tapi SATU perkara aku tak suka pergi KL adalah kerana jalannya yang JEM walaweh terbaik dari ladang . Aku agak anti la sebenarnya . KL dan mana mana tempat bagi aku sama je . KL apa yang menarik ? Lulz.

Hendak dijadikan cerita sambil aku di dalam kereta berborok borok (berbual) dengan kawan kawan sambil tu jugak aku memerhati orang orang KL ni sebenarnya . Kesimpulan yang aku dapat buat di sini majoritinya pakai motor kalau nak ke sana ke mari . Aku ramai lah jugak kawan kawan berasal dari KL . Yaa , tapi tak adalah sampai aku nak interview diaorang berapa peratus orang yang bawak motor berapa peratus yang bawak kereta . Aku bukan pekerja dari Jabatan Perangkaan/Statistik Negara . Lulz .

K . Nak dijadikan cerita . Kereta aku tersekat di tengah tengah kesesakan jalan raya betul betul jugak kat tengah kota metropolitan tu . Yaa mengeluh berat . Lama jugak aku tersekat . Bencinya dengan keadaan tu hanya Tuhan Sekalian Alam je tahu . Tengah tengah aku membelek belek bazaar kat tepi jalan tu , tengah menengok baju baju cantik tiba tiba ada lah dalam dua biji motor lalu kat tepi aku . Yang sorang tu nak kedepan yang sorang pulak nak ke kiri . Masing masing berebut rebut . Lama lama GEDEGANG !


OMG . Jap I nak snap gambar I yang terkejut dibuat buat ni .


Ni lah reaksi kawan kawan aku . Lulz .



Amagad ! Amagad ! Amagad !

Aku menganga .

Tapi yang aku peliknya brader yang kene langgar tu cakap cemni .

"Takpe takpe , lalu je.."

:O WHAT ???

TAKPE he said? Kalau aku lah

"Woi !@#$%^ %&*@#   @#$%^&*O #^*@#$%^&* !!!! "

Haa? Memang orang KL memang cemni ke adat dia ? Amagad ! *Begitulah assumption aku pada mulanya yang agak tak matang dengan keadaan yang berlaku*

*Tepuk dahi*

Kesimpulan aku yang dapat aku simpul mati dan rapi di sini , at least diaorang faham keadaan tempat diaorang macam mana . Takkan nak bertekak tengah tengah jem tu . Dah jadi dua masalah . Power lah orang KL ni . Agaknya kalau bas terlanggar bas pun respon from that both drivers?



     "Ohoii takpe takpe , jalan jalan"

*Pengsan*

K bye .

Monday

:'D

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya aku tak henti henti lagi nak ketawa . Keluar beraya bersama teman teman sekolah dulu untuk hari ni sangat sangat menyeronokkan . Alhamdulillah :'D

Tak ramai mana sebab ada yang dah mula kerja dan ada yang dah mula sambung belajar semula . Kiranya kami yang ada je yang dapat berkumpul itu pun plan last minute punya . Dari sekolah macam tu :'D sentiasa buat last minute . Pung pang pung pang kami berenam untuk hari ni . Ahh redah .

Kebetulan tiga orang sahabat aku baru pulang ke Tanah Air terchenta . Syukur dapat jugak jumpa . Sorang di Makassar , sorang di India dan sorang lagi di Jepun .

Dr. Farez dan Dr. Navanya bila berjumpa mula lah buka kitab anatomi . Si Izat dia ambil engineering kat Jepung . Masing masing keluarlah cerita tentang kehidupan kat negara orang .

Aku mula lah pertanyaan

Aku : Kauorang kat sana makan apa je ? Masak sendiri ?

Navanya : Ya lah . Kawan kawan aku kat sana majoriti vegetarian , kuah dhal dengan nasi hari hari mana aku tahan beb , aku balik rumah masak sardin tak pun goreng ikan bilis .

Aku : Kesian

Farez : Aku kat sana tak ayam goreng , ayam panggang , ayam goreng ayam panggang . Itu je lah menu yang ada . Tapi aku masak sendiri lah . Ayam masak kurma , ayam masak lemak , ayam masak kari bla bla bla

Izat : Aku sana masak sendiri .

Aku : kau masak apa jat ?

Izat : Masak lemak

Aku : Ada serai ke kat sana ?

Izat : Peh taraf hidup sana tinggi gila , serai 4 batang duit sini RM30 . Nak beli barang kat sana semua aku pakai online .

*menganga*

Aku cuba nak kenekan Izat sebenarnya . Lalu aku memberi cadangan yang agak bernas

Aku : Jat , kau belilah serai kat zalora.com

Pqa , Navan , Zharif , Izzati , Farez : KAHKAHKAHKAHKAHKAH 

Izat : Zalora tu amende ?

Aku : Jual barang online

Izat : Yeke ?

Aku : Haah . Kat sana penghantaran kene bayar tak ?

Izat : Haah kene bayar . 

Aku : Haaa kat zalora ni penghantaran tak kene bayar langsung . Kalau kau reject serai tu dia nak ambil balik pun tak yah kene bayar tau .

Pqa , Navan , Zharif , Izzati , Farez : KAHKAHKAHKAHKAHKAH 

Izat : Weh amende zalora tu ?

Zharif : Tu barangan baju baju kasut kasut online la

Izat : !@#$%^&* !!!!!

Bahasa Medic yang aku baru tahu . Farez belajar anatomi guna bahasa Latin . Navanya pulak bahasa inggeris

Farez : Tulang dalam bahasa latin = Os . Kalau bahasa Inggeris Bone . So Osbone . Haha

Aku : Oh dari itu Mr.Os dapat nama . KAHKAHKAH

Tahniah kat Navan . Dia dah dua kali dapat Top 10 dekat Universiti sana . Adik dia Narend tu pun akan ikut jejak langkah dia . Adik dia yang dapat anugerah pelajar terbaik Malaysia tu . Bangga aku wehh :'D

Zharif : Hebat ahh kau Navanya , ni kalau aku tanya urat urat tangan ni kau tahu tak semua ?

Navanya : Tahuuu :D *senyum lebar*

Zharif n Izat : Wah boleh bawak berurut ni . KAHKAHKAH

Geli hati  . Macam macam sebenarnya lawak kampus diaorang ni . Tak kering gusi . Haih . Selamat hari raya :D . Haih lepas ni masing masing dah sambung belajar dan kerja . Tak sangka cepat je masa berlalu :'D

Sunday

Ehem

Assalamualaikum w.b.t

The new me


Tahi lalat tu yang mahal sebenarnya (Y) !

Lecturer LAW aku cakap

"Awak nampak lagi cantik dari dalam gambar sebenarnya "

Mana dia nampak gambar aku ni ? Oh lupa kawan aku pergi letak gambar aku masa sesi perkenalan group members. Mula mula aku marah dia sebab dia letak gambar yang muka aku muka selekeh . Tapi aku redho demi meredah presentation LAw masa tu . Aku ketawa berdekah dekah lagi .

Ya kawan kawan lain pun cakap mende yang sama . Amende diaorang ni aku dah memang chanteq kenapa nak dipersoalkan lagi ? ehem *tampar diri sendiri* . Eleh minta nak belanja makan la tu .

Jawapan aku senang saja .

"Kat Fesbuk i tu i letak semuanya gambar Siti Nurhaliza . Siti Nurhaliza versi senah kampung yang kuat makan . Uolls jangan percaya ".


Hey , kau WAJIB bersyukur dan berterima kasih . ALLAH cipta manusia ni tinggi darjatnya . Sempurna dan cantik lagi cun . Tapi aku ada sikit cemburu 

"Apesal kau ni fotogenik hah ? Kau buat mata juling , kau buat mulut senget tetap jugak muka kau macam Erra Fariza . Amende kau pakai ni ? "


K

Thursday

T_T

Assalamualaikum w.b.t

Pernah dengar kisah pelakon cantik ni ?


T__________________T

Bila aku baca balik kisah kak Yatt ni mahu bercucuran air mata aku . Sedih tahu . Takut lagi lah pulak . Tambahan ALLAH bagi direct hidayah pada kak Yatt melalui solat Taubat yang dia lakukan masa sujud terakhir . Dan masa tu ALLAH bagi macam macam gambaran terang dan nyata sekali . MasyaALLAH dahsyat sungguh . Kalau aku pun aku dah menangis , meratap plus mengigil ketakutan dalam sujud bila mana ALLAH kasi tunjuk terus kat situ . Ya ALLAH hati aku sebenarnya masih keras . Keras sekerasnya . Ada daya untuk jadi lebih baik tapi aku ni mudah tergolek dan tenggelam dengan nafsu . Bila nak istiqamah tu lah ujian paling yang berat sekali sebenarnya . Orang kata bukan senang nak jadi baik baik baik sangat . Bila nak ke arah kebaikan tu macam macam akan datang sebenarnya . So , iman kene lah kuat dan kene sentiasa berbalik pada niat yang asal .

"Ya ALLAH , aku nak istiqamah ke arah yang baik . Pelihara aku Ya ALLAH ".

Syukur sebenarnya bila mana aku lihat ada teman teman yang mula berhijrah ke arah yang lebih baik dan menjadikan mereka sebagai seorang wanita yang lebih sempurna dan rapi . Moga penghijrahan mereka dirahmati ALLAH . Dan aku harap ia bukan kerana siapa siapa dan bukan kerana apa apa tapi biarlah ikhlas kerana ALLAH . Itu yang penting . Sebab ALLAH lah yang memberi hidayah dan berkuasa juga membolak balikkan hati kita tapi apa yang baik adalah sentiasa dari ALLAH sendiri sebenarnya :'>

Kat mana lah aku sekarang ni sebenarnya ? Level mana satu kah aku ni ? :/

Orang lain dah memecut ke depan aku ni still tercungap cungap kat belakang . Aku kadang kadang jadi malu sendiri sebenarnya bila mana kawan kawan bertanya pendapat tentang agama , bertanya soalan tentang agama . Jawab boleh tapi beramalnya sikit sekali . Malu weyhh . Orang fikir aku ni budak yang tinggi agama , cukup solat , cukup solehah , mengaji hari hari tapi sebenarnya hanya ALLAH dan aku sahaja tahu aku tahap yang mana :'/ sedih . Walaupun buku buku pengetahuan agama berderet dekat rak tapi kalau baca sekejap sekejap pun tak guna jugak , Farish . Baik bungkus kasi hadiah kat sapa sapa  T_T . Tapi sejahil jahil manusia pun ALLAH still bukak pintu taubat sebesar besarnya untuk diaorang kembali termasuklah aku yang jahil lagi dina ni wehh T_T . Maha PenyayangNYA ALLAH _T , taubatlah . Maka ALLAH akan bagi ganjaran berpuluh ganda pada kita . Untung tahu tak jadi umat Nabi Muhammad . Satu kebaikan kita buat ALLAH balas dengan gandaan pahala . Kenapa susah wehh aku ni wuwuwuwu T_T

Cer tengok umat dahulu . Sekali kau derhaka ambik dengan bumi bumi ni ALLAH berkuasa terbalikkan bagi menenggelamkan derang yang tak sedar diri tu . Tak nak lah aku jadi Firaunn oii T_T . Dan aku tak mahu juga digelar munafik . Tapi aku seolah olah lebih ke arah itu . Berapi api berbicara pasal agama tapi dalam diam mencintai kejahilan tak boleh jugak sebenarnya . Tak boleh apa ? Kau lah tu Farish . Wuwuwuwww T_T . Kena banyak baca dan tahu tentang ilmu ilmu teladan ni contohnya kisah kak yatt ni . Dan macam macam kisah lagi . Bayangkanlah dalam bayangan ALLAH bagi tu tiba tiba kita ternampak mak , kakak , adik , sepupu atau kawan kawan yang ALLAH sedang bagi azab apa kita rasa dan tambahan pulak ALLAH kasi bayangan kita sendiri dalam tu ? Nauzubillah T__________T . ALLAH . Apalah agaknya jadi kat kita pada masa sekarang .

Berubah atau ditakuk yang lama ?

Sabda Nabi s.a.w : Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras dan harta kamu, tetapi ia melihat hati dan amalan kamu" (HR Muslim)

 Tidak aku menjadikan manusia dan jin kecuali untuk beribadah kepadaku”. (Surah Adz Dzaariyaat; 56)
 



Wednesday

:'/

Assalamualaikum w.b.t

Pak cik :

" Walau apa apa pun lawan tetap lawan . Sakit ni kita kena lawan . ALLAH nak uji kau sebenarnya , dik . Kau ada macam macam jenis sijil . Sijil itu , sijil ni menandakan kau seorang yang kuat dan aktif . Kali ni ALLAH nak uji kemampuan kau pula . Apak yakin kau boleh lawan penyakit ni . Kau muda lagi , lawan dan kuat semangat . Kalau kau kuat semangat insyaALLAH kau akan sembuh ! "

Aku gembira di hari raya hanya luaran sahaja . Dalam hati hanya Tuhan je tahu debaran dan tekanan yang aku rasa . Aku macam tak percaya tapi ini adalah kenyataan yang aku kena terima . Aku kene bersedia dari sekarang walaupun ia cuma andaian dan kebarangkalian .

Bagaikan gunung besar hempap kat kepala . Semangat aku terbang entah ke mana mana . Walau apa pun terjadi aku yakin ALLAH sayangkan aku . Jadi aku mampu lalui semua ni . InsyaALLAH aku akan sihat .

Aku pun tak sangka sebenarnya jadi begini .

*menangis*

Tuesday

(Y)

Assalamualaikum w.b.t

Ya , aku seorang insan biasa yang lemah . Ya aku lemah walau rokes kaw kaw punya kat luaran . Rokes rokes gua pun hati gua ada taman rashidah utama . Lu , lu ada ? Tak ada kan ? *yeah yeah !*

Sebegitulah ALLAH mengurniakan hati dan perasaan serta akal fikiran untuk manusia menggunakan ia sebaiknya supaya kita dapat feel akan asam garam , pahit maung , manis riang kehidupan ni . Kehidupan yang penuh dengan cabaran dan pancaroba sebenarnya memerlukan kekuatan hati yang mempimpin serta kesantunan akal untuk meneruskan perjalanan dari kejatuhan demi kejatuhan . Ya aku manusia yang pernah terjatuh . Terjatuh bukan sekali dua . Banyak dan terlalu banyak sebenarnya dan semestinya bila kita terjatuh dan terluka tentu ada parut yang memberi kesan cela kepada diri . Bak kata pepatah Melayu "Luka ditangan nampak berdarah , luka di hati siapa yang tahu" . Ahh teirngat pula lah pepatah abang karam " Terbakar rumah nampak asapnya terbakar hati siapa yang tahu " . Peh power! power! abang karam ni .


"Bagaikan tiada rotan , pelempang pun berguna !"

Ketua Panitia Bahasa Melayu stesen TV3 .


Kejatuhan yang pernah kita alami adalah sebenarnya dari kesilapan diri kita sendiri sebenarnya yang terlalu terburu buru dengan langkah yang agak tidak berjaga jaga untuk membuat keputusan yang belum tentu kita tahu pengakhirannya yang bagaimana . Contohnya berchenta . Ya rasa chenta , kasih dan sayang itu fitrah . Fitrah sejak azali lagi . Antara lelaki dan wanita yang sememangnya dijadikan di fana ini untuk saling melengkapi antara satu sama lain , melengkapkan yang kurang dan bersama sama membimbing antara satu sama lain untuk mendapat output yang kaw kaw terbaik punya . Tentulah kan kita rak berchenta mestilah nak pengakhiran yang tersangat lah baik . Tapi jika salah memberi harapan dan meletakkan harapan kepada seseorang yang belum tentu dia sememangnya untuk kita maka hancurlah hati meranalah jiwa . Ya sekarang kita rasa "Siyes dialah yang layak untuk aku , dia lah yang layak jadi imam/makmum aku , dialah yang layak menjadi suami/isteri aku , dialah yang layak menjadi ibu/ayah kepada anak anakku , dialah yang layak menjadi nenek/atuk kepada cucuku , dialah yang layak menjadi entah menda menda kepada keturunanmu ". Macam gitulah . Seolah olah kita terlalu yakin sebenarnya dia adalah untuk kita . Silap , kita silap . 

Mencari yang terlalu sempurna juga adalah satu kesilapan sebenarnya . Nak mencari wanita/lelaki Melayu , Perancis , Arab , Nigeria yang terakhir pun belum tentu dia adalah yang terbaik untuk kita . Jangan hanya kita terlalu sanjung dan terlalu obses dengan kesolehan/kesolehah-an ,kebaikan dan juga kesantunan dia menjadi sejuta sebab untuk kita menyatakan DIA UNTUKKU uolls . AKU UNTUK DIA uolls . Jangan sampai satu hari nanti kita tahu akan keburukan dia masa tu lah kita tepuk tepuk dahi , menangis berguling guling dari N.Sembilan sampai Kedah sana , pecahkan pasu bunga mak kat rumah , pecahkan cermin muka dalam bilik air sebab hanya keburukan dia yang kita lihat menyebabkan kita kecewa dan separuh mati boleh membencinya . Hey hey hey makwe / pakwe kau sebelah rumah pun belum tentu dia untukmu . Kalau hati tak betul tak kemana jugak cik adik yang manis lagi cantik bergaya . Dan belum tentu 10 tahun kau dengan dia walau dari Tadika sekali pun kauorang couple atau berkawan atau masih bersama atau intim dan sewaktu dengannya belum tentu , belum tentu dia yang duduk kat sebelah kau masa kau bersanding nanti . Entah entah lelaki yang baru kenal kau satu jam yang akan mencium dahi kau masa diijab kabulkan nanti . Aku serius ni . Ehem !.

Orang yang dah kahwin berpuluh tahun belum tentu dia dapat kenal pasangan hidup dia dengan sepenuhnya ini kan engkau baru dua tahun kau dah cakap kau kenal dia . Hey hey hey , silap sebenarnya . Dua tahun kau kenal dia pijak semut tak mati sampaikan memegang prinsip kehidupan "I percayakan U , I harap U setia dengan I sebab I percayakan U , sayeng ! "  lepas dua tahun lepas tu dia buat kau kecewa bagai nak mati , dia pergi cari orang lain senyap senyap dan dia berkasanova dalam diam kemudian kau menangis kaw kaw punya lepas tu disebabkan marah kaw kaw punya kau terus cakap " Aku dah tak kenal si polan bin si polan tu , huh terbakar Tesco Nilai nampak asapnya terbakar hati den siapa yang tahu !" . See , macam macam boleh terjadi sebenarnya . Bersederhana dalam kehidupan , berhati hati dengan hati . Jangan sampai kerana kecewa dengan manusia kita mula buat keputusan bodoh seperti menyuruh ayah membeli racun tikus di kedai untuk tujuan membunuh tikus tikus mondok di rumah walhal untuk membunuh dirinya sendiri . Jangan , biar putus chenta dengan manusia jangan putus rahmat dari ALLAH . Hidup jangan mengalah jadikan perkara lalu sebagai satu pengajaran bukan penghabisan kepada kehidupan . Rugi ! . Yakin , ia adalah salah satu jugak teguran dari ALLAH sebenarnya kepada kita yang suka syok sendiri dan leka leka leka leka .

Aku juga manusia biasa macam aku cakap kat kauorang tadi , aku bercakap melalui pengalaman sebenarnya  . Pengalaman dari frasa ketidakmatangan . Pengalaman itu mendewasakan , dan masalah itu didikan . Belajar dari kesilapan diri sendiri . Yakin , ALLAH punya rencana lagi kaw terbaik punya untuk kita . Yakin dan yakin . 

Nahh setepek kena pada kita :

"Perempuan2 yang keji untuk laki2 yang keji, dan laki2 yang keji untuk perempuan2 yang keji (pula) , sedangkan perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik, dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga) " ( An-Nur : 26)

So , kita nak yang mana ? Dan dari golongan apakah kita ? 

Belum terlambat untuk mempersiapkan diri . Maseh punya waktu dan ketika . InsyaALLAH . Yang berlalu biarkan berlalu . "Dia" pasti akan datang . Tenene teneneneeneee

Sincerely,

Tuan Punya Blog 

:]

Assalamualaikum w.b.t

Beriftar bersama sahabat sahabat terchenta sebentar tadi seolah olah dah mengubati hati aku sebenarnya . Bercerita mengenai kenangan kenangan sekolah masa dulu menyebabkan aku ketawa geli hati yang tak terkira . Ya mana taknya dulu aku selalu dipanggil Tyco , Pengawas Singa Betina , Kapten Kadet Polis paling garang di antara banyak banyak ketua platun aku lah yang paling rokes membawa kayu panjang untuk buat bedilan siapa yang degil dan kawad tak betul . PAAP ! ZAAP ! kaki yang tak sama , pemalas kawad memang kena dengan aku sekali dua . Haha geli , geli hati aku .

Kebetulan seorang sahabat yang baru pulang ke Tanah Air mengatakan dunia seakan akan dah berubah bila mana lihat penampilan aku sekarang . Kurang asam keping dia tu . Tapi tak apalah . Memang ternyata masa berputar terlalu laju tanpa patah balik dan tanpa mengingatkan kita bahawa masa tidak lama dan tidak akan menunggu kita lagi . Aku lihat sahabat sahabat lain dah semakin matang dan masing masing dah besar panjang . Bukan masa zaman zaman sekolah yang agak kesengalan dulu . Masing masing dah hensem dan cantik . Dan semuanya dah ada haluan sendiri dan semestinya haluan mereka haluan yang membawa kepada pengakhiran yang baik , insyaALLAH Ameen . Ya segan segan aku duduk kalangan mereka , bakal doktor , bakal engineer , bakal businessman , bakal guru , bakal pegawai tadbir . Aku ? Aku bakal apa ? Entahlah . Bakal apa apa je lah .

Beriftar sebenarnya tadi kenyang dengan hilai tawa masing masing macam McD tu kami yang punya . Ahh lama juga tak kumpul ramai ramai macam ni . Yaa lah ada yang tengah kerja , tengah praktikal , tengah jetlag dari India tu :p haha . Masing masing pun sibuk sebenarnya tapi curi curi juga masa untuk iftar sama sama . Masa tu lah keluar cerita sorang demi sorang . Memang tak boleh lupa . Rasa macam nak putar balik masa tapi nak buat macam mana hanya jarum je yang boleh diputar , kenangan saja yang dapat dikenang tapi masa dan ketika tetap berlalu jugak . Moga persahabatan ini kekal selama lamanya hingga ke Jannah insyaALLAH Ameen .


Shafli tukang snap gambar sebab dia duduk di kerusi Pengerusi di meja mesyuarat kami 

Sebelum balik , Ikha nak tunjukkan aku iklan Bernas yang hangat diperkatakan oleh semua orang iklan yang menitiskan air mata . Kebetulan aku belum lagi berkesempatan nak menengok iklan tu sebab balik rumah pun aku jarang sebenarnya tengok tv sangat . Balik kerja pun dah pukul berapa dan penat . Susahnya kerja ni kadang kadang information entah apa benda yang jadi kat luar pun aku tak tahu . Bila masa cuti aku lepaskan dendam menengok TV satu hari suntuk . Tak ada sapa boleh pegang remote control because aku akan menjadi raja segala raja pada hari itu . Sebelum dia bagi aku menengok iklan tu dia dah siap carikan aku tisu awal awal . Aku dengan bongkak mengatakan tak perlu tisu tisu bagai .

Nah ini dia iklannya



Baru je tengok mula mula air mata dah bergenang .
Dah tengok masa pertengahan air mata dah bertakung mata dah berat hati meruntun .
Bila akhir sekali masa dia bawak gambar arwah mak dia dengan masa dia pergi kubur arwah mak dia air mata aku dah mengalir .
Bila dah tamat aku teresak esak sambil menekup muka aku dekat meja . Sedih sekali . Lama jugak aku menangis . Ternyata menyentuh hati gila gila punya . 

Sadis . Kawan kawan semua gelakkan aku . Kaw kaw punya bila mana hidung dan juga mata aku mula memerah .

"Itulah aku dah cakap , sediakan tisu lain kali .."

K bye . 


Sunday

:3

Assalamualaikum w.b.t

Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh . Peh .

Ramainya orang kat Tesco hari ni . Parking penuh ! . Trolley habis ! . Sampai terlanggar langgar bahu lah dengan customers . Dahsyatnya penangan Tesco hari ni . Dan kami pulak sampai demam demam rasanya nak refill barang lah , nak timbang itulah , nak packing inilah , nak bundle itulah , nak keluarkan inilah . Ramai jugak kawan kawan yang tak sihat tapi gagahkan juga pergi kerja hari ni .

Tengah dalam kesibukan kota raya di dalam Tesco ni , sedang aku dengan kawan aku berborok borok sambil sedang membuang bendasing dalam barang barang fresh ni tiba tiba datang satu budak kecik sambil menjinjing plastik kosong . Ni haa budaknya



Pada mulanya aku nak tegur la si kecik ni takut takut dia main campurkan barang barang fresh ikut suka hati dia . Tapi aku tak jadi nak tegur . Aku dengan kawan aku tengok je apa sebenarnya yang dia nak buat . Ohh dia nak beli straight cut crackers rupanya . Perlahan lahan dia masukkan dalam plastik . Aku perati je dia . Terbantut la jugak kerja aku sebenarnya ya lah nak jaga jaga lah jugak mana tahu tu taktik dia saja saja nak perangkap aku lepas tu dia mula lah dengan permainan congkak kalah mati . Suka hati campurkan barang tu dengan barang lain . T_T . Tolonglah jangan . Kau ingat aku goyang kaki ke , banyak kerja lain aku nak buat dari buat mende alah ni asingkan balik barang barang yang dah dicampur adukkan oleh customer yang tak berhati perut . Bila aku datang kerja pagi pagi benda yang buat aku hilang mood ialah bila mana barli dicampurkan dengan kismis , gula merah dicampurkan dengan kacang hijau , lepas tu kacang hijau dicampur pulak dengan kacang merah . Wawawa apa masalah diaorang sebenarnya ni . Eeee memang hilang mood betul . Kawan kawan pun dah faham , bila mana aku tengah buat mengasingkan bendasing ni jangan sesekali tegur silap hari bulan ada aku sumbat dengan sayur sawi kat sebelah aku ni kang . T_T . 

Berbalik kisah si kecik ni . Lama lama aku tengok ahh sejuknya mata memandang dah la comel lepas tu petah . Aku mula cucuk jarum .

Aku : "Adik nak beli ke ?"

Si kecik : "Haah .."

Aku : " Meh sini kakak tolong adik .."

Si kecik : " Itulah , penaaatttt ..." *penat sebab tangan dia kecik sangat nak tampung keropok keropok dalam tangan dia sambil masuk dalam plastik . Sampai esok pun tak habis agaknya ..*

Kawan aku dah gelak gelak bila mana si kecik tu mengadu yang dia penat masukkan keropok dalam plastik tu . Lepas habis masukkan keropok dia , dia terus pergi timbang . Lepas tu tak lama kemudian dia datang balik . 

Si kecik : " Kakak , kita pakai inai .."

Aku : "cantinya inai adik , adik ambik kat mana ? "

Si kecik : " umah belakang umah.." *belakang rumah*

Aku : "ohh yeke ? mama adik mana ni ?"

Aku bukan apa risau lah kan takut takut mak dia terlupa ke anak dia kat mana  , ke adik ni jenis kuat merayau sampai mak ayah dia cari tak jumpa ke . Nanti tak pasal pasal Tesco buat pengumuman .

"Perhatian kepada semua pelanggan Tesco , di sini kami menjumpai seorang kanak kanak perempuan berumur lingkungan 3 Tahun , berbaju merah jambu berseluar biru . Di minta kepada ibu bapa atau penjaga kanak kanak tersebut untuk datang ke kaunter perkhidmatan pelanggan dengan segera.."

Kami sebenarnya dah masak sangat . Setiap minggu mesti ada budak yang mak ayah dia tercicir sampai kan staff terjumpa terus hantar kat customer service untuk buat pengumuman . Bila mana dengar je pengumuman budak budak hilang macam macam assumptions kitaorang buat . 

"Ni mak ayah sibuk bershopping anak terbang kat mana pun diaorang tak tahu .."

"Ish ishh jenis anak hyperactive ni ..."

"Apa kebenda la mak ayah diaorang ni tak pandai jaga anak ke , asal hujung minggu pengumuman anak hilang . Amende la .."

K . Kepada mak ayah . Saya pesan sangat sangat . Tolonglah perhati anak anak anda sebab bila tengah dalam ramai ramai kita tak tahu apa akan terjadi takut takut saat ni kita tak sedar anak kita hilang nanti bila tiba tiba dapat tahu anak kita betul betul hilang . Hilang pergi mana ? Pandai pandailah fikir . Dunia sekarang macam macam .

K boii .

Saturday

:(

Assalamualaikum w.b.t

Lagi berapa hari je lagi . Bukan pasal raya tapi sebab sayang sangat nak tinggalkan kawan kawan kat sini :( .
They're soooo kind . Sooo random . Sooo sweeet . Ya walaupun kami ni hanyalah pekerja bawahan yang hanya menurut titah dan perintah dari tuan besar Tesco tu tapi kami tetap enjoy buat kerja walaupun merungut pasal arahan tuan besar bila mana ada jee tak kena kat mata beliau , sorang merungut yang lain pun akan ikut sama merungut . Kira macam backup la . Merungut merungut pun buat jugak yea dak ? Nak buat macam mana kan ? Takkan nak terus cabut pulak . Ya lah kenelah ikut bos kan . Tapi kan bos yang baru ni smart la . Bau minyak wangi dia pun aku dah kenal walau aku tak nampak orang dia lagi . Tiga batu jauh nun dah terbau . Peh power . Tapi mak aih cerewetnya . Itu ini semua kene kasi bersih GILA GILA . Prinsip dia adalah

" Tak pe , kerja lambat takpe . Janji saya nak bersih . Bersih "

Kerap lagi jugak lah dia ke DELICA . DELICA ni macam tempat daily fresh la kat situ jual makanan macam ayam panggang , ayam goreng , skewers , jagung manis , ais krim , kaya ball macam daily fresh yang kauorang biasa tengok tu . Huh , kalau bos dulu nak barang penuh je . Yang dia tahu kemas dan barang sentiasa penuh . Yang baru ni prinsip lain pulak . Nak bersihhhhhhhhhhhhhhhhhhh je sepanjang masa . Setiap kali aku datang delica mesti aku akan guna tagline bos baru tu . " Tak pe , kerja lambat takpe . Janji saya nak bersih . Bersih ". Kakaka . Kesian kawan kawan . Setiap jam mengelap mengelap mengelap , mengemop , membasuh , mencuci , membilas macam macam lagi . Macam tak ada kerja lain je aku tengok . Kalau tak memasak la dia , membungkus la dia , memanggang la dia . Ni macam dah tukar kerja pulak . Kerja housekeeping . Aku pulak suka mengusik dia . Itu yang manis . Kalau dulu masuk kerja senyum senyum je tak tegur sapa . Sekali dah kene packing barang tumpang tempat dia dah macam adik beradik dah . Bila ada masalah mesti share , bila ada benda nak cerita mesti cerita semua . Itu yang manis . Ramai ingat aku ni seorang penyombong , kaki pukul , gangster tapi bila dah tahu perangai sebenar aku jadi sayang sangat dengan diaorang .

"Sedih kita , Noor nak berhenti " 

Haih sebak aku dengar diaorang cakap macam tu . Nasib baiklah Tesco ni tak jauh dari rumah . Apa salahnya jenguk kawan kawan kan bila dah berhenti nanti . Bila macam macam kerja aku buat kat sini so macam macam orang dan ramai orang aku dapat kenal . Aku suka mengusik orang kadang kadang makcik makcik dekat belakang yang tukang bundle sayur tu pun aku saja saja buat semak hihi . Bila diaorang tak ada kenderaan nak balik aku hantarlah diaorang ke rumah . Apa salahya kan ? Bukannya selalu pun . Kereta yang ayah belikan bukan untuk aku sorang tapi untuk aku kongsikan nikmat ni dengan orang lain jugak . Haih rindunya nak main air , nak tolong kawan masak , nak tolong kawan potong ayam , nak tolong "mak" timbang ikan , nak tolong diaorang timbang ayam , nak tolong auntie bundle sayur haishh rindunyaa nanti :( .

Ohh yaa kat Tesco ni ada dua orang OKU diambil bekerja . Sorang nama kak Nani sorang kak Aishah dua dua ni bisu dan pekak . Seronok sangat . Kak Nani tu suka kacau aku , kadang kadang dia suka cucuk pinggang aku sampaikan terbantut bantut aku buat kerja tapi dia baik baik baik ya amat . Rajin sangat dan tak reti duduk diam . Kerja jeee dia . Waktu rehat pun dia tak gunakan sangat . Yang dia tahu kerja kerja kerja . Sempat jugak aku belajar bahasa isyarat sikit sikit dengan dia . Bila mana dia tengok aku buat kerja sorang sorang mesti dia datang tolong sekali . Kakak ni kerja kat Delica sama dengan kawan aku sorang ni Zira . Diaorang ni baik sangat . Aku tolong diaorang so diaorang pun tak keberatan tolong aku sekali buat kerja . Walau kami lain lain department , kitaorang tetap together2 .Kak Aishah ni kerja bakery . Lagi sorang suka kacau orang jugak . OKU ni sebenarnya ALLAH kurniakan kat kita untuk kita jadikan contoh atas kelebihan yang dia ada . Diaorang ni ada perasaan jugak dan daya sensitiviti dia sangat tinggi sebenarnya walau dia tahu kekurangan dia tapi diaorang sangat kuat semangat . Pernah la kene gelakkan lah , kene dipanggil si bisu la walaupun pekak diaorang sebenarnya dapat rasa dan dengar sikit sikit tau . Kadang kadang diaorang ni saja saja buat tak dengar sebenarnya . Kita je tak tahu .

Alhamdulillah . Hidup ni pengalaman kan ? ALLAH kurniakan kita akal dan fikiran untuk berfikir secara waras dan ALLAH kurniakan kita tubuh badan yang sihat dan sempurna untuk kita bekerja keras dan berusaha untuk mencari rezeki yang halal dari duduk rumah goyang kaki makan tidur ,tidur makan dan kita akan jadi malas lepas malas jadi pula bebal . So ini pengalaman paling manis sebenarnya , terima kasih ALLAH kurniakan mereka yang baik hati dan perkenalkan aku manusia yang macam macam ragam . Hihi hidup ini best kecapilah ia sebelum terlambat . Antara nikmat ALLAH bagi untuk kita bersyukur dan juga sebagai platform dalam menilai diri sendiri .

Okay nak tidur . Selamat malam

Friday

:O

Assalamualaikum w.b.t

16 Ogos 2012 tarikh last aku bekerja kat Tesco Nilai . Dan lepas tu macam macam benda aku kene buat dan aku wajib buat dalam masa yang terdekat .

Perkara perkara wajib yang perlu dilaksanakan :

1 . Print surat tawaran
2 . Get ready duit untuk bayar yuran
3 . Kira bil bil yang kena dibayar
4 . Update pasal konvo
5 . Daftar PTPTN online
6 . Fotostat dokumen dokumen penting
7 . Hantar surat jawapan PTPTN
8 . Hantar surat jawapan pentauliahan .
10 . "Oi buat clearance ...... Melaka dah tunggu tuu "
11 . Senaraikan list barang untuk get ready ke Shah Alam
12 .Kemas rumah
13 . Guling guling
14 . Nangis sorang sorang .

Ya lepas ni aku kena take note . Salin balik buat besar besar alam punya tulisan lekat kat setiap penjuru rumah . Geram ! Geram !

Paling penting aku kene selesaikan hal hal yang sekian lama tertunggak . Hal hal yang berkaitan dengan pelajaran aku ni . Tak lama lagi dah aku bakal menjejak UiTM Shah Alam tu sebagai pelajar Sarjana Muda Sains Pentadbiran . Ahhh tak payah nak fikir berapa jejak kau kat sana Farish , benda kat atas ni kau settle kan dulu . Rasa nak menangis sekejap dalam dua tiga saat . Tssk Tssk Tssk . Aku rasa macam dah tak cukup masa dan aku macam terkejar sana terkejar sini . Aku tak suka buat kelam kabut . Bukan aku tak nak buat awal awal . Aku balik kerja kadang kadang tak menentu . Kadang kadang balik malam . Bila balik malam penat pula badan ni . Bila cuti aku bukan duduk kat rumah . Aku akan selesaikan hal hal berkaitan rumah tangga contohnya time tu la nak beli barang , time tu lah nak buat itu dan buat ni , time tu lah nak pergi sana pergi sini . Cuti pun seminggu sekali . Macam tak ada istilah duduk rumah aku ni . Senang cerita la kalau aku cuti je aku memang tak duduk kat rumah .

Haih , sebab tu lah aku ambik keputusan untuk berhenti awal . Kalau berhenti lepas raya aku risau jugak demam raya aku tak kebah kebah pula . And and and , aku dah siap kira kira berapa duit raya yang bakal aku dapat tahun ni . Kakaka . Ahh perasan , bukan apa boleh lah buat simpanan sikit sikit untuk kegunaan pada masa akan datang . Tapi itulah kan , duit gaji aku sekarang nak buat simpanan macam tak lepas je sebab ahhh banyak guna beli tu beli ni . Banyak bunyi ah kau Farish . Boros . Boooo ! . Kadang kadang tak sedar pun duit tu keluar macam tu je . Ada kaki ke apa duit ni ? Bila mana cek baki dekat ATM mula lah mengeluh , termenung 3 jam kat depan ATM machine tu sedangkan orang dah beratur panjang dekat belakang nak cucuk duit . Mana lah duit aku yang banyak banyak ni pergi . Apalah aku guna dengan duit yang keluar macam air sungai tu . Apalah aku beli dengan duit gaji aku tu . Bla bla bla . Itu jelah . Baru skarang macam ni , kalau masa akan datang dah kerja tetap macam mana pula rasa . Dengan gaji sekarang yang tak seberapa pun dah macam ni apatah lagi masa dah kerja betul betul nanti . Entah entah lagi banyak duit lagi pening kepala sampai tak tahu nak guna duit tu untuk apa . Eh ada okay sapa kata tak ada . Banyak duit lagilah pening .

Aku macam tak percaya aku dah 21 dan dah pun bergelar pelajar sarjana muda . Memang aku tak percaya . Tapi Alhamdulillah syukur ALLAH masih beri peluang untuk aku buat yang lebih baik dari dulu . Mungkin masa diploma aku banyak main , banyak golek golek , banyak berjimba kali ni kena lebih serius . Aku bukan belasan tahun aku dah tua dah puluhan dah . Tskk tskk . Yaa macam sekolah dulu PMR buat main main masa SPM kene serius tahap dewa punya . Bila dapat result entah apa apa masa PMR mulalah sedapkan hati dengan berkata " perjalanan masih jauh , SPM masih ada " . Bila SPM result pun entah apa apa " Tak mengapa , hidup ajar kita jangan cepat mengalah .." :p . Haha . Itulah kita . Macam macam style nak pujuk hati sendiri supaya semangat balik untuk balas dendam supaya menjadi yang lebih terbaik . Aku takut juga tengok kawan kawan yang power power dan gempak gempak . Bila dah masuk degree mesti lagi gempak punya kan . Alahai rasa diri ni macam kerdil sangat dengan diaorang . Dan yang pastinya aku rindu nak buat akaun sambil menangis dan hentak hentak kalkulator , keronyokkan kertas masa diploma dulu . Menangis menangis pun result exam lepas jugak . Ahhh lega :p . Kali ni masa degree ada pulak akaun yang pernah bagi aku penangan macam tu. Lepas ni aku tak tahu lah macam mana pula actions aku masa tengah study akaun lebih lebih lagi masa nak final exam .

Ibu , Ayah . Anak ibu n ayah dah besar . Dah 21 . Alhamdulillah . Aku dah tekad aku tak nak main main sebab mengenangkan aku sorang je anak bongsu yang tinggal . Siapa lagi mereka nak letakkan harapan kalau bukan kat aku ni . Yaa lah aku adik beradik tak ramai dua kerat je . Jadi tak nak lah aku hampakan orang tua aku . Kecewa aku kecewa lah mereka . Kecewa mereka hancur la aku ni . Ya ALLAH panjangkanlah umur kedua ibu bapaku Ya ALLAH supaya aku sempat membalas jasa mereka walau tak seberapa . Berilah peluang kepada mereka melihat hasil dalam kehidupan ku yang semakin meningkat dewasa ini . Ameen Ya Rabb . Ermm dengar dengar kali ini lebih mencabar . Ah aku semuanya mencabar tak ada benda lain yang cuba sedapkan hati . kekekeke .Tak apalah susah dahulu senang kemudian . Derita dahulu , bahagia kemudian . Man jadda wajada . Siapa yang berusaha dia akan berjaya kan ? Jangan main lagi Farish . Jangan main . Jangan main main . Jangan memain dah :O . Sedau sikit diri dah tua . kekekeke .

Ok lah :( nak tengok kain kat machine lepas tu tidur .

Alamak aku lupa password masa diploma dulu lah untuk daftar PTPTN ! :O aiyoooo amma appa !


Pengsan .

K bye



Thursday

Usaha Taqwa Mulia

Assalamualaikum w.b.t

Penat !

Tu je aku boleh cakap . Kerja kali ni memang benar benar mencabar . Lagi dahsyat rasanya aku kerja cashier dulu . Peh macam ni terbaik dia ! *lihat gambar di bawah dan isikan tempat kosong* . Eh !


Apehal ibu jari dia macam besar semacam ? Ke mata aku yang entah menda menda ni ?

Ya . Kerja kat sini pada mulanya aku ingat kerja dia biasa biasa saja . Aku dah siap set dekat mind aku , kerja cashier dulu aku teruk . Bila mana menghadap perangai customer entah menda menda , bila mana duit short , excess . Berdiri berjam jam tanpa rehat . Masalah barang lah apalah . Sapa nak jadi cashier sangat , aku sarankan kauorang buatlah exercise dulu . Dan paling penting persediaan mental kauorang sebenarnya . Tengok je muka cashiers yang kauorang buat pembayaran kat kaunter diaorang . Muka slumber je tapi dalam hati Tuhan Maha Agung aje yang tahu . Ya , kami sebenarnya buat muka plastik . Ikutkan nak menangis sambil scan barang . Ye menangis kau tahu .

Bila mana aku kerja kat sini aku mula rasakan environment kat sini memang lain dari yang lain dan menjadikan aku seorang pekerja yang mempunyai superb multi tasking skills . Kat sini macam macam kerja aku buat . Bab panjat memanjat ni memang aku suka bila mana tak ada orang tak dapat nak turunkan barang aku mula buat kerja gila . Kene lah tengok takut takut bos besar tiba tiba lalu ke kat situ tak ke aku kena jerit tak pasal pasal . Ok pernah lah kene marah dengan station manager tapi aku tetap jugak bergayut kat atas tu sambil pilih pilih barang untuk aku bawak turun . Orang kata pekakkan telinga je . Kita tahu apa kita buat . Alhamdulillah lepas jugak aku naik dan turun balik . Barang masuk setiap hari jumaat dan setiap hari jumaat tu jugak aku akan bersengkang mata pagi pagi buta semata mata nak tunggu barang sampai . Sehinggakan order dan sign invois semua aku buat . Kadang kadang macam bos pulak aku . kekekekekeke . Ni esok hari jumaat dan aku tak pernah sedar diri dan sentiasa lupa daratan untuk tidur dan rehatkan badan . Dahsyat sebenarnya . Sekali barang masuk bukan sikit sikit . Paling koman pun dua pallets . Satu pallet barang akan terisi beratus ratus KGs . Kenelah susun satu satu kotak dan guni supaya tak gunakan banyak pallets . Guni pulak berat 30 KGs , 15KGs and kotak 10KGs . Mamfus aku . Ikutkan aku tak dibenarkan angkat berat berat di mana aku mempunyai masalah kesihatan . Tapi disebabkan kerja aku ketepikan masalah sakit aku ke belakang . Kerja is kerja . Aku nak cari duit yang halal . Aku nak timba pengalaman . Aku nak rasa susahnya nak cari rezeki tu di samping melatih aku menjadi seorang yang bekerja keras . Tenene tenenene .

Bukan tu saja , timbang sayur , buah buahan , potong ayam , timbang ikan , memasak la dan macam macam lagi aku buat kat sini . Bila mana yang tak sedapnya aku bawak lah balik bau bau ayam dan ikan balik ke rumah . Peh , aku rasakan aku rokes masa tu . Kakaka . Yaa , bila kita bekerja . Satu je aku suka letak dalam prinsip diri sendiri . Bila kita satu tempat kerja mahupun satu komuniti . Jangan fikir kita . Bila satu komuniti maknanya kita bekerja sebagai satu kumpulan , kita bergerak bersama sama . Jangan fikir kau je , fikir orang lain jugak . Jangan ingat kau department ni kau tak perlu tolong department lain . Aku memang tak suka orang berkira kira dengan department sendiri . Dah nama satu group dan bekerja satu bumbung kerja kau kerja diaorang juga . Kerja diorang kerja kau juga . Bila mana orang minta tolong , so hulurkan bantuan tak payah nak kecoh kecoh cakap..

" Ehh , ni kan department Fresh punya , biarlah budak budak Fresh yang buat.."

K . Aku terus terang aku akan buat muka menyampah . Kalau nak berkira sangat . Pergi lah kau terperap dengan environment department kau sendiri . Jadilah katak bawah tempurung . Kadang kadang bila mana kita buat satu satu kerja yang berlainan , kita akan dapat rasa betapa enjoynya kita bekerja . Dulu kita tengok orang kat department lain kerja macam mana tanpa kita fikir macam mana rasanya duduk tempat dia . Masa kita dah duduk tempat dia baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah . Penat tak penat kerja diaorang so kita dah dapat rasa sendiri dan kita akan automatik tak perlu nak cakap cakap bagai "kerja diaorang goreng jagung sambil pejam mata ". Pada mulanya aku rasa macam tak dapat nak teruskan kerja aku sebab bila mana aku balik dan mula rasa sakit . Tapi orang kata "kalau engkau jatuh , jangan engkau lemah kerana hidup mengajar kita jangan cepat mengalah "  :p .

Pejam celik , pejam celik . Lari sana lari sini dah nak penghujung kerja kat sini . Tskk tskk . Lepas ni aku ingat nak tukar angin . Benda yang aku nak buat nak jadi plumber , nak kerja kat tol . Hehehe :p . Entah kenapa lah aku ni suka tukar tukar angin kerja . Ye lah orang kata berusaha cari pengalaman so hidup kita akan terisi dengan macam macam kemahiran . Kerja cikgu tadika dah , kerja promoter dah , kerja jual buah dah , kerja cashier dah kerja macam macam ni dah . Sebab setiap kali aku pergi isi minyak mesti perasaan aku membuak buak nak cuba kerja kat sini sama jugak masa aku melintas tol . Yaa , insyaALLAH . Terima kasih ALLAH kerana kurniakan aku perasaan untuk bekerja keras dalam mendapat sesuatu hasil dari titik peluh aku sendiri . Mungkin disebabkan aku dah biasa mandiri sejak aku sekolah lagi sampai lah ke tua ni .

Kawan kawan lepasan Diploma ramai juga yang apply kerja duduk duduk kat office . Ini serius aku tak suka kerja office . Sebab aku tak suka duduk duduk entah menda menda dan menghadap fail dan report 24 jam . Orang kata kerja lepasan Diploma macam aku ni dah boleh kerja bagus paling busuk pun basic boleh dapat 1000 ke atas . Entah . Aku main apply je mana aku berkenan . Sebab aku suka mula dari bawah . Ye dari bawah sebenarnya kita harus timba pengalaman . So bagi aku bila mana terus ada kat atas rasanya sifat profesional masih belum ada . Itu aku lah kan ? Setiap orang ada cara tersendiri yang penting tekad dan jati diri wajib ada . Ceceh :p

Ahhh , mata ni dah mula rasa berat . Heww heww . Esok pagi pagi buta kena bertolak sebab barang sampai .


Mato den tak buleh bukak haa . Den menaip sambil pojam colik pojam colik .

Ohh kawan yang sama apply kerja dengan aku hari tu dia minta cashier baru dia tahu penat tak penat kerja cashier tu aku tukang gelakkan dia . Setiap kali aku nak bayar , aku saja saja pergi kaunter dia . Kakaka :p .

K . Selamat malam .


Monday

Hewhew

Assalamualaikum w.b.t

Yaa , aku tahu kauorang semua pemandu berhemah lagi bertatasusila serta berdaulat . Bab bab tali pinggang , signal , kelajuan semua korang ambil berat sangat sangat dan terlalu berat juga aku untuk menitik beratkan keselamatan diri aku sebenarnya . Baiklah maafkan aku yang suka berbelit belit cakap .

Aku sebenarnya tak suka pakai tali pinggang . Aku merasakan seolah olah hidup aku terkongkong dan pergerakan aku terbatas . Apatah lagi aku ni jenis yang tak reti dan tidak faham akan duduk diam tu amende . Kejap kejap aku betulkan duduk aku lah , kejap kejap meraba itu meraba ini . So , orang macam aku ni memang tidak memerlukan tali dan pinggang . Eh ? . Melainkan roadblock dalam dua tiga depa barulah aku terhegeh hegeh semacam nak menarik tali pinggang ditambah pula dengan keadaan yang kelam kabut di dalam kereta . Masa tu lah aku tak tahu mana tali pinggang dan mana pula tempat cucuknya .

Ok cakap pasal roadblock ataupun bahasa ibunda dipanggil sekatan jalan raya . Pagi tadi seperti biasa aku pergi kerja dengan memandu seperti gaya gaya macam nak tak nak pergi kerja . Saja memandu lambat lambat dan lagi pun aku tak tahu apa mimpi aku gerak awal pagi ini hari . Aku mula memasang lagu sedih sedih . Bila mana aku hendak membelok masuk ke satu selekoh ahhhhh mata aku terbuntang luas , darah aku berderau , kaki aku kejang dengan tiba tibanya , badan aku kaku semacam , lidah aku kelu sejuta satu bahasa .

"Ahhhhhh ada roadblock mende pagi pagi ni " 

ngomel aku di dalam sanubari . Kebetulan betul betul aku sorang je yang menggunakan jalan malang tersebut . Aku lihat cermin pandang belakang yang tak berapa belakang tak ada sejibik pun kereta yang mengekori punggung kereta ku .

"Nahaslah kau Farish , Ayah dan pencen Polis , abang bertugas dekat Johor .. padan muka , abang pesan kat kau suruh pakai tali pinggang masa drive kau buat dekk buat pekak mengada . Ayah tu veteren , dia punya firasat sendiri . Kalau ada roadblock 30KM pun dia dapat detect dah pakai tali pinggang awal awal , engkau ni tak sampai 30 Meter kot depan brader brader polis tu .."

*Haa itulah cerita Melayu nak mati pun boleh cakap cakap lagi sehingga melebihi 120 patah perkataan*

Aku cuma menelan air liur . Tapi aku tiba tiba macam pelik . Brader polis yang duduk depan buat buat pandang tempat lain sambil memeluk buku . Pada mulanya masa aku sampai kat kon pertama dia cepat cepat datang dan tengok aku . Bila aku sampai betul betul tepi dia , dia buat buat pandang tempat lain pulak . Ahhh , bunian mana dah tutup pandangan orang lain ni . Entah entah kereta aku ni halimunan tak . Pfftt .

Dan paling aku rasa macam nak ketawa pun ada dalam cemas menggila tu bila mana ada lah sorang brader polis yang agak muda dan muka boleh tahan jenis stok perempuan minta telefon sambil mengurat , dia terjengket jengket datang kat tepi sambil bagi isyarat suruh aku pakai tali pinggang . Aku cuma sengih sengih dari meter aku turun 40KM/h terus aku pecut 80KM/h . Alhamdulillah , Alhamdulillah aku tak kene saman . Please lah , gaji aku baru masuk dan aku nak buat clearance . Tskk , tskk . Ya ALLAH terima kasih bagi pengajaran kat aku yang degil dan tak pernah paham bahasa :'(

Terima kasih abang polis hensem


"Siyes ahh , siyess ahh budak ni snap pic aku kot , ok buat muka ketat" 





Friday

:)

Assalamualaikum w.b.t

Apa ? Diaorang cakap cakap belakang kau tanpa pandang kiri dan kanan semasa melintas ?

Ahhhh , pedulikan . Orang macam tu sebenarnya jeles . Jeles sebab kau lebih bagus dari dia .

Paling tidak pun kau kasi ni .


Aku yakin mereka akan kelu berbahasa dalam masa setahun .

Ni untuk mu .

Aku harap kau sabarlah banyak banyak ya ?

Keh keh keh . Gambar ni gurauan . Anggap saja semua ini di celah kaki . Mereka senang senang kumpul dosa dan kita senang senang dapat pahala . So , keep calm n hehehehehehehehe !

Hidup

Assalamualaikum w.b.t

Ya , aku rasa macam dah lama tak menaip panjang panjang . Bukan rasa tapi dah memang kenyataan . Aku sebenarnya tengah nak check result exam adik sepupu aku sebenarnya . Tapi loading failed . Nak buat macam mana pun aku tak tahu . Bila nak menaip panjang panjang ni sebenarnya bukan apa aku takut aku membebel entah menda menda . Tapi malam ni macam nak merapu pun ada .

Jam dah pukul 1 . Tapi aku masih tak tidur tidur lagi . Esok nak keje ni . Nak keje ni . Nak kejeeeee . Cakap lah macam mana pun , taiplah macam mana pun . Bukan engkau tidur sambil menaip pun , Farish . K . Aku sebenarnya tiba tiba rasa rindu . Rindu sangat sangat . Sehingga menimbulkan rasa sedih di jiwa . Tenenene tenenene . Mungkin sebab aku teringatkan sesuatu yang pernah aku lalui dulu . Macam macam sebenarnya .Nak aku ceritakan ? * banyak cantik muka mu pergi tengok cermin comel lagi aku kat sebelah mu *

Ahhh , kau tengoklah aku dah merepek . Aku bukannya apa , aku cuma nak cerita pasal apa yang kita hadapi sebenarnya itu adalah tempias dari sebuah kenikmatan . Yaa kenikmatan hidup . People keep saying that life is a learning process . Yaa , benar sekali . Macam mana hati remuk redam , macam mana hati kecewa dan lunyai seperti ditumbuk dek lesung batu untuk buat belachan , macam mana hati kita berbunga bunga bahagia seperti warna warni bunga tahi ayam , macam mana banyak duit mu sampai dapat beli congkak dan PS3 sebagai pengisi masa lapang . Sebenarnya ada tujuan kita diberi pelajaran sedemikian rupa . Hanya yang waras boleh menghadami akan tujuan tersebut .

ALLAH bagi ujian bukan sebab ALLAH saja saja sebenarnya . DIA punya sebab yang kukuh lagi terbaik . Aku teringat kata kata DR. Maza antara motivator yang paling aku sukai dan aku chentai akan nasihatnya . DOA . DOA . DOA . Aku tak adalah ingat mana apa yang terang terang beliau cakap tapi aku ulaskan tentang ceramah beliau kasi . Kita sentiasa berdoa , berdoa , berdoa semoga sentiasa kuat dan cekal menghadapi macam macam masalah dan cubaan . Walau berkali kali kita jatuh namun tanpa kita sedar hanya dengan doa dan harapan pada ALLAH kita masih berdiri gah dan tanpa kita sedar juga kita sudah terlepas satu demi satu ujian . Yaa aku hampir menitiskan air mata mendengarkan ceramah beliau . Dan berfikir aku cuma perlukan ALLAH masa aku betul betul sesak , aku beribadah seperti orang yang tidak bersungguh sungguh , bila menangis bila hati nak tenang mula lah aku cari ALLAH , bila bersuka ria , berkuch kuch hota hai , berguling sana sini sikit pun aku tak ingat DIA . Kata kata seperti "syukur " "Alhamdulillah" kalau tak ada penghayatan tak guna juga sebenarnya .

Setiap kali cubaan sebenarnya kita digalakkan bersyukur .Itu adalah peluang ALLAH bagi pada kita untuk melihat jauh ke dalam diri sendiri . Setiap kelemahan ada kekuatan , setiap masalah ada jalan keluar , setiap derita ada bahagia , setiap yang hina pasti ada mulianya , setiap yang bodoh ada pandainya , setiap kekurangan ada kelebihannya .  Kita ni special sebenarnya cuma mana kita masih belum melihat jauh ke dalam diri . Kita masih belum teliti keupayaan diri sendiri . Aku cakap sebenarnya untuk aku tapi aku jadikan penulisan ini sebagai umum . Aku banyak sambil lewa . Tahu nak seronok dan suka suka . Ya aku tahu korang pun sama jugak :p

Aku rindu kenangan kenangan yang mengusik sebenarnya .Teringat akan seseorang yang pernah bawa aku perlahan lahan dalam mengenal erti hati dan kehidupan . Dia membawa aku menjadi seorang yang lihat kepada diri . Yang penting tentang kehidupan akhirat . Bagaimana aku menanam amal di dunia untuk aku cambahkan amal itu di akhirat . Namun semuanya dulu . Jangan terlalu mudah hati sendiri berpaut hanya kerana mengetahui hebat agamanya dan nilai bahasanya namun belum tentu ia adalah penentu kebahagiaan sebenarnya . Pada mulanya aku menyesal dan begitu kesal sekali . Namun aku ajar diri supaya jangan mudah mengalah dan lemah . Ia adalah pelajaran dan pembelajaran . Entah mengapa aku sekarang sentiasa berhati hati dengan apa yang pernah terjadi . Kecewanya aku hanya Tuhan Semesta Alam ni saja Yang Maha Mengetahui . Yaa , aku manusia biasa . Iman dan hati akan sentiasa berbolak balik . Apatah lagi aku seorang perempuan yang mudah lemah dengan perasaan walaupun aku rokes kapak dalam kampung tapi dalam hati aku punya taman rashidah utama . Aku salah berharap . Tak salah sebenarnya tapi jangan terlalu yakin yang baik kita nampak akan bawak kebaikan sehingga penghujungnya . Itu belum tentu . Itunya hikmah ALLAH jadikan manusia ni punya rupa pelbagai bentuk dan punya hati yang berbeza rasa . Akhirnya aku kecewa dalam harapan . Mari dengar lagu harapan dari hyper act .

Semua manusia akan mengalami kegagalan . Macam final exam , kalau failed boleh repeat balik . Repeat tu aku istilahkan ia sebagai peluang kedua di mana kita akan dapat baiki mana sebenarnya kelemahan kita yang menggila membuatkan kita meroyan sehingga menyebabkan paper yang kita ambil tu failed . So masa repeat tu lah kita akan bangkit semula dan buat sehabis baik sehingga akhirnya buatkan kita mampu tersenyum hingga ke pangkal side burn . Alhamdulillah . Sebenarnya perjalanan hidup kita ni adalah satu kejutan dan kejutan . Dulu kita frust menonggeng , terbaring , terguling . Tapi sekarang kita pun tak sedar , kita mampu berjalan di atas titi lebarnya satu inci sambil menari nari untuk melepasi sungai sebesar alam . Kita mampu bertepuk tampar , bergurau senda , memasak kat dapur sambil rakam video , berbasikal sambil tolak menolak , ketawa berdekah dekah yang buatkan kita lupa apa pernah kita lalui . Kan ?. Kalau tak masa kita tengah kecewa menonggeng sambil pukul pukul tilam silap hari bulan ada yang suruh ayah dia beli racun tikus last last racun tikus tu untuk dia makan sebab tak sanggup hadapi kekecewaan hidup dengan membunuh diri .

" Biarlah kita rasa berputus asa dalam hidup namun kita tetap berjalan menghadapi hari esok hanya kerana rahmat ALLAH sedang melimpah limpah . Kecapilah . Kecapilaaahhhhhhh "

Hebatnya ALLAH . Hadiahkan kita kejutan dengan mengenali diri sendiri dalam sebuah kehidupan :)

p/s : Saya tak tahu kenapa saya rindu . Tapi apa yang saya harap , moga anda menjadi yang lebih baik untuk yang terbaik , InsyaALLAH .

Welcome back to Malaysia , soon .

Oi kau tak kerja ke Farish . Mende ? Mende ?