Sunday

Arjuna Beta


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular
bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


Fynn Jamal - Arjuna Beta


Assalamualaikum w.b.t

Kepada bakal anak ibu nanti , cuba awak dengar lagu ni. Masa awak dah besar tak tahu lah lagu ni masih ada atau tak. In shaa Allah masih ada. Sedangkan lagu Allahyarham P.Ramlee pun takkan luput dek zaman. Ibu harap ibu still akan simpan lagu ni sampailah ibu ada awak. Ibu sangat sangat tersentuh bila dengar lagu ni. Rasa macam ibu dah ada anak. Sampaikan ibu buat ringtone. Ibu siap fikir nak update apa sebenarnya pasal lagu ni. Kalau awak rajin bacalah semua post ibu kat blog ni. Ibu awak memang rokes tapi dalam hati awak je tahu ibu awak macam mana nanti. Aww sweet.

Ibu hadiahkan khas lagu ni untuk awak. In shaa Allah ibu akan sayang anak anak ibu. Ibu akan cuba berikan yang terbaik. Dan ibu akan berikan awak apa yang ibu tak pernah dapat selama ni. Ibu taknak awak rasa apa yang ibu rasa. Sesungguhnya anakku, kenyataan itu memang memeritkan. Manusia sekeliling tidak akan nampak realitinya. Yang merasa adalah diri ibu. Ibu cuba kaburkan pandangan pandangan mereka dengan macam macam cara. Dan itu hanyalah kepura puraan dari ibu. Dalam hidup ibu, ibu ni seorang yang banyak fikir. Dan fikiran ibu sentiasa ke hadapan. Sebab ibu cuba terbalikkan apa yang ibu rasa dan ibu alami untuk ibu kecap kebahagiaan ibu sendiri. Idola ibu adalah wan awak (ibu). Wan awak selalu pesan dekat ibu "Bahagia itu adalah dari hati kita bukan dari siapa siapa". Namun semua yang berlaku ada hikmahnya. Ibu percaya dengan ketentuan Allah. Ibu yakin, Allah akan kurniakan sesuatu untuk ibu nanti. Ibu yakin Allah kurniakan anak anak yang baik. Bila awak dah makin meningkat dewasa ibu akan ceritakan apa yang ibu lalui. Sebab macam ibu cakap tadi ibu taknak anak anak ibu rasa.  Bukan ibu nak ungkit kisah lalu tapi ibu nak anak anak ibu rasa beruntung dan kalau boleh biarlah awak lihat bagaimana kerasnya usaha ibu taknak awak rasa semua tu. Biarlah ibu tak dapat rasa kebahagiaan yang ibu mahukan janji ibu nak anak anak ibu rasa semua tu. Ibu post cerita ni pun masa ibu belum kahwin. Ibu masih belajar . Semester terakhir. Tak lama lagi perjalanan hidup ibu akan lebih mencabar . Ibu tak sabar nak habiskan frasa pertama hidup ibu. Ibu nak cari haluan dan kebahagiaan ibu sendiri. 

Hai anakku, ibu nak awak jadi lebih baik dari ibu. Ibu ni bukanlah seorang anak yang baik, tak percaya tanya wan awak. Seluruh hidup ibu wan adalah cikgu yang terbaik. Dialah yang lihat jatuh bangun ibu. Sakit perih ibu. Sedih dan derita ibu. Ibu kuat pun sebab wan awak sendiri. Jadilah anak yang baik buat ibu dan keluarga kita. In shaa Allah ibu cuba bagi didikan yang sempurna buat anak anak ibu. Ibu akan sentiasa dengan anak anak ibu. Ibu akan jadi sahabat yang baik buat anak anak ibu. Ibu akan jadi pendengar setia buat anak anak ibu. Sesibuk ibu bekerja macam mana pun, ibu akan usaha curi masa ibu untuk anak anak ibu. Awaklah aset ibu dunia akhirat. Bila dah ada awak nanti ibu percaya inilah peluang dan hikmah Tuhan bagi pada ibu. Kebahagiaan hakiki untuk ibu buat masa akan datang nanti untuk ibu tebus kehidupan ibu dulu. Kehidupan ni anakku, tidak semuanya bernasib baik. Tidak semuanya beruntung. Manusia macam ibu ni hanya boleh merancang tapi Allah lah penentu segala galanya. Allah sahaja tempat ibu mengadu. Dialah Tuhan Maha Mengetahui setiap perjalanan hidup ibu. Ingatlah anakku , selagi kita ada Tuhan selagi kita ingat Tuhan hidup kita ni sesekali takkan tercela (tengok lirik lagu tu balik).

Ibu akan jadi pelindung yang terbaik untuk anak anak ibu. Kebahagiaan awak adalah kebahagiaan ibu. Kehidupan ni sangat sangatlah ngeri. Awak kena kuatkan hati. Ingat Allah bersama sama orang yang sabar. Saat awak memerlukan, carilah ibu. Ibu akan sentiasa ada dengan anak anak ibu. Ibu akan jadi pendukung dan penyokong yang terbaik. Tidak sesekali ibu akan mencela usaha anak anak ibu sendiri. Jika awak nakkan sesuatu tu namun awak terpaksa diamkan kerana awak risau ia di luar kemampuan ibu, jangan risau nak, bagitahu je ibu. Akan ibu usahakan untuk anak anak ibu. In shaa Allah , ibu yakin sangat hati hati anak ibu akan ikut hati ibu. Biarlah yang menjadi ikutan buat anak anak ibu adalah perkara yang baik. Jika ditakdirkan umur ibu pendek, ibu nak awak tahu ibu sayangkan anak anak ibu. Khuatir ibu tak tahu siapa yang akan jaga anak anak ibu kalau ibu dah takda nanti namun ibu percaya kerana Allah itu bersifat Al Hafizh (Penjaga, Pelindung) yang terbaik untuk anak anak ibu. Tak tertahan air mata ibu bila ibu mengarang cerita ni. Tapi ibu akan cuba tahan ia dari keluar. Ibu taknak sedih sedih lagi. Perjalanan ibu masih panjang. Entah bilalah cerita ibu ni akan jadi kenyataan atau ia hanya sebuah cerita. Ibu tak tahu apa yang bakal berlaku di masa akan datang. Apa yang kita impikan tak semestinya serupa dengan kenyataan. Namun ibu sentiasa harapkan yang terbaik dan ibu yakin Allah berikan yang lebih baik. Sebab percaturan Allah itu adalah paling sempurna. Dalam hidup ni sentiasa husnuzon (bersangka baik) dengan Allah.

Manusia ni takkan lari dari berkeluh kesah dan kecewa anak anak ibu, tapi apa apa pun kembalilah kepada fitrah manusia kerana semua yang kita ada adalah milik Dia , kita semua milik Allah. Rasa sedih dan kecewa tu sebenarnya Allah panggil kita untuk lebih dekat dengan Dia. Jika ibu tak dapat jadi pendengar yang baik, tak dapat bersama sama dengan anak anak ibu.. carilah Allah. Ingatlah anak anak ibu, setiap apa yang kita lakukan dan setiap perbuatan kita , ibu ingatkan kita ini makhluk bertuhan. Segala amal perbuatan kita Allah takkan pernah tertinggal untuk dihisab. Sebab anak anak ibu adalah aset ibu ke syurga. Ibu taknak anak anak ibu lakukan sesuatu yang menunjukkan ibu gagal didik anak anak ibu. Ke mana sahaja awak pergi, awak bawak wajah ibu dan ayah, awak bawak maruah keluarga kita. Perjalanan hidup ini tak selalunya indah, fikirlah dengan iman anak anak ibu.. in shaa Allah, Allah akan pandu.. Ibu sayang anak anak ibu.. wallahi ibu sayang..

Ibumu 
14/4/2014
2.25 p.m